Al-Quran 12:23 — Yusuf (Yusuf)
Wanita yang empunya rumah dimana dia tinggal cuba menggodanya. Dia menutup sekelian pintu pintu dan berkata, "Aku kepunyaanmu." Dia berkata, "Semoga Allah melindungiku. Dialah Tuhanku, yang memberikan aku rumah yang baik. Orang orang yang melampaui batas tidak akan berjaya."
[12:22] Setelah dia matang, kami kurnikannya dengan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Maka kami memberikan ganjaran kepada orang orang yang salih.
[12:24] Dia nyaris nyaris tunduk kepada dia, dan dia juga nyaris nyaris tunduk kepadanya, jika tidak kerana dia melihat bukti dari Tuhannya. Maka kami pun memalingkan syaitan dan dosa jauh darinya, kerana dia adalah salah seorang dari hamba kami yang ta'at.