Al-Quran 11:82 — Hud (Hud)
Apabila pengadilan kami tiba, kami terbalikkan dan menghujani mereka itu dengan batu batu keras yang mengakibatkan kemusnahan.
[11:81] (Malaikat) berkata, "Wahai Lut, kami adalah para rasul dari Tuhanmu, orang orang ini tidak akan dapat mengapa apakan kamu. Kamu mestilah berangkat dengan keluargamu diwaktu malam, dan jangan biarkan seorang pun menoleh kebelakang, melainkan isteri kamu; kerana dia telah dilaknatkan bersama sama dengan orang orang yang telah dilaknat. Masa yang ditetapkan itu adalah diwaktu pagi. Tidakkah pagi itu sekejap lagi?"
[11:83] Batu batu yang demikian itu telah dirancang oleh Tuhan kamu untuk menghentam orang orang yang melampaui batas.