Al-Quran 11:81 — Hud (Hud)
(Malaikat) berkata, "Wahai Lut, kami adalah para rasul dari Tuhanmu, orang orang ini tidak akan dapat mengapa apakan kamu. Kamu mestilah berangkat dengan keluargamu diwaktu malam, dan jangan biarkan seorang pun menoleh kebelakang, melainkan isteri kamu; kerana dia telah dilaknatkan bersama sama dengan orang orang yang telah dilaknat. Masa yang ditetapkan itu adalah diwaktu pagi. Tidakkah pagi itu sekejap lagi?"
[11:80] Dia berkata, "Aku inginkan supaya aku ini cukup kuat, ataupun mempunyai pihak berikatan yang kuat!"
[11:82] Apabila pengadilan kami tiba, kami terbalikkan dan menghujani mereka itu dengan batu batu keras yang mengakibatkan kemusnahan.