Al-Quran 11:27 — Hud (Hud)
Para pengetua yang ingkar dari kaumnya berkata, "Kami dapati kau bukanlah manusia seperti kami, dan kami lihat orang orang yang mula mengikuti engkau adalah yang paling hina dikalangan kami. Kami ketahui juga yang engkau tidak mempunyai sebarang kelebihan untuk kami. Sebenarnya, kami fikir yang engkau itu pembohong."
[11:26] "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah. Aku takuti akan hukuman yang azab bagi kamu dihari yang sangat menyakitkan itu."
[11:28] Dia berkata, "Wahai kaumku, bagaimanakah kalau aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku? bagaimanakah kalau Dia telah merahmati aku dengan belas kasihNya, walaupun kamu tidak dapat melihatnya? Adakah kami mesti memaksakan kamu untuk mempercayainya selepas itu?