Al-Quran 40:84 — Pengampun (Ghafer)
Kemudiannya, apabila mereka melihat siksaan kami mereka berkata, "Sekarang kami telah percaya kepada ALLAH SAHAJA, dan sekarang kami mengingkari penyembahan pujaan yang pernah kami amalkan."
[40:83] Apabila para rasul mereka datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang jelas, mereka bergembira dengan ilmu pengetahuan yang mereka telah warisi, dan perkara perkara yang mereka cemuhkan itulah yang akan menyebabkan kejatuhan mereka.
[40:85] Kepercayaan mereka ketika itu tidak dapat menolong mereka walau sedikit pun, setelah mereka melihat siksaan dari kami. Demikian itulah sistem Allah yang telah dimantapkan untuk berurusan dengan makhluk makhlukNya; orang orang yang ingkar itu selalunya akan dibinasakan.