Surah 49: Dinding Dinding (Al-Hujurat) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 5:20
Surah 49: Dinding Dinding (Al-Hujurat)
[49:1] Wahai kamu yang percaya, janganlah meletakkan pendapat kamu melebihi Allah dan rasulNya. Kamu mestilah menghormati Allah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[49:2] Wahai kamu yang percaya, janganlah meninggikan suara suara kamu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu berteriak kepadanya sebagai mana kamu meneriak satu sama lain, supaya kerja kerja kamu tidak menjadi batal sedangkan kamu tidak sedar.
[49:3] Sudah tentu, orang orang yang merendahkan suara suara mereka kepada rasul Allah adalah mereka itu orang orang yang hati hati mereka telah diaturkan oleh Allah untuk menjadi orang orang yang benar. Mereka berhak mendapat pengampunan dan ganjaran yang besar.
[49:4] Bagi orang orang yang memanggilmu dari luar dinding dinding, kebanyakan mereka itu tidak mengerti.
[49:5] Kalaulah mereka itu sabar sehingga kau keluar dan mendatangi mereka, itu adalah lebih baik lagi bagi mereka. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[49:6] Wahai kamu yang percaya, jika orang jahat membawa sebarang berita berita kepada kamu, kamu mestilah siasat terlebih dahulu, supaya kamu tidak mengkomit ketidak adilan terhadap beberapa orang, kerana kejahilan, lalu merasa sedih dan menyesal diatas apa yang telah kamu lakukan.
[49:7] Dan ketahuilah yang rasul Allah itu telah datang diantara kamu. Kalaulah dia mendengarkan kamu dalam banyak perkara perkara, kamu hanya akan membuat perkara itu menyusahkan diri kamu sendiri. Tetapi Allah telah sediakan kasih dan iman yang dihiaskan didalam hati hati kamu, dan Dia telah menjadikan kamu membencikan keingkaran, kezaliman, dan ketidak keta'atan. Inilah orang orang yang telah mendapat petunjuk.
