Al-Quran 38:26 — Saad (S (Saad))
Wahai Daud, kami telah jadikan kau pemerintah dibumi. Dari itu, kau mestilah mengadili diantara manusia dengan seksama, dan janganlah mengikuti pendapat kau sendiri, supaya tidak menyimpangkan kau dari jalan Allah. Tentu sekali, orang orang yang tersesat dari jalan Allah itu telah mendapat siksaan yang dahsyat kerana melupakan Hari Perhitungan.
[38:25] Kami mengampuninya dalam hal ini. Kami telah memberikannya satu kedudukan yang mulia bersama sama kami, dan tempat tinggal yang indah.
[38:27] Kami tidak menciptakan cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara mereka, dengan sia sia. Demikian itu adalah fikiran orang orang yang ingkar. Dari itu, malang sungguh bagi orang orang yang ingkar; mereka akan menderita diNeraka kelak.