Surah 48: Kemenangan (Al-Fatt-h) — Tilawah dan bacaan Al-Quran
YouTube · 8:08
Surah 48: Kemenangan (Al-Fatt-h)
[48:1] Kami telah mengurniakan keatasmu (Wahai rasul) satu kemenangan yang besar.
[48:2] Yang dengannya Allah mengampuni dosa dosamu yang lalu, dan juga dosa dosa yang akan datang, dan menyempurnakan rahmatNya keatasmu, dan membimbingmu kejalan yang lurus.
[48:3] Disamping itu, Allah akan menyokongmu dengan sokongan yang tidak teragak agak.
[48:4] Dia Sahajalah yang meletakkan rasa puas hati dihati orang orang yang percaya supaya ditambahkan lebih lagi keimanan, keatas keimanan mereka yang sudah ada. Kepunyaan Allah segala kekuatan bagi disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[48:5] Sudah tentu Dia akan memasukkan orang orang yang percaya lelaki dan perempuan kedalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir, dimana mereka akan tinggal untuk selama lamanya. Dia akan menghilangkan dosa dosa mereka. Ini adalah, disisi Allah, satu kejayaan yang besar.
[48:6] Dan Dia akan membalas orang orang hypokrit lelaki dan perempuan dan penyembah pujaan lelaki dan perempuan, kerana mereka telah menyimpankan fikiran yang jahat terhadap Allah. Kejahatan mereka akan berkesudahan dengan berbalik kepada mereka. Kerana Allah amat memurkai mereka, mengutuk mereka, dan telah sediakan untuk mereka itu Gehenna. Betapa azabnya destini!
[48:7] Kepunyaan Allah segala kekuatan bagi disekelian cekrawala dan dibumi. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.
