Surah 59: Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 7:09
Surah 59: Pengusiran beramai Ramai (al-Hashr)
[59:1] Mengagungkan Allah adalah semua yang ada disekelian cekrawala dan bumi, dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
[59:2] Dia Sahajalah yang mengusir orang orang yang ingkar diantara pengikut pengikut kitab dari rumah rumah mereka dalam pengusiran yang beramai ramai. Kamu tidak pernah berfikir yang mereka boleh keluar, dan mereka berfikir bahwa persediaan mereka itu dapat melindungi mereka dari Allah. Tetapi kemudian Allah datang kepada mereka sedang mereka tidak menjangkakan, dan meletakkan kegerunan dihati hati mereka. Lantas, mereka meninggalkan rumah rumah mereka diatas kerelaan sendiri, ditambahkan pula kerana tekanan dari orang orang yang percaya. Kamu sepatutnya belajar dari ini, wahai kamu yang mempunyai visi.
[59:3] Jika Allah tidak memaksakan mereka keluar, Dia akan membalas mereka dikehidupan ini (bahkan lebih buruk lagi dari memaksakan mereka keluar). DiAkhirat kelak Dia akan mengkomitkan mereka kepada siksaan Neraka.
[59:4] Ini adalah kerana mereka menentang Allah dan rasulNya. Bagi orang orang yang menentang Allah dan rasulNya, sesungguhnya, Allah paling tegas dalam melaksanakan hukuman.
[59:5] Sama ada kamu menebang sebuah pokok, ataupun membiarkan ianya berdiri diatas batangnya, adalah dengan mengikuti kehendak dari Allah. Sudah tentu Dia akan menghina orang orang yang zalim.
[59:6] Apa saja yang Allah mengembalikan semula untuk rasulNya bukanlah kerana akibat dari usaha peperangan kamu, sama ada kamu berperang diatas kuda kuda ataupun dengan kaki kaki. Allah Sahajalah yang menghantarkan para rasulNya untuk menghadap sesiapa saja mengikut kehendakNya. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Berkuasa.
[59:7] Apa saja yang Allah mengembalikan semula kepada rasulNya kepada komuniti komuniti (yang dikalahkan) mestilah untuk Allah dan rasulNya (berupa derma). Kamu mestilah memberikannya kepada saudara mara, anak anak yatim, orang orang miskin, dan orang orang yang didalam perjalanan. Lantas, ianya tidak akan sentiasa dimonopolikan oleh orang orang yang kuat diantara kamu. Kamu boleh menyimpan harta harta yang diberikan kepada kamu dari rasul, tetapi janganlah mengambil apa yang dia melarang kamu dari mengambilnya. Kamu mestilah menghormati Allah. Sesungguhnya, Allah amatlah tegas apabila melaksanakan hukuman.
