Al-Quran 41:37 — Perincian (Fussilat)
وَمِن ءايٰتِهِ الَّيلُ وَالنَّهارُ وَالشَّمسُ وَالقَمَرُ ۚ لا تَسجُدوا لِلشَّمسِ وَلا لِلقَمَرِ وَاسجُدوا لِلَّهِ الَّذى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُم إِيّاهُ تَعبُدونَ
Diantara bukti buktiNya adalah malam dan siang hari, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari, dan jangan juga kepada bulan; kamu mestilah jatuh sujud kepada Allah yang telah menciptakan mereka, jika sememangnya benar benar kamu menyembahNya sahaja.
[41:36] Apabila syaitan membisikkan suatu idea kepada kamu, kamu mestilah memintakan perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dia sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[41:38] Jika mereka terlalu sombong untuk melakukan itu, maka orang orang yang dekat kepada Tuhan kamu mengagungkanNya malam dan siang hari, dengan tidak sedikit pun merasa penat.