Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 12:68 — Yusuf (Yusuf)

Apabila mereka pergi (kepada Yusuf), mereka masuk mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh bapa mereka. Walaupun ini tidak dapat menukarkan apa yang telah didekrikan oleh Allah, Ya'kub mempunyai maksud yang tersendiri dengan menyuruh mereka berbuat demikian kerana dia mempunyai beberapa ilmu pengetahuan yang kami mengajarkan kepadanya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.

[12:67] Dan dia berkata, "Wahai anak anakku, janganlah masuk dari satu pintu; masuklah melalui pintu pintu yang berasingan. Walau bagaimanapun, aku tidak dapat menolong kamu dari segala apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kepunyaan Allah sajalah segala pengadilan aku percaya kepadaNya, dan kepadaNyalah kesemua orang orang yang percaya meletakkan kepercayaan mereka."

[12:69] Apabila mereka memasuki tempat Yusuf, dia membawa adiknya dekat kepadanya dan berkata, "Aku saudaramu; janganlah bersedih dengan perbuatan mereka."