Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 38: Saad (S (Saad))

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[38:1] S. (Saad), dan Quran yang mengandungi bukti.

[38:2] Orang orang yang ingkar telah jatuh kedalam kesombongan dan keingkaran.

[38:3] Banyak generasi sebelum mereka telah kami hapuskan. Mereka memintakan pertolongan; tidak berhasil.

[38:4] Mereka merasa hairan yang pemberi amaran mesti datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri. Orang orang yang ingkar itu berkata, "Ahli magik; seorang pembohong.

[38:5] "Adakah dia yang membuat tuhan tuhan menjadi satu tuhan? Ini sungguh amat pelik sekali."

[38:6] Pengetua pengetua mereka mengumumkan, "Pergilah dengan kesabaran dan tabah hati dalam menyembah tuhan tuhan kamu. Ini adalah apa yang diinginkan.

[38:7] "Kami tidak pernah mendengar ini daripada agama ibu bapa ibu bapa kami. Ini adalah satu pembohongan.

[38:8] "Kenapa mesti buktinya datang kepada dia, dan bukannya kami?" Sesungguhnya, mereka telah meragukan buktiKu. Sesungguhnya, mereka belum lagi merasakan hukumanKu.

[38:9] Adakah mereka yang mempusakai kekayaan belas kasih Tuhan kamu, yang Maha Kuat lagi Maha Pemberi.

[38:10] Adakah mereka yang mempunyai kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara keduanya? Biarkanlah mereka saling membantu diri diri mereka sendiri.

[38:11] Sebaliknya, apa saja kekuatan tentera yang mereka boleh kumpulkan - walaupun jika semua kumpulan kumpulan menjadi satu - akan dikalahkan.

[38:12] Pengingkaran sebelum mereka adalah kaum Nuh, 'Ad, dan yang sangat berkuasa Fir'aun.

[38:13] Juga, Thamud, kaum Lut, dan penghuni penghuni hutan hutan (Midyan); mereka itulah penentang penentang.

[38:14] Tiap tiap dari mereka mengingkari para rasul, dan lantas, hukumanKu tidak dapat dielakkan lagi.

[38:15] Orang orang ini akan menunggu satu tiupan saja, dimana mereka itu tidak akan dapat dipulihkan.

[38:16] Mereka mencabar: "Tuhan kami, kenapa tidak kau segerakan hukuman untuk kami, sebelum datangnya Hari Penghitungan."

[38:17] Bersabarlah, dalam menghadapi percakapan percakapan mereka, dan ingatlah kepada hamba kami Daud, yang pintar akal; dialah seorang yang ta'at.

[38:18] Kami komitkan gunung gunung untuk berkhidmat kepadanya , mengagungkan bersama samanya malam dan siang.

[38:19] Begitu juga dengan burung burung telah dikomitkan supaya berkhidmat kepadanya; semuanya menta'atinya.

[38:20] Kami kuatkan kerajaannya, dan mengurniakan dia dengan kebijaksanaan dan logik yang baik.

[38:21] Sudahkah kamu menerima berita berita tentang lelaki lelaki yang bertelingkahan yang mencuri masuk ditempat sucinya?

[38:22] Apabila mereka memasuki biliknya, dia menjadi terkejut. Mereka berkata, "Janganlah takut. Kami sedang bertelingkah diantara satu sama lain, dan kami meminta pengadilan yang seksama darimu. Janganlah salahkan kami, sebaliknya bimbingkanlah kami kejalan yang benar.

[38:23] "Saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan biri biri, sementara aku hanya mempunyai satu biri biri saja. Dia berkehendak untuk mencampurkan biri biriku kepada dia, dan berterusan dengan memaksaku."

Contoh Ketakwahan Daud.

[38:24] Dia berkata, "Dia telah tidak berlaku adil terhadapmu dengan menyuruh kau supaya mencampurkan biri biri kau dengannya. Kebanyakan dari mereka yang mencampurkan harta harta mereka berlaku ketidak adilan terhadap satu sama lain, melainkan orang orang yang percaya dan yang bekerja untuk kebenaran, dan orang orang ini amatlah sedikit. "Sesudah itu, Daud berfikir jika dia telah membuat pengadilan yang betul. Dia berfikir yang kami telah mencubanya. Lalu dia bermohon pengampunan kepada Tuhannya, ruku' dan bertaubat.

[38:25] Kami mengampuninya dalam hal ini. Kami telah memberikannya satu kedudukan yang mulia bersama sama kami, dan tempat tinggal yang indah.

[38:26] Wahai Daud, kami telah jadikan kau pemerintah dibumi. Dari itu, kau mestilah mengadili diantara manusia dengan seksama, dan janganlah mengikuti pendapat kau sendiri, supaya tidak menyimpangkan kau dari jalan Allah. Tentu sekali, orang orang yang tersesat dari jalan Allah itu telah mendapat siksaan yang dahsyat kerana melupakan Hari Perhitungan.

[38:27] Kami tidak menciptakan cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara mereka, dengan sia sia. Demikian itu adalah fikiran orang orang yang ingkar. Dari itu, malang sungguh bagi orang orang yang ingkar; mereka akan menderita diNeraka kelak.

[38:28] Mestikah kami memperlakukan orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar sebagaimana kami perlakukan kepada orang orang yang komit kejahatan dibumi? Mestikah kami memperlakukan orang orang yang benar sebagaimana kami perlakukan kepada orang orang yang zalim?

[38:29] Ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu, yang suci - supaya mereka dapat merenung akan ayat ayatnya. Orang orang yang mempunyai kecerdasan sajalah yang akan mengambil perhatian.

Contoh Pengabdian Sulayman

[38:30] Kepada Daud kami berikan Sulayman; seorang yang baik dan hamba yang ta'at.

[38:31] Satu hari dia telah menjadi terlalu sibuk dengan kuda kuda yang cantik cantik, sehingga sampailah kemalam.

[38:32] Lalu dia berkata, "Aku menyukai kebendaan lebih dari aku menyukai menyembah Tuhanku, sehinggakan matahari menghilang.

[38:33] "Bawa mereka kembali." (Untuk mengucap selamat tinggal,) dia menggusuk kaki kaki dan leher leher mereka.

[38:34] Lantas, kami mencuba Sulayman; kami merahmatinya dengan harta benda yang banyak, tetapi dia tetap menyerahkan dirinya dengan penuh kesabaran.

[38:35] Dia berkata, "Tuhanku, ampunilah daku, dan berikanlah aku kerajaan yang belum pernah diperolehi oleh sesiapa pun jua. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pemberi."

[38:36] Kami (mengkabulkan do'anya dan) komitkan angin supaya mengikut perintahnya, menjatuhkan hujan dimana saja yang dikehendakinya.

[38:37] Dan para syaitan, membina dan menyelam.

[38:38] Lainnya telah diletakkan dibawah perintahnya.

[38:39] "Ini adalah peruntukkan kami kepadamu; kau bolehlah memberikan dengan mewahnya, ataupun menahannya, tanpa dihadkan."

[38:40] Dia telah mendapatkan kedudukan yang mulia disisi kami, dan tempat tinggal yang istimewa.

Syaitan Telah Menyebabkan Ayub Menderita

[38:41] Ingatlah hamba kami Ayub: dia menyeru kepada Tuhannya, "Syaitan telah mengenakan aku dengan kesukaran dan kesakitan."

[38:42] "Hentakkan kakimu ketanah. Suatu pancuran akan memberikanmu penyembuhan dan minuman."

Allah Akan Memberi Pengajaran Kepada Orang Orang Yang Percaya

[38:43] Kami kembalikan keluarganya kepada dia; dua kali lebih banyak. Demikian itulah belas kasih kami; satu peringatan bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan.

[38:44] "Sekarang, kau mestilah berjalan dibumi dan menyampaikan mesej, untuk memenuhi perjanjianmu." Kami dapati dia seorang yang sabar. Dan seorang hamba yang baik! Dia seorang yang menyerahkan dirinya(kepada Allah).

[38:45] Ingatlah juga hamba hamba kami Ibrahim, Ishak, dan Ya'kub. Mereka adalah orang orang yang pintar akal, dan mempunyai visi.

[38:46] Kami kurniakan keatas mereka rahmat yang besar: yang menyedari akan Akhirat.

[38:47] Mereka telah dipilih, kerana mereka adalah diantara orang orang yang salih.

[38:48] Ingatlah akan Ismail, Elisa, dan Zulkifli; diantara orang orang yang salih.

Orang Orang Yang Benar

[38:49] Ini adalah satu peringatan: Orang orang yang benar berhak menerima destini yang istimewa.

[38:50] Taman taman Adnin akan membukakan pintu pintunya untuk mereka.

[38:51] Berehat rehat didalamnya, mereka akan diberikan berbagai bagai macam buah buahan dan minuman.

[38:52] Mereka akan mempunyai pasangan pasangan yang istimewa.

[38:53] Ini adalah apa yang kamu berhak mendapatkan pada Hari Perhitungan kelak.

[38:54] Peruntukkan peruntukkan kami tidak akan habis.

Orang Orang Yang Ingkar: Bertelingkahan Sesama Sendiri

[38:55] Bagi orang orang yang melampaui batas, mereka telah dikenakan dengan destini yang azab.

[38:56] DiNerakalah mereka akan dibakar; betapa azabnya tempat tinggal!

[38:57] Apa yang dapat dirasakan didalamnya ialah minuman yang panas mengelegak dan makanan yang amat pahit.

[38:58] Dan banyak lagi yang serupa.

[38:59] "Ini adalah kumpulan yang akan dicampakkan kedalam Neraka bersama sama kamu." Mereka tidak akan disambut (oleh penghuni penghuni Neraka). Mereka patut dibakar didalam api neraka.

[38:60] Pendatang pendatang yang baru akan merespons, "Tidak juga kamu akan disambut. Kamulah yang telah mendahului kami dan yang telah melencongkan kami. Dari itu, rasakanlah akhirnya azab."

[38:61] Mereka juga akan berkata, "Tuhan kami, orang orang inilah yang membawa kami kepada ini; dua kali digandakanlah hukuman api neraka untuk mereka."

Kehairanan

[38:62] Mereka akan berkata, "Kenapa kami tidak dapat melihat (didalam Neraka) orang orang yang pernah dikira oleh kamu diantara orang orang yang zalim?

[38:63] "Kami pernah mencemuh mereka; dan kami juga pernah memalingkan mata mata kami jauh dari mereka."

[38:64] Ini adalah fakta yang telah ditentukan: orang orang yang berada diNeraka akan bertelengkahan sesama sendiri.

[38:65] Katakanlah, "Aku memberi kamu amaran; tidak ada tuhan disamping Allah, yang Esa, yang Maha Tinggi.

[38:66] "Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara keduanya; yang Maha Kuat lagi Maha Pengampun."

Persengketaan Yang Besar.

[38:67] Katakanlah, "Ini adalah berita yang amat mengkagumkan.

[38:68] "Yang kamu benar benar tidak sedar akannya.

[38:69] "Aku dahulunya tidak mempunyai ilmu pengetahuan, tentang persengketaan didalam Masyarakat yang Tinggi.

[38:70] "Aku telah diinspirasikan yang misiku hanyalah untuk menyampaikan amaran kepada kamu."

[38:71] Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan mencipta seorang manusia daripada tanah liat.

[38:72] "Setelah Aku membentukkannya, dan meniupkan kepadanya dari rohKu, kamu mestilah jatuh sujud kepadanya."

[38:73] Para malaikat jatuh sujud, semuanya mereka,

[38:74] melainkan Syaitan; dia enggan, dan terlalu sombong, tidak mensyukuri.

[38:75] Dia berkata, "Wahai Syaitan, apa yang menghalang kamu dari bersujud kepada apa yang Aku telah ciptakan dengan tangan tanganKu? Adakah kamu terlalu sombong? Adakah kamu cuba menentang?"

[38:76] Dia berkata, "Aku lebih lagi baik dari dia; Engkau telah mencipta aku dari api, dan menciptakannya dari tanah liat."

[38:77] Dia berkata, "Dari itu, kau mestilah dibuangkan, kau akan dihabiskan.

[38:78] "Kau telah dikenakan kutukkanKu sehingga Hari Pengadilan kelak."

[38:79] Dia berkata, "TuhanKu, tangguhkanku sehingga Hari Kebangkitan."

[38:80] Dia berkata, "Kau telah diberi penangguhan.

[38:81] "Sehingga hari yang dijanjikan."

[38:82] Dia berkata, "Aku bersumpah demi keagunganMu, akan aku menjadikan semuanya mereka itu sesat.

[38:83] "Melainkan penyembah penyembahMu yang mengabdi betul betul kepada Engkau Sahaja."

[38:84] Dia berkata, "Ini adalah kebenaran, dan hanyalah kebenaran saja yang Aku katakan.

[38:85] "Aku akan penuhkan Neraka dengan kau dan orang orang yang mengikutimu."

[38:86] Katakanlah, "Aku tidak memintakan kepada kamu sebarang bayaran, dan aku bukanlah seorang penyamar.

[38:87] "Ini adalah satu peringatan untuk dunia.

[38:88] "Dan kamu tentu sekali akan mendapat tahu tidak lama lagi."