Surah 13: Guruh (Al-Ra'ad) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 13:58
Surah 13: Guruh (Al-Ra'ad)
[13:1] A . L . M . R. (Alif. Lam. Mim. Raa - Huruf huruf ) ini adalah bukti bukti bagi kitab ini. Apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar, tetapi kebanyakan dari manusia itu tidak mahu percaya.
[13:2] Allah sahajalah yang membangunkan sekelian cekrawala dengan tidak bertiang seperti mana yang kamu lihat, dan memegang semua kekuasaan. Dia komitkan matahari dan bulan, masing masing bergerak (dalam pergerakkannya) pada masa yang telah ditetapkan. Dia yang berkuasa diatas segala galanya, dan menerangkan semua revelasi revelasi, supaya kamu boleh mendapatkan kepastian berkenaan pertemuan dengan Tuhan kamu.
[13:3] Dia Sahajalah yang membina bumi dan meletakkan diatasnya gunung gunung dan sungai sungai.dengan bermacam macam jenis buah buahan, Dia menjadikan mereka berpasangan - jantan dan betina. Malam mengambil alih siang hari. Ini adalah bukti bukti yang kuat bagi orang orang yang boleh berfikir.
[13:4] Dibumi, ada bidang bidang tanah yang bersebelahan yang mengeluarkan kebun kebun anggur, tanam tanaman, pokok pokok palma- tumbuh tumbuhan yang berkayu dan tidak berkayu. Walaupun mereka mendapat pengaliran air yang sama, kami melebihi setengah dari mereka dengan yang lainnya untuk makanan. Ini adalah bukti bukti yang kuat bagi orang orang yang faham.
[13:5] Jika kamu dapat fikirkan, keajaiban yang sebenar didalam perkataan mereka: "Setelah kami menjadi debu, dapatkah kami diciptakan semula ?" Inilah orangnya yang mengingkarkan Tuhan mereka. Orang inilah yang akan dipasangkan belenggu dikeliling leher leher mereka. Merekalah orang orangnya yang dihumbankan keNeraka, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.
[13:6] Mereka mencabar supaya kamu membawa malapetaka untuk mereka, daripada melakukan amalan yang benar! Contoh contoh yang cukup telah diaturkan untuk mereka dimasa yang lalu. Sesungguhnya, Tuhan kamu itu penuh dengan pengampunan terhadap manusia, meskipun dengan keterlaluan mereka itu, dan Tuhan kamu juga terlalu tegas apabila menjalankan hukuman.
[13:7] Mereka yang ingkar berkata, "Jikalau sekiranya mukjizat boleh diturunkan kepada dia dari TuhanNya (barulah kami percaya)."Engkau hanyalah pemberi amaran - setiap tiap komuniti menerima seorang guru yang membimbing.
