Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 11: Hud (Hud)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[11:1] A . L . R.(Alif. Lam. Raa.) Ini adalah kitab yang revelasi revelasinya telah disempurnakan, dan menjelaskan. Ianya datang dari Yang Maha Bijaksana lagi yang Maha Mengetahui.

Quran: Rasul Allah.

[11:2] Umumkanlah, "Jangan sekali kamu sembah melainkan Allah. Aku datang kepada kamu dariNya sebagai pemberi amaran, dan juga sebagai penyampai berita berita baik.

[11:3] "Kamu mestilah meminta ampun kepada Tuhan kamu, dan bertaubatlah kepadaNya barulah Dia akan merahmati kamu dengan tidak putus putusnya sampai kepada masa yang telah ditetapkan, dan menganugerahkan limpah kurniaNya kepada sesiapa saja yang berhak untuk mendapatkannya. Jika mereka berpaling, maka aku takuti bagi kamu dari mendapat hukuman yang azab dihari yang amat mengerunkan itu."

[11:4] Kepada Allah sahajalah tempat kembali yang terakhir bagi kamu dan Dialah yang Maha Berkuasa.

[11:5] Sesungguhnya, mereka menyembunyikan fikiran fikiran jauh dilubuk hati mereka, seolah olah untuk menghalang dari pengetahuanNya. Sekalipun mereka itu cuba untuk menutupinya dengan pakaian pakaian mereka, Dia tahu segala rahsia rahsia dan segala apa yang dilafazkan. Sebenarnya hanya Dia sahajalah yang mengetahui apa apa yang tersemat difikiran fikiran mereka.

Segala Peruntukkan Peruntukkan Terjamin.

[11:6] Tidak ada satu makhluk pun dibumi ini yang peruntukkan peruntukkan mereka itu tidak dijamin oleh Allah. Dia tahu segala akibat dan akhirnya distini mereka. Semuanya itu telah direkodkan didalam rekod yang sangat nyata.

[11:7] Dia Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi selama enam hari - dan segala kawasan kekuasaanNya (dibumi) telah diselubungi dengan air - untuk mencuba kamu, membezakan orang orang diantara kamu yang mengerjakan amal salih. Namun demikian, apabila kamu berkata, "Kamu akan dibangkitkan sesudah mati," orang orang yang ingkar itu akan berkata, "Ini tentu sekali magik yang terang."

[11:8] Jika kami melambatkan hukuman yang disebabkan oleh mereka - kerana kami telah menetapkannya untuk komuniti yang tertentu - mereka berkata, "Apa yang menghalangNya?" Sebenarnya, jika semena mena saja ianya datang kepada mereka, tidak ada suatu apapun yang dapat menghalangnya, maka cemuhan mereka itu akan kembali menghantui mereka.

[11:9] Apabila saja kami merahmati manusia dengan belas kasih dari kami, dan sesudah itu diambil kembali darinya, dia pun berputus asa, tidak bersyukur.

[11:10] Selepas saja kami merahmatinya, sesudah kesukaran yang telah mengenainya, dia berkata, "Semua kesukaran telah terhapus dariku;" dia menjadi kegairahan, megah.

[11:11] Bagi orang orang yang sabar dan ta'at, dan mengamalkan kehidupan yang benar, mereka berhak mendapat pengampunan dan ganjaran yang tidak putus putus.

Revelasi Revelasi Allah Itu Berat.

[11:12] Kamu mungkin ingin untuk berpaling dari suatu yang telah diterangkan kepada kamu, dan mungkin kamu tidak mengendahkannya. Dan juga, mereka akan berkata, "Kenapa tidak ada harta diturunkan untuknya, ataupun malaikat?" Kamu hanyalah pemberi amaran; Allah sahajalah yang menguasai segala galanya.

Quran: Mustahil Dapat Di-Tiru.

[11:13] Jika mereka berkata, "Dia yang mereka rekakan (Quran ini)," beritahukan kepada mereka, "Dan buatlah sepuluh surah seperti ini, reka rekakanlah, dan jemput siapa saja yang kamu boleh, selain Allah, jika kamu sememangnya benar."

[11:14] Jika mereka gagal untuk mengadakan apa yang kamu cabar mereka, maka ketahuilah yang ini telah diterangkan dengan ilmu Allah, dan tidak ada tuhan melainkan Dia. Mahukah kamu menyerah?

[11:15] Sesiapa yang mengejar kehidupan dunia ini dan bermegah megah dengan kemewahan yang ada, kami akan bayar kerja kerja keduniaan mereka itu; dengan tidak sedikitpun dikurangkan.

[11:16] Merekalah yang telah melepaskan bahagian mereka tentang Akhirat, dan akibatnya Neraka kepunyaan mereka. Segala kerja kerja mereka tidak akan berjaya; segala apa yang mereka lakukan telah terbatal.

Kod Matemetik Di-Dalam Quran.

[11:17] Bagi orang orang yang telah diberikan bukti bukti yang kuat dari Tuhan mereka, yang telah disampaikan oleh seorang saksi dariNya, dan sebelum ini, kitab Musa telah menjadi contoh yang terulung dan mendapat rahmat, tentu sekali mereka akan percaya. Bagi orang orang yang ingkar dari beberapa kumpulan kumpulan, Neraka telah menanti mereka. Janganlah menyimpan sebarang keraguan; ini adalah kebenaran dari Tuhan kamu, tetapi kebanyakan manusia mengingkarinya."

[11:18] Siapakah yang paling zalim dari orang orang yang membuat pembohongan terhadap Allah? Mereka akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan saksi saksi akan berkata, "Inilah orang orang yang mengadakan pembohongan berkenaan Tuhan mereka. Kutukkan Allah akan menimpa orang orang yang melampaui batas itu."

[11:19] Mereka berpaling dari jalan Allah dan mencari cari jalan untuk membuat kerosakkan, dan mereka itulah orang orang yang ingkar akan Hari Akhirat.

Orang Orang Yang Ingkar.

[11:20] Orang orang inilah yang tidak akan dapat melepaskan diri diri mereka, dan tidak juga mereka akan mendapat sebarang tuhan tuhan dan tuan tuan untuk menolong mereka dari Allah. Azab akan digandakan untuk mereka. Kerana mereka lalai untuk mendengar dan juga lalai untuk melihat.

[11:21] Orang orang inilah yang kehilangan roh roh mereka, dan pujaan pujaan yang mereka reka rekakan itu akan berpaling dari mereka.

[11:22] Tidak dapat diragukan lagi, diHari Akhirat kelak mereka akan menjadi orang orang yang sangat rugi.

Orang Orang Yang Percaya.

[11:23] Bagi orang orang yang percaya yang menjalani kehiduapan yang benar, dan mengabdikan diri diri mereka kepada Tuhan mereka, mereka itulah penghuni penghuni Syurga; mereka akan tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya.

[11:24] Contoh bagi kedua dua kumpulan ini seperti orang orang yang buta dan pekak, dibandingkan dengan orang orang yang dapat melihat dan mendengar. Adakah mereka itu serupa? Tidakkah dapat kamu mahu merenungkan?

Nuh.

[11:25] Kami menghantarkan Nuh kepada kaumnya, dengan mengatakan, "Aku datang kepada kamu sebagai pemberi amaran yang terang.

[11:26] "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah. Aku takuti akan hukuman yang azab bagi kamu dihari yang sangat menyakitkan itu."

[11:27] Para pengetua yang ingkar dari kaumnya berkata, "Kami dapati kau bukanlah manusia seperti kami, dan kami lihat orang orang yang mula mengikuti engkau adalah yang paling hina dikalangan kami. Kami ketahui juga yang engkau tidak mempunyai sebarang kelebihan untuk kami. Sebenarnya, kami fikir yang engkau itu pembohong."

[11:28] Dia berkata, "Wahai kaumku, bagaimanakah kalau aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku? bagaimanakah kalau Dia telah merahmati aku dengan belas kasihNya, walaupun kamu tidak dapat melihatnya? Adakah kami mesti memaksakan kamu untuk mempercayainya selepas itu?

[11:29] "Wahai kaumku, aku tidak meminta sebarang wang dari kamu; pembayaranku hanya datang dari Allah. Aku tidak akan menyingkirkan orang orang yang percaya; mereka akan menemui Tuhan mereka (dan Dia sahajalah akan menghakimkan mereka). Aku lihat kamu adalah orang orang yang jahil.

[11:30] "Wahai kaumku, siapa yang boleh menyokong aku untuk menentang Allah, jika aku menyingkirkan mereka? Tidakkah kamu mahu merenungkan?

Segala Kekuasaan Kepunyaan Allah.

[11:31] "Aku tidak mengatakan yang aku ini mempunyai harta dari Allah, tidak juga aku mengatakan yang aku mengetahui akan masa depan, dan tidak juga akan aku katakan yang aku ini malaikat.Tidak juga akan aku katakan kepada orang orang yang kamu hinakan itu yang Allah tidak akan menganugerahkan segala rahmat kepada mereka. Allah Maha Mengetahui apa yang difikirkan didalam fikiran mereka. (Jika aku melakukan ini,) Aku akan menjadi orang orang yang melampaui batas."

[11:32] Mereka berkata, "Wahai Nuh, engkau telah bertengkar dengan kami, dan tidak berhenti dari berterusan dengan bertengkar. Kami cabar engkau supaya membawa azab yang engkau ugut kami dengannya, jika sememangnya kau itu benar."

[11:33] Dia berkata, "Allah Sahajalah yang menurunkannya kepada kamu, jika Dia menghendakinya, maka kamu tidak akan dapat melepaskan diri.

[11:34] "Walaupun jika aku dapat menasihati kamu, nasihatku tidak dapat manfaatkan kamu jika sekiranya dengan kehendak Allah yang kamu telah disesatkan. Dialah Tuhan kamu, dan kepadaNya sahajalah kamu akan dikembalikan."

[11:35] Jika mereka berkata, "Dia yang mengada adakan cerita ini," maka katakanlah, "Jika aku yang mengada adakannya, maka akulah yang bertangungjawab diatas kesalahanku, dan aku tidak bersalah diatas sebarang kesalahan yang kamu komitkan itu."

[11:36] Nuh telah diinspirasikan: "Tidak ada lagi kaummu yang akan mempercayai nya, selain dari mereka yang sudah percaya. Maka janganlah kamu bersedih dengan tengkah laku mereka.

[11:37] "Binalah bahtera dibawah perhatian dan inspirasi kami, jangan memohon kepada kami bagi pihak orang orang yang telah melampaui batas itu; mereka telah ditakdirkan untuk ditenggelamkan."

Kegembiraan Yang Terakhir Adalah Kebahagiaan Yang Abadi.

[11:38] Sementara dia mengikat kayu kayu balak yang disusunkan, orang orang yang melewatinya mentertawakan dia. Dia berkata, "Kamu mungkin mentertawakan kami, tetapi kami akan ketawakan kamu, sepertimana yang kamu mentertawakan sekarang ini.

[11:39] "Kamu akan mengetahui kelak siapa yang akan menderita dengan hukuman yang memalukan, dan akan mendapat balasan yang berkekalan."

[11:40] Apabila pengadilan kami tiba, dan atmosfera menggelegak kekemuncaknya, kami berkata, "Bawalah bersama sama setiap jenis dengan berpasangan, bersama sama dengan keluargamu, melainkan orang orang yang telah dilaknatkan. Bawalah orang orang yang telah percaya," dan hanya beberapa orang saja yang percaya dengannya.

[11:41] Dia berkata, "Marilah naik. Dengan nama Allah ianya akan belayar, dan ianya mempunyai tali tambatan. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

[11:42] Apabila saja ia belayar dengan membawa mereka didalam ombak yang setinggi bukit, Nuh memanggil anak lelakinya, yang telah terasing: "Wahai anakku, marilah belayar bersama kami; janganlah berada dengan orang orang yang ingkar."

[11:43] Dia berkata, "Aku akan mendapatkan pelindungan diatas bukit, untuk menyelamatkan diriku dari air." Dia berkata, "Tidak ada apapun yang dapat menyelamatkan sesiapapun dihari ini dari pengadilan Allah; hanya orang orang yang wajar sajalah akan mendapat belas kasihNya (akan selamat)." Ombak memisahkan mereka, dan dia diantara orang orang yang tenggelam.

Dimanakah Bahera Itu Mendarat.

[11:44] Maka telah diumumkan: "Wahai bumi, telanlah airmu," dan "Wahai langit, berhentilah." lalu air pun surut; pengadilan telah selesai. Bahtera itu akhirnya tersandar diatas bukit bukit diJudea. Maka itu telah diumumkan: Orang orang yang melampaui batas itu pun telah dilenyapkan."

[11:45] Nuh bermohon kepada TuhanNya: "Tuhanku, anakku adalah dari keluargaku, dan perjanjianMu adalah benar. Engkaulah yang amat bijaksana dari segala kebijaksanaan."

Mitos Untuk Jaminan.

[11:46] Dia berkata, "Wahai Nuh, dia bukannya keluargamu. Tidaklah wajar untuk menanyakan kepadaKu sesuatu yang tidak engkau ketahui. Aku telah memberikan kesedaran kepadamu, supaya jangan engkau menjadi seperti orang orang yang jahil."

[11:47] Dia berkata, "Tuhanku, aku berlindung denganMu, tidak akan aku bermohon kepadaMu sekali lagi sesuatu yang tidak aku ketahui. Melainkan jika Engkau ampunkan daku, dan belas kasihanilah kepadaku, aku akan menjadi orang orang yang rugi.

[11:48] Maka telah diumumkan: "Wahai Nuh, turunlah, dengan sejahtera dan rahmat bagimu, begitu juga bagi bangsa bangsa yang akan berketurunan dari teman temanmu yang senasib. Bagi bangsa bangsa lain yang berketurunan darimu, kami akan merahmati mereka untuk sementara waktu saja, dan komitkan mereka dengan hukuman yang amat menyakitkan."

[11:49] Inilah berita berita dahulu yang kami terangkan kepada kamu. Kamu tidak ada pengetahuan berkenaan mereka - tidak kamu dan tidak juga orang orang kamu - sebelum ini. Dari itu, bersabarlah. Kemenangan akhirnya kepunyaan orang orang yang benar.

Hud: Satu Mesej Yang Sama.

[11:50] Kepada 'Ad kami hantarkan saudaranya Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah; kamu tidak mempunyai tuhan yang lain disamping Dia. Kamu hanya mereka reka saja.

[11:51] "Wahai kaumku, aku tidak meminta bayaran dari kamu. Pembayaranku datang hanya dari yang Esa yang meinisiasikan daku. Tidakkah kamu faham?

[11:52] "Wahai kaumku, mintalah pengampunan kepada Tuhan kamu dan bertaubatlah kepadaNya. Maka Dia akan mencucuri kamu segala peruntukkan peruntukkan dari langit, dan menambahkan kekuatan kamu. Janganlah kembali semula dengan melampaui batas."

[11:53] Mereka berkata, "Wahai Hud, kau tidak tunjukkan kepada kami sebarang bukti, dan kami tidak akan melepaskan tuhan tuhan kami semata mata apa yang telah kau cakapkan. Kami tidak ingin menjadi orang orang yang percaya sepertimu.

[11:54] "Kami percaya bahwa beberapa dari tuhan tuhan kami telah mengenakan sumpahannya kepadamu." Dia berkata, "Aku menjadi saksi kepada Allah, dan kamu juga bersaksi bersama sama, yang aku tidak akui akan segala pujaan pujaan yang kamu ada adakan -

[11:55] "disampingNya. Maka, berilah aku keputusan yang kamu sepakatkan, dengan tidak berlengah lagi.

[11:56] "Aku telah letakkan kepercayaanku kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada satu makhluk pun yang tidak dikuasaiNya. Tuhanku itulah dijalan yang benar.

[11:57] "Jika kamu berpaling, aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah dihantarkan kepadaku.Tuhanku akan menggantikan orang orang yang lain ditempat kamu; kamu tidak akan dapat menyakiti Dia sedikitpun. Hanya Tuhanku sajalah yang menguasai segala galanya."

[11:58] Apabila pengadilan kami tiba, kami selamatkan Hud dan orang orang yang percaya bersamanya, belas kasih dari kami. Kami telah selamatkan mereka dari hukuman yang dahsyat

[11:59] Itulah 'Ad - mereka berpaling dari revelasi revelasi Tuhan mereka, mengingkari para rasulNya, dan mengikuti perjalanan setiap orang orang yang degil dan zalim.

[11:60] Akibatnya, mereka mendapat kutukkan didunia ini, dan begitu juga diHari Kebangkitan kelak. Sesungguhnya 'Ad mengingkari Tuhan mereka. Sesungguhnya 'Ad, kaum Hud, telah pun lenyap.

Saleh: Satu Mesej Yang Sama.

[11:61] Kepada Thamud kami hantar saudara mereka Saleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah; kamu tidak ada tuhan yang lain selainNya. Dia yang meinisiasikan kamu dari bumi, dan meletakkan kamu didalamnya. Kamu mesti meminta pengampunanNya, dan bertaubatlah kepadaNya. Tuhanku sentiasa dekat, dan responsif."

[11:62] Mereka berkata, "Wahai Saleh, kau pernah menjadi terkenal dikalangan kami sebelumnya ini. Adakah kau cuba menahan kami dari menyembah apa yang telah disembah oleh ibu bapa ibu bapa kami? Kami sangat meragui segala apa yang telah kau katakan kepada kami."

Orang Orang Yang Ingkar Sentiasa Rugi.

[11:63] Dia berkata, "Wahai kaumku, Bagaimanakah jika aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku, dan belas kasih dariNya? Siapa yang akan menyokongku dari Allah, jika aku tidak menta'atiNya? Kamu hanya menambahkan kerugianku.

[11:64] "Wahai kaumku ini adalah unta Allah untuk dijadikan sebagai bukti bagi kamu. Kamu mestilah membiarkan ianya makan dari bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sebarang kecederaan, agar kamu tidak disegerakan dengan hukuman."

[11:65] Mereka menyembelihnya. Maka dia berkata, ""Kamu hanya ada tiga hari untuk hidup. Inilah ramalan yang tidak dapat dielakkan."

[11:66] Apabila pengadilan kami tiba, kami selamatkan Saleh dan orang orang percaya yang bersama samanya dengan belas kasih kami, dari penghinaan dihari itu. Sesungguhnya Tuhan kamu itu yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.

[11:67] Orang orang yang melampaui batas itu pun telah dihapuskan dengan malapetaka, meninggalkan mereka mati dirumah rumah mereka.

[11:68] Demikian itu seolah olah mereka tidak pernah tinggal disana. Sesungguhnya, Thamud telah mengingkari Tuhan mereka. Sesunguhnya, Thamud telah dihapuskan.

Ibrahim Dan Lut.

[11:69] Apabila para rasul kami datang kepada Ibrahim dengan berita berita yang baik, mereka berkata, "Sejahtera." Dia berkata, "Sejahtera," dan dengan segera dia membawa anak lembu yang sudah dipanggang.

[11:70] Apabila dia melihat yang tangan tangan mereka tidak menjamahnya, dia mula merasa sangsi dan takut akan mereka. Mereka berkata, "Janganlah takut, kami telah dikirimkan untuk kaum Lut."

[11:71] Isterinya sedang berdiri, dan dia tertawa apabila kami memberitahukannya berita baik tentang Ishak, dan setelah Ishak, Ya'kub.

[11:72] Dia berkata, "Malang sungguh bagiku, bagaimana dapat aku memperolehi anak dengan umurku, dan ini suamiku, seorang tua? Ini sungguh ajaib!

[11:73] Mereka berkata, "Adakah kamu dapati itu ajaib bagi Allah? Allah telah menganugerahkan belas kasih dan rahmatNya kepada kamu, wahai penduduk penduduk yang berdekatan dengan makam suci. Dialah yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia."

[11:74] Apabila ketakutan Ibrahim telah reda, dan berita berita baik itu telah disampaikan kepadanya, Dia meneruskan perdebatannya dengan kami bagi pihak kaum Lut.

[11:75] Sesungguhnyalah, Ibrahim seorang yang ihsan, terlalu baik hati dan patuh.

[11:76] "Wahai Ibrahim, berhentilah dari ini. Pengadilan Tuhan telah diisukan; mereka telah dikenakan dengan hukuman yang tidak boleh dielakkan lagi.

Homoseksual Di-Kutuk.

[11:77] Apabila para rasul kami datang kepada Lut, mereka telah dianiayai, dan dia merasa malu dengan kehadiran mereka. Dia berkata,"Ini adalah hari yang sangat payah."

[11:78] Kaumnya datang dengan terburu buru; mereka telah menjadi kebiasaan dengan perbuatan dosa dosa mereka itu. Dia berkata, "Wahai kaumku, itu akan menjadi bersih bagi kamu jika kamu mengambil anak anak perempuanku sebagai ganti. Kamu mestilah menghormati Allah; janganlah memalukan aku dengan tetamuku. Tidakkah ada seorang lelaki diantara kamu yang berfikiran waras?"

[11:79] Mereka berkata, "Kamu tahu dengan sebenarnya yang kami tidak memerlukan anak anak perempuan kamu; engkau tahu tepat sekali apa yang kami inginkan."

[11:80] Dia berkata, "Aku inginkan supaya aku ini cukup kuat, ataupun mempunyai pihak berikatan yang kuat!"

[11:81] (Malaikat) berkata, "Wahai Lut, kami adalah para rasul dari Tuhanmu, orang orang ini tidak akan dapat mengapa apakan kamu. Kamu mestilah berangkat dengan keluargamu diwaktu malam, dan jangan biarkan seorang pun menoleh kebelakang, melainkan isteri kamu; kerana dia telah dilaknatkan bersama sama dengan orang orang yang telah dilaknat. Masa yang ditetapkan itu adalah diwaktu pagi. Tidakkah pagi itu sekejap lagi?"

Sodom Dan Gumarah Telah Di-Binasakan.

[11:82] Apabila pengadilan kami tiba, kami terbalikkan dan menghujani mereka itu dengan batu batu keras yang mengakibatkan kemusnahan.

[11:83] Batu batu yang demikian itu telah dirancang oleh Tuhan kamu untuk menghentam orang orang yang melampaui batas.

Shu'ib: Satu Mesej Yang Sama.

[11:84] Kepada Midyan kami hantar saudaranya Shu'ib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah; kamu tidak ada tuhan selain Dia. Janganlah menipu apabila kamu mengukur dan menimbang. Aku lihat yang kamu ini hidup makmur, dan aku takuti akan hari yang amat besar.

[11:85] "Wahai kaumku, kamu mestilah memberi ukuran yang penuh dan timbang dengan cukup, dengan seksamanya Janganlah menipu manusia daripada hak hak mereka, dan janganlah menjelajah dimuka bumi ini dengan membuat korup.

[11:86] "Apa saja yang Allah peruntukkan kepada kamu, walau bagaimana kecilnya, jauh lebih baik bagi kamu, jika kamu benar benar orang orang yang percaya. Aku bukanlah penjaga keatas kamu."

[11:87] Mereka berkata, "Wahai Shu'ib, adakah agamamu memaksa kau supaya kami mesti meninggalkan agama ibu bapa ibu bapa kami, ataupun menjalankan perniagaan perniagaan kami sebagaimana yang kami pilih? Tentu sekali, kau telah dikenali sebagai seorang yang berkelakuan ihsan dan bijaksana."

[11:88] Dia berkata, "Wahai kaumku, bagaimanakah jika sekiranya aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku; bagaimanakah jika Dia telah memberkatiku dengan rahmat yang besar? Bukanlah keinginanku untuk komitkan diriku supaya menyuruh kamu. Aku hanya ingin untuk membetulkan sebanyak mungkin kesalahan yang aku terdaya. Aku mengharapkan bimbingan sepenuhnya daripada Allah; dan aku telah meletakkan kepercayaanku kepadaNya. KepadaNya sahajalah aku serahkan diriku dengan sepenuh penuh penyerahan (kepada Allah).

[11:89] "Dan, wahai kaumku, janganlah kamu menggalakkan penentanganmu terhadapku yang mana telah dikenakan kemusnahan yang sama kepada kaum Nuh, kaum Hud ataupun kaum Saleh dan juga kaum Lut yang tidak berapa jauh dari kamu.

[11:90] "Kamu mestilah bermohon kepada Tuhan kamu dengan meminta pengampunan, dan bertaubatlah kepadaNya. Tuhanku itu yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani."

[11:91] Mereka berkata, "Wahai Shu'ib, kami tidak faham banyak perkara perkara yang kamu katakan kepada kami, dan kami lihat kamulah yang tidak mempunyai keupayaan diantara kami. Jika tidak kerana kamu dari puak kami, telahpun kami lemparkan batu kepada kamu kerana kami tidak sedikitpun menghargai kamu."

[11:92] Dia berkata, "Wahai kaumku, adakah puak yang aku miliki ini menghendakkan kemulian lebih daripada Allah? Adakah ini yang menyebabkan kamu mengingkariNya? Tuhanku amat sedar segala apa apa yang kamu lakukan.

[11:93] "Wahai kaumku, teruskanlah lakukan apa yang kamu inginkan, dan begitu juga dengan diriku.tentu sekali kamu akan mengetahui siapa diantara kita yang akan mendapat hukuman yang memalukan; dan kamu akan ketahui siapa yang sebenarnnya pembohong. Tunggulah dengan penuh harapan, dan aku akan juga menunggu dengan penuh harapan bersama sama kamu."

[11:94] Apabila pengadilan kami tiba, kami selamatkan Shu'ib dan orang orang percaya yang bersama samanya, dengan belas kasih dari kami. Bagi orang orang yang zalim, mereka telah diserang oleh malapetaka yang membiarkan mereka mati didalam rumah rumah mereka.

[11:95] Seolah olah mereka tidak pernah wujud. Lantas, Midyan pun lenyap, sebagaimana lenyapnya Thamud yang telah menghilang sebelum itu.

Musa.

[11:96] Kami menghantarkan Musa dengan tanda tanda dan autoritif yang amat nyata.

[11:97] Kepada Fir'aun dan pengetua pengetunya. Tetapi mereka mengikuti pemerintahan Fir'aun, dan pemerintahan Fir'aun itu tidaklah bijak.

[11:98] Dia akan memimpin orang orangnya menuju jalan keNeraka diHari Kebangkitan kelak, betapa azabnya tempat tinggal yang berkekalan itu.

[11:99] Mereka telah mendapat laknat dikehidupan ini, begitu juga diHari Kebangkitan kelak; betapa azabnya jalan yang dikutinya itu!

Pengajaran PengajaranYang Dapat Di-Pelajari.

[11:100] Ini adalah berita berita dari komoniti komoniti dimasa lampau, yang kami ceritakan kepada kamu. Sesetengahnya masih tersergam, dan sebahagiannya lagi telah pun luput.

[11:101] Kami tidak menyesatkan mereka; merekalah yang telah menyesatkan roh roh mereka sendiri. Tuhan tuhan mereka, yang mereka berdo'a dengannya disamping Allah, tidak dapat menolong mereka sedikitpun apabila pengadilan dari Tuhan kamu tiba. Sebenarnya mereka hanya memastikan ajal mereka sendiri.

[11:102] Demikianlah hukuman yang telah dipaksakan dari Tuhan kamu apabila sesebuah komuniti yang telah melampaui batas. Sesungguhnya, hukumanNya amatlah menyakitkan dan membinasakan.

[11:103] Ini mestilah menjadi pelajaran bagi orang orang yang takut kepada hukuman Akhirat, itulah harinya yang kesemua manusia akan dikumpulkan - hari yang disaksikan.

[11:104] Kami telah mengaturkan masa yang telah ditetapkan untuk mengambil tempat.

[11:105] Bila hari itu tiba, tidak ada roh yang dapat berkata kata walau sepatah pun, melainkan dengan keizinanNya. Ada yang menderita dan ada pula yang bergembira.

[11:106] Bagi yang menderita, mereka akan berada didalam Neraka, disana mereka akan merintih dan meraung.

[11:107] Mereka akan sentiasa berkekalan didalamnya, selagi sekelian cekrawala dan bumi dapat bertahan, dengan mengikut kehendak Tuhan kamu. Tuhan kamu itu sahajalah yang sebaik baik pelaksana atas segala apa saja yang dikendakkiNya.

[11:108] Bagi orang orang yang bernasib baik itu, mereka akan berada diSyurga. Mereka akan sentiasa berkekalan didalamnya, selagi sekelian cekrawala dan bumi dapat bertahan, dengan mengikut kehendak Tuhan kamu - dan anugerah yang tidak habis habisnya.

Mengikuti Ajaran Secara Membuta Tuli Dari Ibu Bapa Ibu Bapa Kita Adalah Tragedi Manusia.

[11:109] Janganlah ada sebarang keraguan berkenaan apa yang orang orang ini sembah; mereka menyembah serupa sebagaimana yang ibu bapa ibu bapa mereka sembah. Kami akan memberi bahagian mereka sepenuhnya, dengan tidak sedikitpun dikurangkan.

[11:110] Kami telah berikan kepada Musa sebuah kitab, tetapi itu telah dipertikaikan, jika tidak kerana penentuan perkataan yang didekrikan dari Tuhan kamu, maka akan dihakimkan dengan segara. Mereka sangat meragukannya berkenaan ini, merasa sangsi.

[11:111] Tuhan kamu tentu sekali akan memberi ganjaran kepada sesiapa saja diatas kerja kerja mereka. Sesungguhnya Dialah yang Amat Perihatin dengan segala apa yang mereka lakukan.

[11:112] Dari itu, berterusanlah mengikuti jalan yang telah ditunjukkan untuk mengikutinya, bersama sama dengan orang orang yang bertaubat, dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Dia sahajalah yang Maha Melihat akan segala apa apa yang kamu lakukan.

[11:113] Janganlah menyokong orang orang yang melampaui batas, nanti kamu akan ditempatkan diNeraka, dan tidak mendapati sesuatu pihak berikatan pun untuk menolong kamu dari Allah, dan berakhir bersama sama orang orang yang rugi.

Tiga Di-Antara Lima Waktu Sembahwang.

[11:114] Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dikedua penghujung siang, dan diwaktu malam, segala pekerjaan pekerjaan yang benar akan mengatasi pekerjaan pekerjaan jahat. Ini adalah amaran supaya manusia dapat mengambil peringatan.

[11:115] Kamu mestilah tabah dan sabar, kerana Allah tidak pernah lalai untuk memberi ganjaran kepada orang orang yang benar.

[11:116] Sekirannya beberapa orang diantara generasi generasi terdahulu yang mempunyai kecerdasan dapat melarang kejahatan! Malangnya hanya sedikit sahaja dari mereka yang dapat diselamatkan oleh kami. Bagi orang orang yang melampaui batas itu, mereka hanya sibuk dengan kemewahan harta benda mereka; mereka itulah orang orang yang bersalah.

[11:117] Tuhan kamu tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti dengan tidak keadilan, sementara orang orangnya mengerjakan kebaikan.

Kenapa Kita Di-Ciptakan.

[11:118] Dengan kehendak Tuhan kamu, semua manusia akan dijadikan dalam satu penghimpunan (orang yang percaya). Tetapi mereka sentiasa bertikaian (terhadap kebenaran).

[11:119] Hanya orang orang yang mendapat belas kasih dari Tuhan kamu saja (tidak akan bertikaian berkenaan kebenaran). Itulah sebabnya kenapa Dia menciptakan mereka. Pengadilan dari Tuhan kamu telah diisukan: "Aku akan penuhkan Neraka dengan jin jin dan manusia manusia, kesemuanya."

[11:120] Kami telah menceritakan kepada kamu sejarah para rasul dengan cukupnya untuk menguatkan hati kamu. Kebenaran telah datang kepada kamu didalam ini, begitu juga dengan kesedaran dan amaran bagi orang orang yang percaya.

[11:121] Katakanlah kepada orang orang yang ingkar, " Lakukanlah apa saja yang kamu boleh, dan demikian jugalah kami."

[11:122] "Maka tunggulah; kami juga akan menunggu."

[11:123] Kepunyaan Allah segala masa depan untuk sekelian cekrawala dan bumi, dan segala perkara perkara adalah didalam kekuasaanNya. Kamu mestilah menyembahNya dan meletakkan kepercayaan kepadaNya. Tuhan kamu tidak pernah lalai akan segala apa yang kamu lakukan.