Surah 9: Memberikan Kata Putus (Bara'ah) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 35:58
Surah 9: Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
[9:1] Allah dan rasulNya telah memberikan kata putus kepada orang orang ingkar yang mengadakan perjanjian dengan kamu.
[9:2] Dari itu, jelajahlah dimuka bumi ini dengan bebasnya selama empat bulan, dan ketahuilah yang kamu tidak akan dapat terlepas dari Allah, kerana Allah yang menghina orang orang yang ingkar.
[9:3] Pengumuman dari Allah dan rasulNya telah diisukan disini kepada semua manusia untuk menunaikan ibadah haji dihari yang besar, yang mana Allah tidak akan menerima orang orang yang menyekutukan (Allah), dan begitu juga dengan rasulNya. Lantas, jikalau kamu bertaubat itu adalah baik bagi kamu. Tetapi jika kamu berpaling, dan ketahuilah yang kamu tidak akan dapat terlepas dari Allah. Dijanjikan kepada orang orang yang ingkar itu, hukuman yang sangat menyakitkan.
[9:4] Jika orang orang yang menyekutukan (Allah) itu menyain perjanjian damai kepada kamu, dan tidak mencabulinya, dan tidak juga bersepakat dengan yang lainnya untuk menentang kamu, maka bolehlah kamu memenuhi perjanjian mereka, sehingga tamat tempuhnya. Allah mencintai orang orang yang benar.
[9:5] Selepas saja bulan bulan suci telah berlalu (dan mereka menolak untuk berdamai) maka bolehlah kamu membunuh orang orang yang menyekutukan itu bila saja kamu bertemu mereka, hukumlah mereka, dan tentanglah tiap tiap pergerakkan mereka. Jika mereka telah bertaubat dan Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), maka kamu mestilah membiarkan mereka pergi. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[9:6] Jika salah satu dari orang orang yang menyekutukan (Allah) itu meminta perlindungan dengan kamu, kamu mestilah memberikan perlindungan, supaya dia akan dapat mendengar perkataan Allah, lalu hantarlah dianya pulang ditempat keselamatannya. Itu kerana mereka adalah orang orang yang tidak faham.
[9:7] Masakan boleh orang orang yang menyekutukan itu menuntut supaya diberikan sebarang jaminan oleh Allah dan juga dari rasulNya? Dikecualikan hanyalah orang orang yang telah sain perjanjian damai dengan kamu diMasjid Suci. Jika mereka menghormati dan memegang perjanjian demikian, kamu juga mestilah memegangnya. Allah cinta kepada orang orang yang benar.
