Al-Quran 18:49 — Gua (Al-Kahf)
Rekod akan ditunjukkan, kamu akan melihat betapa takutnya pesalah akan isinya. Mereka akan berkata, "Malang bagi kami. Kenapa pula buku ini tidak tinggalkan satu apa pun, kecil atau besar, dengan tidak dikira?" Mereka akan dapati apa yang mereka telah lakukan dibawakan kehadapan. Tuhan kamu tidak pernah berlaku ketidak adilan terhadap sesiapa pun.
[18:48] Mereka akan dihadapkan kepada Tuhan mereka dengan berderetan. Kamu telah datang kepada kami seorang diri, sebagaimana yang telah kami menciptakan kamu pada mulanya. Sesungguhnya, inilah yang kamu mendakwa bahwa ianya tidak akan terjadi.
[18:50] Kami katakan kepada para malaikat, "Jatuhlah sujud kepada Adam." Mereka pun jatuh sujud, melainkan syaitan. Lantas dia menjadi jin, kerana dia mengingkari perintah TuhanNya. patutkah kamu memilih dia dan keturunan keturunannya sebagai tuhan tuhan dan bukannya Aku, walaupun mereka adalah musuh musuh kamu? Betapa azabnya pengganti!