Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 38:25 — Saad (S (Saad))

Kami mengampuninya dalam hal ini. Kami telah memberikannya satu kedudukan yang mulia bersama sama kami, dan tempat tinggal yang indah.

[38:24] Dia berkata, "Dia telah tidak berlaku adil terhadapmu dengan menyuruh kau supaya mencampurkan biri biri kau dengannya. Kebanyakan dari mereka yang mencampurkan harta harta mereka berlaku ketidak adilan terhadap satu sama lain, melainkan orang orang yang percaya dan yang bekerja untuk kebenaran, dan orang orang ini amatlah sedikit. "Sesudah itu, Daud berfikir jika dia telah membuat pengadilan yang betul. Dia berfikir yang kami telah mencubanya. Lalu dia bermohon pengampunan kepada Tuhannya, ruku' dan bertaubat.

[38:26] Wahai Daud, kami telah jadikan kau pemerintah dibumi. Dari itu, kau mestilah mengadili diantara manusia dengan seksama, dan janganlah mengikuti pendapat kau sendiri, supaya tidak menyimpangkan kau dari jalan Allah. Tentu sekali, orang orang yang tersesat dari jalan Allah itu telah mendapat siksaan yang dahsyat kerana melupakan Hari Perhitungan.