Al-Quran 11:28 — Hud (Hud)
Dia berkata, "Wahai kaumku, bagaimanakah kalau aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku? bagaimanakah kalau Dia telah merahmati aku dengan belas kasihNya, walaupun kamu tidak dapat melihatnya? Adakah kami mesti memaksakan kamu untuk mempercayainya selepas itu?
[11:27] Para pengetua yang ingkar dari kaumnya berkata, "Kami dapati kau bukanlah manusia seperti kami, dan kami lihat orang orang yang mula mengikuti engkau adalah yang paling hina dikalangan kami. Kami ketahui juga yang engkau tidak mempunyai sebarang kelebihan untuk kami. Sebenarnya, kami fikir yang engkau itu pembohong."
[11:29] "Wahai kaumku, aku tidak meminta sebarang wang dari kamu; pembayaranku hanya datang dari Allah. Aku tidak akan menyingkirkan orang orang yang percaya; mereka akan menemui Tuhan mereka (dan Dia sahajalah akan menghakimkan mereka). Aku lihat kamu adalah orang orang yang jahil.