Al-Quran 11:31 — Hud (Hud)
"Aku tidak mengatakan yang aku ini mempunyai harta dari Allah, tidak juga aku mengatakan yang aku mengetahui akan masa depan, dan tidak juga akan aku katakan yang aku ini malaikat.Tidak juga akan aku katakan kepada orang orang yang kamu hinakan itu yang Allah tidak akan menganugerahkan segala rahmat kepada mereka. Allah Maha Mengetahui apa yang difikirkan didalam fikiran mereka. (Jika aku melakukan ini,) Aku akan menjadi orang orang yang melampaui batas."
[11:30] "Wahai kaumku, siapa yang boleh menyokong aku untuk menentang Allah, jika aku menyingkirkan mereka? Tidakkah kamu mahu merenungkan?
[11:32] Mereka berkata, "Wahai Nuh, engkau telah bertengkar dengan kami, dan tidak berhenti dari berterusan dengan bertengkar. Kami cabar engkau supaya membawa azab yang engkau ugut kami dengannya, jika sememangnya kau itu benar."