Al-Quran 12:31 — Yusuf (Yusuf)
Apabila dia mendengar umpatan mereka, dia menjemput mereka, menyediakan mereka tempat rehat yang nyaman, dan memberikannya tiap tiap seorang sebuah pisau. Maka dia berkata kepadanya, "Masuklah kedalam bilik." Apabila mereka melihat dia, mereka kagum, hinggakan mereka memotong (melukakan) tangan tangan mereka. Mereka lantas berkata, "Maha suci bagi Allah, ini bukanlah manusia; ini seorang malaikat yang mulia."
[12:30] Beberapa wanita dibandar mengumpat: "Isteri gabenor cuba menggoda pembantunya. Dia telah jatuh cinta yang mendalam kepada dia. Kami lihat dia telah tersesat jauh."
[12:32] Dia berkata, "Inilah dia yang kamu salahkan aku kerana jatuh cinta. Sesungguhnya aku yang menggoda dia, tetapi dia menolak. Melainkan jika dia menurut apa yang aku perintahkan dia, dia tentu sekali dimasukkan penjara, dan dihina."