Al-Quran 40:66 — Pengampun (Ghafer)
Katakanlah, "Aku telah disuruh supaya jangan lagi menyembah pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah, setelah revelasi revelasi yang jelas telah datang kepadaku dari Tuhanku. Aku telah diperintahkan untuk menyerahkan diriku dengan sepenuhnya kepada Tuhan semesta alam."
[40:65] Dia sahajalah yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kamu mestilah sembah Dia sahaja, mengabdikan agama kamu betul betul kepadaNya sahaja. Segala kepujian bagi Allah, Tuhan bagi semesta alam.
[40:67] Dia Sahajalah yang menciptakan kamu dari debu, dan kemudiannya dari cecair yang halus, dan kemudian dari gantungan embrio, lalu Dia membawa kamu keluar sebagai bayi, lalu Dia membiarkan kamu menjadi dewasa, kemudian kamu menjadi tua - ada dari kamu yang mati dahulu. Kamu telah diberikan umur yang telah ditetapkan, supaya kamu dapat memahaminya.