Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 11:89 — Hud (Hud)

"Dan, wahai kaumku, janganlah kamu menggalakkan penentanganmu terhadapku yang mana telah dikenakan kemusnahan yang sama kepada kaum Nuh, kaum Hud ataupun kaum Saleh dan juga kaum Lut yang tidak berapa jauh dari kamu.

[11:88] Dia berkata, "Wahai kaumku, bagaimanakah jika sekiranya aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku; bagaimanakah jika Dia telah memberkatiku dengan rahmat yang besar? Bukanlah keinginanku untuk komitkan diriku supaya menyuruh kamu. Aku hanya ingin untuk membetulkan sebanyak mungkin kesalahan yang aku terdaya. Aku mengharapkan bimbingan sepenuhnya daripada Allah; dan aku telah meletakkan kepercayaanku kepadaNya. KepadaNya sahajalah aku serahkan diriku dengan sepenuh penuh penyerahan (kepada Allah).

[11:90] "Kamu mestilah bermohon kepada Tuhan kamu dengan meminta pengampunan, dan bertaubatlah kepadaNya. Tuhanku itu yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani."