Al-Quran 39:37 — Kumpulan Orang Ramai (Al-Zumar)
Dan sesiapa jua yang Allah membimbing, tidak ada apa pun yang dapat menyesatkannya. Tidakkah Allah yang Maha Kuat lagi Maha Pembalas?
[39:36] Tidakkah Allah sahaja mencukupi bagi hamba hambaNya? Mereka menakut nakutkan kamu dengan pujaan pujaan yang mereka ada adakan disampingNya. Sesiapa saja yang Allah telah membiarkan sesat, tidak ada suatu apa pun dapat membimbingnya.
[39:38] Jika kamu tanyakan mereka, "Siapakah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Kenapa pula kamu mengada adakan pujaan pujaan disamping Allah? Jika Allah menghendaki sebarang kesukaran untukku, bolehkah mereka meringankan kesukaran yang sedemikian? Dan jika Dia kehendaki dengan merahmatiku, bolehkah mereka menghalang rahmat yang sedemikian?" Katakanlah, "Allah sahaja cukuplah bagiku." KepadaNya sahajalah orang orang yang yakin mesti meletakkan keyakinannya.