Al-Quran 10:19 — Yunus (Yunus)
Manusia adalah asalnya dari satu perhimpunan, maka mereka bertikaian. Jikalau tidak kerana penentuan perkataan dari Tuhan kamu, mereka telah diadili dengan segera berkenaan pertikaian pertikaian mereka.
[10:18] Mereka menyembah disamping Allah pujaan pujaan yang tidak mempunyai kuasa untuk menyakitkan ataupun memberi manfaat kepada mereka, dan mereka berkata, "Inilah perantaraan perantaraan kami yang dekat dengan Allah!" Katakanlah, "Adakah kamu memberitahukan sesuatu kepada Allah yang Dia tidak mengetahui akan segala yang berada disekelian cekrawala dan dibumi?" Maha suci Dia. Dialah yang Maha Tinggi; jauh sekali dari memerlukan sebarang sekutu.
[10:20] Mereka berkata, "Kenapa tidak ada mukjizat turun kepada dia dari Tuhannya?" Katakanlah, "Keadaan bagi masa depan kepunyaan Allah; maka tunggulah, dan aku juga sama sama menunggu dengan kamu."