Al-Quran 11:30 — Hud (Hud)
"Wahai kaumku, siapa yang boleh menyokong aku untuk menentang Allah, jika aku menyingkirkan mereka? Tidakkah kamu mahu merenungkan?
[11:29] "Wahai kaumku, aku tidak meminta sebarang wang dari kamu; pembayaranku hanya datang dari Allah. Aku tidak akan menyingkirkan orang orang yang percaya; mereka akan menemui Tuhan mereka (dan Dia sahajalah akan menghakimkan mereka). Aku lihat kamu adalah orang orang yang jahil.
[11:31] "Aku tidak mengatakan yang aku ini mempunyai harta dari Allah, tidak juga aku mengatakan yang aku mengetahui akan masa depan, dan tidak juga akan aku katakan yang aku ini malaikat.Tidak juga akan aku katakan kepada orang orang yang kamu hinakan itu yang Allah tidak akan menganugerahkan segala rahmat kepada mereka. Allah Maha Mengetahui apa yang difikirkan didalam fikiran mereka. (Jika aku melakukan ini,) Aku akan menjadi orang orang yang melampaui batas."