Surah 42: Perundingan (Al-Shoora) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 15:58
Surah 42: Perundingan (Al-Shoora)
[42:1] H. M. (Ha. Mim.)
[42:2] 'A. S. Q. ('Ain. Sin. Qaf.)
[42:3] Meinspirasikan kepadamu, dan orang orang sebelummu, sesungguhnya Allah adalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
[42:4] KepunyaanNya segala yang berada disekelian cekrawala dan segala galanya dibumi, dan Dia sahajalah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
[42:5] Sekelian cekrawala diatas mereka hampir hampir berkecai, kerana menghormatiNya, dan para malaikat memuji dan mengagungkan Tuhan mereka, dan mereka memintakan pengampunan untuk manusia dibumi. Sebenarnyalah, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[42:6] Orang orang yang mengada adakan tuhan yang lain disampingNya, Allah sahajalah yang bertanggung jawab terhadap mereka; kamu bukanlah penyokong mereka.
[42:7] Lantas kami turunkan kepadamu Quran yang berbahasa Arab untuk memberikan amaran kepada komuniti yang utama dan semua yang disekelilingnya, dan untuk memberikan amaran berkenaan Hari Penghimpunan yang tidak boleh dielakkan lagi. Ada yang berakhir diSyurga dan ada yang keNeraka.
