Al-Quran 10:18 — Yunus (Yunus)
Mereka menyembah disamping Allah pujaan pujaan yang tidak mempunyai kuasa untuk menyakitkan ataupun memberi manfaat kepada mereka, dan mereka berkata, "Inilah perantaraan perantaraan kami yang dekat dengan Allah!" Katakanlah, "Adakah kamu memberitahukan sesuatu kepada Allah yang Dia tidak mengetahui akan segala yang berada disekelian cekrawala dan dibumi?" Maha suci Dia. Dialah yang Maha Tinggi; jauh sekali dari memerlukan sebarang sekutu.
[10:17] Siapalah yang paling zalim dari orang orang yang mengada adakan pembohongan terhadap Allah, ataupun mengingkari revelasi revelasiNya. Tentu sekali, orang orang yang melampaui batas itu tidak akan berjaya.
[10:19] Manusia adalah asalnya dari satu perhimpunan, maka mereka bertikaian. Jikalau tidak kerana penentuan perkataan dari Tuhan kamu, mereka telah diadili dengan segera berkenaan pertikaian pertikaian mereka.