Surah 12: Yusuf (Yusuf)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[12:1] A . L . R. (Alif. Lam. Raa - Huruf huruf) didalam kitab ini adalah bukti bukti yang sangat nyata.
[12:2] Kami telah turunkan Quran ini dalam bahasa Arab, supaya dapat kamu memahaminya.
[12:3] Kami menceritakan kepada kamu sejarah yang paling tepat melalui revelasi revelasidari Quran ini. Sebelum ini, kamu benar benar tidak ketahui.
[12:4] Ingatlah, diwaktu Yusuf berkata kepada bapanya, "Wahai bapaku, aku telah melihat sebelas planet, matahari dan bulan; aku melihat semuanya sujud kepadaku."
[12:5] Dia berkata, "Anakku, janganlah kau menceritakan kepada saudara saudaramu berkenaan mimpimu itu, jangan sampai mereka berkomplot dan merancang untuk menentangmu. Tentu sekali syaitan adalah musuh manusia yang paling jahat.
[12:6] "Tuhanmu telah merahmatimu, dan telah memberikan kau berita berita yang baik melalui mimpimu itu. Dia telah sempurnakan rahmatNya kepadamu dan keluarga Ya'kub, sebagaimana yang Dia telah berikan kepada keturunan kau Ibrahim dan Ishak sebelum itu. Sesungguhnya Tuhanmu itulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[12:7] Didalam kisah Yusuf dan saudara saudaranya terdapat pelajaran pelajaran bagi orang orang yang sedang mencari kebenaran.
[12:8] Mereka berkata, "Yusuf dan saudaranya lebih disayangi oleh bapa kita, dan kita dipihak yang ramai. Sesungguhnya, bapa kita telah tersesat jauh.
Nasib Yusuf Telah Ditentukan Oleh Allah.
[12:9] "Marilah kita bunuh saja Yusuf, ataupun membuangkan dia, maka kamu akan mendapat perhatian dari bapa kamu. Selepas itu, kamu boleh menjadi orang orang yang salih."
[12:10] Salah satu dari mereka berkata, "Janganlah bunuh Yusuf; biarkan kita buangkan dia kedalam perigi yang dalam. Mungkin ada karavan yang dapat mengambilnya, jika ini yang kamu bercadang untuk melakukan."
[12:11] Mereka berkata, "Bapa kami, kenapakah tidak kau percayakan Yusuf kepada kami? Kami akan menjaganya dengan baik.
[12:12] "Hantarkanlah dia kepada kami esok untuk berlari larian dan bermain main. Kami akan menlindunginya."
[12:13] Dia berkata, "Aku bimbang jikalau kamu pergi jauh darinya, maka serigala akan membaham dia semasa kamu tidak memerhatikannya."
[12:14] Mereka berkata, "Sesungguhnya, jika serigala membaham dia, dengan ramainya kami yang berada disekelilingnya, tentulah kami ini benar benar orang orang yang rugi."
Orang Orang Yang Percaya Mendapat Rahmat Dan Jaminan Dari Allah.
[12:15] Apabila mereka pergi bersamanya, sebulat suara bercadang untuk membuangnya didalam perigi yang dalam, kami meinspirasikan dia; "Suatu hari kelak, kamu akan memberitahukan mereka berkenaan ini, dimasa itu mereka tidak pun mempunyai idea."
[12:16] Mereka pulang kepada bapa mereka diwaktu petang, menangis.
[12:17] Mereka berkata, "Bapa kami, kami berlumba lumba sesama sendiri, dan meninggalkan Yusuf dengan barang barang kami, serigala datang lalu membahamnya. Kau tentu sekali tidak akan percayakan kami, walaupun kami berkata benar."
[12:18] Mereka menunjukkan bajunya yang berlumuran darah palsu. Dia berkata, "Sesungguhnya, kamu telah berkomplot sesama sendiri untuk mengkomit sesuatu perancangan. Apa yang dapat aku lakukan hanyalah menempatkan diriku supaya dapat aku menahan kesabaranku. Semoga Allah menolongku menghadapi perancangan kamu itu."
Yusuf Dibawa keMesir.
[12:19] Karavan melewati disitu, lalu menyuruh pengambil air mereka. Dia menurunkan timbanya, dan berkata, "Betapa bertuah! Ada seorang budak lelaki disini!" Mereka mengambilnya bersama sebagai dagangan, dan Allah amat sedar apa yang telah mereka lakukan.
[12:20] Mereka menjualkannya dengan harga yang murah - beberapa dirham - kerana mereka tidak memerlukan dia.
[12:21] Orang dari Mesir yang membelinya itu berkata kepada isterinya, "Jagalah dia dengan baik. Mungkin dia dapat menolong kita, ataupun mungkin kita boleh mengambilnya sebagai anak angkat." Maka kami memantapkanYusuf dimuka bumi ini, dan kami mengajarkannya interpretasi mimpi. Perintah Allah telah selesai, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[12:22] Setelah dia matang, kami kurnikannya dengan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Maka kami memberikan ganjaran kepada orang orang yang salih.
Allah Memelihara Orang Orang Percaya Dari Dosa.
[12:23] Wanita yang empunya rumah dimana dia tinggal cuba menggodanya. Dia menutup sekelian pintu pintu dan berkata, "Aku kepunyaanmu." Dia berkata, "Semoga Allah melindungiku. Dialah Tuhanku, yang memberikan aku rumah yang baik. Orang orang yang melampaui batas tidak akan berjaya."
[12:24] Dia nyaris nyaris tunduk kepada dia, dan dia juga nyaris nyaris tunduk kepadanya, jika tidak kerana dia melihat bukti dari Tuhannya. Maka kami pun memalingkan syaitan dan dosa jauh darinya, kerana dia adalah salah seorang dari hamba kami yang ta'at.
[12:25] Kedua mereka berlumba lumba menuju kepintu, dan didalam pergerakkan itu, dia mengoyakkan pakaiannya dari belakang. Mereka melihat suaminya didepan pintu. Dia berkata, "Apakah hukumannya bagi orang yang cuba menodai isterimu, melainkan dipenjarakan ataupun hukuman yang menyakitkan?"
[12:26] Dia berkata, "Dialah yang cuba menggodaku." Saksi dari keluarganya menganjurkan: "Jika pakaiannya terkoyak dari depan, maka dia telah berkata benar dan dia pembohong.
[12:27] "Dan jika pakaian dia telah terkoyak dari belakang, maka dialah yang bohong, dan dia telah berkata benar."
[12:28] Apabila suaminya nampak yang pakaiannya telah terkoyak dari belakang, dia berkata, "Ini suatu perancangan dari wanita. Sesungguhnya perancanganmu menggerunkan.
[12:29] "Yusuf lupakanlah peristiwa ini. Bagi kamu (isteriku), kau mestilah meminta pengampunan atas dosamu. Kamu telah komit satu kesilapan,"
[12:30] Beberapa wanita dibandar mengumpat: "Isteri gabenor cuba menggoda pembantunya. Dia telah jatuh cinta yang mendalam kepada dia. Kami lihat dia telah tersesat jauh."
[12:31] Apabila dia mendengar umpatan mereka, dia menjemput mereka, menyediakan mereka tempat rehat yang nyaman, dan memberikannya tiap tiap seorang sebuah pisau. Maka dia berkata kepadanya, "Masuklah kedalam bilik." Apabila mereka melihat dia, mereka kagum, hinggakan mereka memotong (melukakan) tangan tangan mereka. Mereka lantas berkata, "Maha suci bagi Allah, ini bukanlah manusia; ini seorang malaikat yang mulia."
[12:32] Dia berkata, "Inilah dia yang kamu salahkan aku kerana jatuh cinta. Sesungguhnya aku yang menggoda dia, tetapi dia menolak. Melainkan jika dia menurut apa yang aku perintahkan dia, dia tentu sekali dimasukkan penjara, dan dihina."
[12:33] Dia berkata, "Tuhanku, penjara lebih baik dari menyerah kepada mereka. Melainkan kiranya Engkau alihkan perancangan mereka dariku, aku mungkin menginginkan dan berkelakuan seperti orang orang yang jahil."
[12:34] Tuhan dia menerima do'anya dan dialihkan perancangan mereka dari dia. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[12:35] Sesudah itu, walaupun mereka mengetahuinya, biarpun ada bukti bukti yang terang, diwaktu itu mereka harus penjarakan dia untuk seketika.
[12:36] Kedua orang lelaki telah dipenjarakan bersama samanya. Salah seorang dari mereka berkata, "aku lihat (didalam mimpiku) yang aku sedang membuat wain," dan yang lainnya berkata, "Aku melihat yang diriku sedang menjunjung roti, yang mana burung burung datang memakannya. Beritahukan kami akan interperitasi mimpi mimpi kami itu. Kami lihat kamu adalah seorang yang salih."
[12:37] Dia berkata, "Jika ada makanan yang diperuntukkan kepada kamu, aku akan mengatakan berkenaannya sebelum kamu mendapatkannya. Ini adalah beberapa ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepadaku dari Tuhanku. Aku telah tinggalkan agama orang orang yang tidak percaya kepada Allah, dan berkenaan Hari Akhirat, mereka sangat mengingkarinya.
[12:38] "Dan sebaliknya aku mengikuti agama dari keturunanku, Ibrahim, Ishak dan Ya'kub. Kami tidak pernah mengada adakan pujaan pujaan disamping Allah. Demikianlah rahmat dari Allah kepada kami dan manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya.
[12:39] "Wahai teman teman sepenjaraku, adakah banyak tuhan tuhan itu baik, ataupun hanya Allah sahaja, yang Esa yang Maha Tinggi?
[12:40] "Kamu tidak menyembah disampingNya melainkan innovasi innovasi yang kamu ada adakan, kamu dan ibu bapa ibu bapa kamu. Allah tidak pernah mengautoritifkan pujaan pujaan yang sedemikian. Segala keputusan kepunyaan Allah, dan Dia telah memutuskan yang kamu jangan sekali menyembah melainkan Dia. Ini adalah agama yang cukup sempurna, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
[12:41] "Wahai teman teman sepenjaraku, salah satu dari kamu akan menjadi penjaga wain untuk tuhan dia, sementara satunya lagi disalib - burung burung yang makan diatas kepalanya. Ini telah selesai berkenaan apa yang kamu tanyakan."
[12:42] Maka dia berkata kepada orang yang akan diselamatkan "Ingatlah aku dituhan kamu." Lantas syaitan telah membuat dia melupakan Tuhannya, maka akibat dari itu, dia tinggal didalam penjara beberapa tahun lagi.
Raja Bermimpi.
[12:43] Raja berkata, "Aku lihat tujuh ekor lembu yang gemuk membaham tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh tangkai bulir hijau (gandum), dan lain lainnya menjadi kering dan berkedut. Wahai pengetua pengetuaku, nasihatilah aku berkenaan mimpiku ini, jika kamu tahu bagimana hendak meinteperitasikan mimpi mimpi."
[12:44] Mereka berkata, "Mimpi mimpi yang karut. Apabila sampai kepada meinteperitasikan mimpi, kami tidak mempunyai pengetahuan tentangnya."
[12:45] Orang yang terselamat (dari penjara) berkata, barulah akhirnya dia teringat, "Aku akan beritahukan untuk meinteperitasikannya, dan hantarkanlah aku (kepada Yusuf)."
Yusuf Meinteperitasikan Mimpi Raja.
[12:46] "Yusuf kawanku, katakan kepada kami berkenaan tujuh lembu lembu gemuk membaham tujuh lembu lembu kurus, dan tujuh bulir hijau dan lainnya kering berkedut. Aku ingin kembali untuk membawa keterangan ini kepada orang orang itu."
[12:47] Dia berkata, "Apa yang kamu usahakan selama tujuh tahun akan datang, apabila musim tuaian tiba, simpankan biji bijian itu dipacak pacak, dan bahagiankan untuk dimakan.
[12:48] "Selepas itu, tujuh tahun musim kemarau akan datang, akan memakan hampir habis apa yang kamu simpankan.
[12:49] "Selepas itu, setahun akan datang yang memberi kelegaan kepada manusia, dan mereka akan, sekali lagi, memerah air dari buah buahan."
[12:50] Raja berkata, "Bawalah dia kepadaku." Apabila rasul datang kepadanya, dia berkata, "Kembali semula kepada tuhan kamu dan suruh dia siasat tentang wanita yang memotong tangan tangan mereka. Tuhanku amat sedar akan perancangan mereka."
[12:51] (Raja) berkata (kepada wanita wanita) "Apa yang kamu tahu peristiwa tentang percubaan kamu untuk menggoda Yusuf?" Mereka berkata, "Allah melarang; kami tidak ketahui segala kejahatan yang telah dikomit olehnya." Isteri gobenor berkata, "Sekarang kebenaran telah mengatasinya. Akulah yang sebenarnya menggoda dia, dan dialah seorang yang benar."
[12:52] "Aku berharap supaya dia akan sedar yang aku tidak pernah menghkianati dia semasa ketiadaannya, kerana Allah tidak merahmati perancangan dari pengkhianat pengkhianat.
[12:53] "Aku tidak mendakwa yang diriku tidak bersalah. Diri sendirilah yang menyokong maksiat, melainkan bagi orang orang yang telah mendapat belas kasih dari Tuhanku. Tuhanku itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Yusuf Menjadi Terkenal.
[12:54] Raja berkata, "Bawa dia kepadaku, supaya dapat dia bekerja denganku." Apabila dia bercakap dengannya, dia berkata, "Hari ini, engkau mempunyai kedudukan yang tinggi bersama kami,"
[12:55] Dia berkata, "Jadikan aku bendahari, kerana aku berpengalaman dibidang ini dan berpengatahuan."
[12:56] Maka kami pun memantapkan Yusuf dimuka bumi, membuat keputusan sesukanya. Kami mencucuri belas kasih kami diatas sesiapa yang kami kehendaki, dan kami tidak pernah lalai untuk memberi ganjaran kepada orang orang yang benar.
[12:57] Tambahan pula, kurniaan diHari Akhirat itu lebih lagi baik bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar.
[12:58] Saudara saudara Yusuf datang; apabila mereka masuk, dia mengenali mereka, tetapi mereka tidak mengenalnya.
[12:59] Setelah dia memberikan peruntukkan peruntukkan mereka, dia berkata, "Lain kali bawalah adik tiri kamu. Tidakkah kamu lihat yang aku memberikan pertimbangan yang penuh, dan melayani kamu dengan penuh murah hati?
[12:60] "Jika kamu gagal membawa dia kepadaku, kamu tidak akan mendapat bahagian dariku; bahkan kamu tidak akan dapat rapat."
[12:61] Mereka berkata, "Kami akan berunding dengan bapanya berkenaan dia. Tentu sekali kami akan melakukannya."
[12:62] Maka dia pun menyuruh pembantunya: "Masukkan barang barang itu dikampit kampit mereka. Apabila mereka pulang kepada keluarga mereka kelak, dan mendapati barangan itu, mungkin mereka akan kembali dengan segera."
[12:63] Apabila mereka pulang kepada bapa mereka, mereka berkata, "Bapa kami, tidak akan lagi kami mendapatkan peruntukkan peruntukkan ini melainkan jika kamu menghantarkan adik kami pergi bersama sama kami. Kami akan memeliharanya dengan baik."
[12:64] Dia berkata, "Mestikah aku percayakan kamu dengannya, sebagimana aku mempercayai kamu dengan saudaranya sebelum itu? Allah sajalah Pelindung yang terbaik, dan bagi sekelian penyayang, Dialah yang Maha Penyayang.
[12:65] Apabila mereka membuka kampit kampit mereka, didapati barangan mereka telah dipulangkan kepada mereka. Mereka berkata, Bapa kami, apa lagi dapat kami pintakan? Ini semua barangan yang telah dipulangkan kepada kami. Maka dapatlah kami memberikan kepada keluarga kami, untuk selamatkan adik kami, dan akan mendapat satu lagi muatan - unta. Tentu sekali ini adalah urusan yang menguntungkan."
[12:66] Dia berkata, "Aku tidak akan menghantarnya kepada kamu, melainkan jika kamu membuat pengakuan yang serius dihadapan Allah yang kamu akan membawanya pulang, melainkan jika kamu terlalu sangat gembira. "Setelah mereka memberi pengakuan dengan serius, dia berkata, "Allah telah bersaksi apa apa yang kami katakan."
[12:67] Dan dia berkata, "Wahai anak anakku, janganlah masuk dari satu pintu; masuklah melalui pintu pintu yang berasingan. Walau bagaimanapun, aku tidak dapat menolong kamu dari segala apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kepunyaan Allah sajalah segala pengadilan aku percaya kepadaNya, dan kepadaNyalah kesemua orang orang yang percaya meletakkan kepercayaan mereka."
Ya'kub Terkenangkan Yusuf.
[12:68] Apabila mereka pergi (kepada Yusuf), mereka masuk mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh bapa mereka. Walaupun ini tidak dapat menukarkan apa yang telah didekrikan oleh Allah, Ya'kub mempunyai maksud yang tersendiri dengan menyuruh mereka berbuat demikian kerana dia mempunyai beberapa ilmu pengetahuan yang kami mengajarkan kepadanya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
Sekembali Dari Mesir.
[12:69] Apabila mereka memasuki tempat Yusuf, dia membawa adiknya dekat kepadanya dan berkata, "Aku saudaramu; janganlah bersedih dengan perbuatan mereka."
Yusuf Tinggal Bersama Adiknya.
[12:70] Apabila dia memberikan peruntukkan peruntukkan mereka, dia meletakkan cawan minuman didalam kampit adiknya, maka pengumumam pun mengumumkan: " Empunya karavan ini pencuri."
[12:71] Mereka berkata, sambil datang kepada mereka, "Apa yang kamu hilang?"
[12:72] Mereka berkata, "Kami kehilangan cawan raja. Sesiapa yang dapat memulangkannya akan menerima muatan- untah yang lebih; Aku sendiri yang menjaminnya."
[12:73] Mereka berkata,"Sungguh demi Allah, kamu tahu dengan sepenuhnya yang kami tidak datang kesini untuk mengkomit kejahatan, juga kami bukanlah pencuri."
[12:74] Mereka berkata, "Apakah hukuman bagi pencuri, jika kamu adalah pembohong?"
[12:75] Mereka berkata, "Hukumannya jika terjumpa didalam kampit, maka pencuri itu kepunyaan kamu. Maka akan kami hukum orang orang yang bersalah."
[12:76] Dia pun memulakan dengan memeriksa kampit kampit, sebelum sampai kekampit adiknya, lalu dia mengeluarkannya dari kampit adiknya. Lantas kami sempurnakan perancangan untuk Yusuf; dia tidak akan dapat menahan adiknya jika dia mengamalkan undang undang beraja. Tetapi itu adalah kehendak dari Allah. Kami menaikkan sesiapa saja yang kami pilih untuk kedudukan kedudukan yang tinggi. Diatas tiap tiap orang orang yang berilmu pengetahuan, tentunya ada lain yang lebih lagi tinggi ilmu pengetahuannya.
[12:77] Mereka berkata, "Jika dia mencuri, begitu juga dengan saudaranya dimasa lalu." Yusuf menyembunyikan perasaannya, dengan tidak memberikan mereka sebarang tanda. Dia berkata (kepada dirinya), "Kamu sangatlah jahat. Allah amat sedar dengan tuduhan kamu."
[12:78] Mereka berkata, "Wahai engkau yang mulia, dia mempunyai bapa yang sudah tua; bolehkah kamu mengambil salah satu diantara kami untuk menggantikan tempatnya?" Kami lihat engkau adalah seorang yang baik hati."
[12:79] Dia berkata, "Allah melarang kami mengambil selain dari orang yang telah mempunyai barang barang yang telah kami jumpa dengannya, kalau tidak, kami tidak berlaku adil."
[12:80] Apabila mereka berputus asa untuk menukarkan fikirannya, dia berbincang bersama mereka.yang tua berkata, "Tidakkah kamu sedar yang bapa kamu telah mengambil perjanjian yang teguh dari kamu didepan Allah? Dahulu kamu telah kehilangan Yusuf. Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sehingga bapaku memberikan keizinan, ataupun sehingga Allah menghakimiku; Dialah Hakim yang terbaik.
Kembali Di Palestina
[12:81] Kembali kepada bapa kamu dan beritahu dia... 'Bapa kami, anak kamu telah melakukan kecurian. Kami tahu dengan pasti, kerana inilah yang telah kami saksikan. Ini adalah kejadian yang tidak dijangka.
Kembali kePalestine.
[12:82] 'Kamu bolehlah menanyakan kepada komuniti dimana kami berada, dan kepada karavan yang telah pulang bersama sama kami. Kami berkata benar.'"
[12:83] Dia berkata, "Sesungguhnya, kamu telah berkomplot untuk membuat satu perancangan. Kesabaran yang amat sangat hanyalah jalan keluar untukku. Semoga Allah menghantarkan mereka semuanya pulang kepadaku. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[12:84] Dia berpaling dari mereka, dengan berkata, "Aku amat sangat sedih tentang Yusuf." Matanya menjadi putih kerana kesedihan yang terlalu sangat; dia terlalu sangat dukacita.
[12:85] Mereka berkata, "Demi Allah, kamu akan sentiasa bersedih tentang Yusuf sehinggakan kamu akan menderita sakit, ataupun mati."
[12:86] Dia berkata, "Aku hanyalah mengadu kepada Allah dalam keadaan dilema dan dukacitaku, kerana aku tahu dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.
[12:87] "Wahai anak anakku, pergilah ambil Yusuf dan adiknya, dan janganlah berputus asa dari belas kasih Allah. Tiada yang berputus asa dari belas kasih Allah melainkan orang orang yang ingkar."
Israil Pergi keMesir.
[12:88] Apabila mereka memasuki dikawasan kawasan (Yusuf), mereka berkata, "Wahai seorang yang mulia, kami telah ditimpa dengan banyak kesukaran, bersama sama keluarga kami, dan kami telah membawa barang barang bawahan. Tetapi kami berharap agar kamu dapat memberikan kami timbangan yang penuh dan berdermalah kepada kami. Allah merahmati orang orang yang menderma."
[12:89] Dia berkata, "Dapatkah kamu ingat apa yang telah kamu lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu didalam kejahilan?"
[12:90] Mereka berkata, "Kamu tentunya Yusuf." Dia berkata, "Akulah Yusuf, dan ini adikku. Allah telah merahmati kami. Itu adalah kerana jika seseorang mengamalkan kehidupan yang benar, sabar dan ta'at, Allah tidak akan lalai dari memberi kurnia kepada orang orang yang salih."
[12:91] Mereka berkata, "Demi Allah, Allah telah benar benar mengutamakan kamu dari kami. Kami tentu sekali bersalah."
[12:92] Dia berkata, "Tidak apa yang akan dipersalahkan kepada kamu hari ini. Semoga Allah mengampuni kamu. Bagi segala segala penyayang, Dialah yang Maha Penyayang.
[12:93] "Ambillah bajuku; apabila kamu lemparkan pada wajah bapaku, pemandangannya akan kembali semula. Bawalah semua keluarga kamu dan kembalilah semula kepada aku."
[12:94] Sebelum karavan itu dapat sampai, bapa mereka berkata, "Aku dapat merasai bauan Yusuf. Bolehkah sesiapa dapat menyedarkanku?"
[12:95] Mereka berkata, "Demi Allah, kamu masih juga didalam kekeliruan yang lama."
[12:96] Apabila pembawa berita berita yang baik itu tiba, dilemparkannya (baju) pada mukanya, dimana pemandangannya pun pulih semula. Dia berkata, "Tidakkah telah aku katakan kepada kamu, yang aku ketahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui?"
[12:97] Mereka berkata, "Bapa kami, doa'kan untuk pengampunan kami; sesungguhnya kamilah yang bersalah."
[12:98] Dia berkata, "Aku akan memohon pengampunanmu kepada Tuhanku; sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Di-Mesir.
[12:99] Apabila mereka tiba dikawasan kawasannya, dia memeluk kedua orang tuanya, dengan berkata, "Selamat datang keMesir. Dengan izin Allah kamu akan selamat disini."
[12:100] Dia naikkan kedua ibu bapanya diatas tahta. Mereka pun sujud kepadanya. Dia berkata, "Wahai bapaku, inilah kepuasan yang aku dapati berkenaan mimpi lamaku.Tuhanku telah menjadikannya kenyataan. Dia telah merahmatiku, keluarkan aku dari penjara, dan membawa kamu keluar dari padang pasir, setelah syaitan membuat kemurkaan diantaraku dan saudara saudaraku. Tuhanku itu Maha Mengasihani kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[12:101] "Tuhanku, Engkau telah memberiku kerajaan dan mengajarkanku untuk meinteperitasikan mimpi mimpi. Yang meinsiatifkan sekelian cekrawala dan bumi; Engkaulah Tuhan dan Tuanku dikehidupan ini dan diAkhirat. Matikanlah aku sebagai orang orang yang menyerahkan diriku dengan sepenuh penuh penyerahan (kepada Allah), dan kirakan aku bersama sama dengan orang orang yang salih."
[12:102] Ini adalah berita berita yang dahulu yang telah kami terangkan kepadamu. Kamu tidak ada bersama mereka apabila mereka bersepakat dengan membuat keputusan (untuk membuangYusuf didalam perigi), ketika mereka berkomplot bersama.
Kebanyakan Manusia Tidak Percaya.
[12:103] Kebanyakan manusia, bagaimana sekalipun kamu lakukan, tidak akan percaya.
[12:104] Kamu tidak meminta wang kepada mereka; kamu hanya menyampaikan amaran ini untuk manusia.
[12:105] Terlalu banyak bukti bukti dari sekelian cekrawala dan bumi telah diberikan kepada mereka, tidak diambil pedulikan langsung!
Kebanyakan Manusia Telah Di-Takdirkan Ke-Neraka.
[12:106] Kebanyakan orang orang yang mempercayai Allah itu tidak berbuat demikian sepenuhnya melainkan dengan mengkomitkan diri diri mereka untuk mengadakan pujaan pujaan disamping (Allah).
[12:107] Dapatkah mereka memberikan jaminan bahwa hukuman yang sangat hebat dari Allah tidak akan menyerang mereka, ataupun Waktu yang dijanjikan itu tidak akan datang kepada mereka melainkan dengan tiba tiba, yang mana mereka tidak akan menyangkakannya langsung?
[12:108] Katakanlah, "Inilah jalanku: Aku mengundang kepada Allah, berasaskan dengan bukti yang terang, begitu juga dengan orang orang yang mengikutiku. Allah Maha Suci, Aku bukanlah orang orang yang menyekutukan (Allah)."
[12:109] Kami tidak menghantar sebelum kamu melainkan lelaki yang kami meinspirasikan, dipilih dari manusia yang berbilang komuniti. Tidakkah mereka menjelajahi dibumi dan melihat akibat akibatnya orang orang yang sebelum mereka? Tempat kediaman diAkhirat itu lebih lagi baiknya bagi orang orang yang menjalani kehidupan yang benar. Dapatkah kamu memahaminya?
Akhirnya Kemenangan Dimiliki Oleh Orang Orang Yang Percaya.
[12:110] Apabila saja para rasul kami merasakan putus asa, dan berfikir yang mereka telah diingkarkan, kemenangan kami datang kepada mereka. Maka kami pun menyelamatkan sesiapa saja yang kami pilih, sementara hukuman kami kepada orang orang yang bersalah itu tidak akan boleh dielakkan lagi.
Hanya Quran Saja Yang Kita Perlukan.
[12:111] Didalam riwayat mereka, adalah pelajaran bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan. Ini bukannya Hadis palsu; (Quran) ini mengesahkan semua kitab kitab terdahulu yang mengandungi penerangan yang terperinci, petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang percaya.