Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 18: Gua (Al-Kahf)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[18:1] Kepujian bagi Allah, yang menurunkan kitab ini kepada hambaNya, dan dijadikannya dengan tidak ada sedikit pun kecacatan.

[18:2] Penuh dengan kesempurnaan (kitab) untuk memberi amaran akan hukuman yang azab dariNya, dan untuk menyampaikan berita berita baik kepada orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar, sesungguhnya mereka telah menerima ganjaran yang amat mewah.

[18:3] Dimana didalamnya mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.

[18:4] Dan untuk memberi amaran kepada orang orang yang mengatakan, "Allah telah mempunyai seorang anak lelaki!"

[18:5] Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ini, tidak juga ibu bapa ibu bapa mereka. Betapa kufurnya apa yang dikeluar dari mulut mulut mereka! Apa yang dicakapkan oleh mereka itu adalah satu kebohongan yang besar.

[18:6] Engkau mengkin akan menyalahkan dirimu kerana cara mereka telah merespons kepada hadis ini, dan keingkaran mereka terhadapnya; mungkin juga engkau akan merasa sedih.

Hari Kiamat.

[18:7] Kami telah menghiasi segala galanya dibumi, demi untuk mencuba mereka, dan lantas, membezakan siapakah diantara mereka yang mengerjakan amalan yang baik.

[18:8] Tidak dapat dielakkan lagi, kami akan memusnahkan segala gala diatasnya, kesemuanya akan habis ketandusan.

Para Penghuni Gua.

[18:9] Apa pula yang dapat kau fikirkan apabila kami beritahukan kepada kau berkenaan orang orang yang didalam gua, dan nombor nombor yang bersangkutan dengan mereka? Mereka adalah diantara tanda tanda kami yang sungguh menakjubkan.

[18:10] Apabila pemuda pemuda itu mengambil perlindungan didalam gua, mereka berkata, "Tuhan kami, cucurilah belas kasihMu kepada kami, dan rahmatilah urusan urusan kami dengan petunjukMu."

[18:11] Maka kami menutupkan telinga telinga mereka didalam gua buat beberapa tahun yang ditentukan.

[18:12] Kemudian kami bangkitkan mereka semula untuk melihat mana satu diantara dua kumpulan yang dapat mengira jangka masa yang mereka tinggal didalamnya.

[18:13] Kami ceritakan kepada kamu sejarah mereka, dengan sebenarnya. Mereka adalah pemuda pemuda yang mempercayai Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk untuk mereka.

[18:14] Kami kuatkan hati hati mereka apabila mereka berdiri untuk mengumumkan: "Tuhan kami adalah Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Kami tidak akan menyembah sebarang tuhan disampingNya. Jika tidak, kami akan tersesat jauh.

[18:15] "Disini orang orang kami telah mengada adakan tuhan tuhan disampingNya. Jikalau sekiranya mereka dapat mengadakan bukti untuk menyokong pendirian mereka! Siapakah yang paling zalim dari orang yang mereka rekakan pembohongan dan meatributkan semuanya itu kepada Allah?"

Tujuh Yang Tidur Dari Ephesus

[18:16] "Oleh sebab kamu ingin mengelakkan diri dari mereka, dan cara penyembahan mereka selain dari Allah, marilah kita mengambil perlindungan didalam gua. Semoga Tuhan kamu cucurimu dengan belas kasihNya dan menunjukkan kamu keputusan yang benar."

Guru Yang Terbimbing Di-Perlukan.

[18:17] Kamu dapat melihat apabila matahari naik datang dari sebelah kanan gua mereka, dan apabila ianya membenam, ia menyinar kekiri untuk mereka, sementara mereka tidur ditempat yang berongga. Ini salah satu dari petanda petanda dari Allah. Sesiapa saja yang Allah bimbing mendapat bimbingan yang benar, dan sesiapa saja yang dibiarkan olehNya sesat, kamu tidak akan mendapatkan untuk dia guru yang membimbing.

[18:18] Kamu akan berfikir yang mereka itu berjaga, sebenarnya mereka itu tidur. Kami balik balikkan mereka kesebelah kanan dan kesebelah kiri, sementara anjing mereka meregangkan lengan lengannya ditengah tengah mereka. Sekiranya kamu dapat melihat mereka, kamu tentunya akan lari dari mereka, kerana rasa gerun.

[18:19] Apabila kami bangkitkan mereka, mereka bertanya sesama sendiri, "Berapa lamakah kamu berada disini?" "Kami telah berada disini selama sehari ataupun sebahagian dari hari," mereka menjawab. "Tuhan kamu amat mengetahui berapa lamakah yang kami tinggal disini, dari itu, mari kita hantar salah satu dari kita dengan wang ini pergi kebandar. Biar dia membawa pulang makanan yang paling bersih, dan belikan sedikit untuk kita. Supaya jangan dia menonjolkan dirinya, untuk menarik perhatian ramai.

[18:20] "Jika mereka menjumpaimu, mereka akan melemparkan batu kepadamu, ataupun memaksa kamu supaya berpaling kepada agama mereka, maka kamu tidak akan berjaya."

Bersanggutan dengan Akhirnya Dunia

[18:21] Kami yang menyebabkan mereka ditemui, untuk memberitahukan kepada semua orang yang perjanjian Allah itu adalah benar, dan untuk mengeluarkan semua keraguan berkenaan akhirnya dunia.Manusia sibuk bertikaian dengan satu sama yang lainnya tentang mereka. Ada yang berkata, "Mari kita binakan bangunan disekiling mereka." Tuhan merekalah yang amat mengetahui tentang mereka. Orang orang yang terkenal berkata, "Kami akan membina tempat penyembahan disekeliling mereka."

[18:22] Ada yang berkata, "Mereka bertiga; anjing mereka menjadikan empat," sementara yang lain pula akan berkata, "Lima; yang keenam itu anjing mereka," sambil mereka meneka neka yang lain berkata, "Tujuh," dan kedelapan adalah anjing mereka. Katakanlah, "Tuhanku amat mengetahui akan bilangan mereka." Hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahui bilangan yang tepat. Dari itu, janganlah bertengkaran dengan mereka; hanya bersamalah dengan mereka. kamu tidak perlu merujuk kepada sesiapa tentang ini.

Mengingati Allah Setiap Kesempatan Yang Kita Perolehi.

[18:23] Janganlah kamu mengatakan yang kamu boleh lakukan apa saja pada masa depan,

[18:24] dengan tidak mengatakan, "Dengan izin Allah." (Insha Allah). Jika kamu terlupa melakukan ini, kamu mestilah dengan segera mengingati Tuhan kamu dan berkata, "Semoga Tuhanku membimbingku melakukan lebih baik lagi dimasa yang lain."

[ 300 + 9 ]*

[18:25] Mereka telah tinggal didalam gua mereka selama tiga ratus tahun, ditambahkan dengan sembilan.

[18:26] Katakanlah, "Allah yang amat mengethui berapa lama yang mereka telah tinggal disana." Dia yang ketahui segala rahsia rahsia disekeling cekrawala dan bumi. Dengan limpah kurniaNya kamu dapat melihat; dengan limpah kurniaNya juga kamu dapat mendengar.Tidak ada yang lain disampingNya sebagai Tuhan dan Tuan, dan Dia tidak pernah mengizinkan sebarang sekutu sekutu untuk berkongsi didalam kerajaanNya.

[18:27] Kamu mestilah membaca apa yang diturunkan kepadamu dari kitab Tuhan kamu. Tidak ada yang boleh membatalkan perkataan perkataanNya, dan janganlah kamu mencari sumber yang lain disampingnya.

Mempelajari Quran Dengan Berkumpulan Kumpulan.

[18:28] Kamu mestilah paksa diri kamu untuk bersama sama dengan orang orang yang meyembah Tuhan kamu siang dan malam, mencari hanya Dia sahaja. Janganlah alihkan mata matamu dari mereka, kerana ingin mencari kemegahan didunia ini. Dan tidak juga mesti kamu menta'ati seorang yang hatinya kami biarkan tidak memperdulikan mesej kami; seorang yang mengejar keinginan keinginannya, dan yang keutamaan keutamaannya menjadi keliru.

Kebebasan Mutlak Dalam Beragama.

[18:29] Umumkanlah: Ini adalah kebenaran dari Tuhan kamu," dan sesiapa saja yang menghendaki biarkan dia percaya, dan sesipa menghendaki biarkanlah dia mengingkarkan. Kami telah sediakan untuk orang orang yang melampaui batas itu dengan dilengkapi api disekeliling mereka. Apabila mereka menjerit untuk meminta tolong, mereka akan diberikan cecair yang pekat serupa asid yang melecurkan muka muka. Betapa deritanya minuman itu! Betapa azabnya destini!

[18:30] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, kami tidak pernah lalai dari memberikan ganjaran kepada orang orang yang bekerja untuk kebenaran.

[18:31] Mereka berhak mendapat taman taman 'Adnin dimana air sungai sungainya mengalir. Didalamnya mereka akan dihiasi dengan gelang gelang emas, dan memakai baju baju hijau buatan sutera dan baldu, dan akan berehat diatas perabut perabut yang selesa. Betapa indahnya anugerah; betapa indahnya tempat tinggal!

Harta Harta Sebagai Pujaan

[18:32] Dibentangkan untuk mereka contoh bagi dua lelaki: kami berikan salah satu dari mereka dua bidang taman taman anggur, dikelilingi dengan pokok pokok kurma, dan meletakkan lain tanam tanamam diantara mereka.

[18:33] Kedua taman taman mengeluarkan tanam tanaman pada tepat waktunya, dan dengan lumayannya, kerana kami mengaturkan air sungai mengalir melaluinya.

[18:34] Selepas menuai, dia menyatakan kepada kawannya dengan memegahkan diri: Aku lebih jauh lagi makmur darimu, dan aku menguasai lebih penghormatan dari manusia."

[18:35] Apabila dia masuk kedalam tamannya, dia telah menzalimi rohnya dengan berkata, "Aku tidak akan fikir yang ini semua akan berakhir.

[18:36] "Tambahan pula, Aku berfikir ini adalah; Aku tidak fikir yang Waktunya (Akhirat) akan berlaku walaupun jika aku kembali kepada Tuhanku, aku akan (jadi cukup pandai untuk) mempunyai tempat yang lebih baik lagi disana."

[18:37] Kawannya berkata kepada dia, apabila dia berdebat dengannya. "Adakah kamu mengingkarkan yang Esa yang menciptakan kau dari debu, dan dari cecair yang halus, lalu disempurnakan kau sebagai seorang lelaki?

[18:38] "Bagi diriku, Allah adalah Tuhanku, dan aku tidak akan ingin mengada adakan sebarang tuhan disamping Tuhanku.

Perintah Perintah Yang Mustahak.

[18:39] "Apabila kau memasuki tamanmu, sepatutnya kau mesti mengatakan, "Inilah apa yang telah Allah berikan kepadaku (Masha Allah). Tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa melainkan Allah (La Quwwata Ella Billah).' Kau mungkin melihat yang aku mempunyai hanya sedikit wang dan tidak ramai anak anak sepertimu.

[18:40] "Tuhanku mungkin mengizinkanku untuk memperolehi taman yang lebih baik darimu. Dia mungkin menghantarkan ribut taufan dari langit dan menghancurkan tamanmu dan membiarkan habis kesemuanya sekali.

[18:41] "Ataupun, airnya akan tenggelam lebih dalam, jauh untuk kamu menjangkaunya."

[18:42] Sesungguhnya, tanam tanamannya telah musnah, dan dia berakhir dengan kesedihan, menyesal kerana apa yang dia belanjakan telah menjadi sia sia, dan segala hartanya terlantar hancur. Akhirnya dia berkata, "Aku berharapan supaya tidak aku jadikan hartaku ini sebagai tuhan disamping Tuhanku."

[18:43] Tidak ada kuasa dibumi yang dapat menolong dia terhadap Allah, tidak juga boleh untuknya menerima sebarang pertolongan.

[18:44] Itu kerana yang sebenar benarnya Tuhan dan tuan adalah Allah; Dialah yang memberikan ganjaran yang terbaik, dan bersama sama denganNya sajalah kedapatan destini yang terbaik.

[18:45] Telah diberikan contoh bagi kehidupan ini sebagai air yang kami turunkan dari langit untuk mengeluarkan tumbuh tumbuhan dibumi, dan mereka berubah menjadi rumput kering yang diterbangkan oleh angin. Allah amat berkebolehan melakukan apa saja.

Aturkan Semula Keutamaan Kita.

[18:46] Wang dan anak anak adalah kegembiraan untuk dunia ini, tetapi kerja kerja yang benar menghasilkan ganjaran yang berkekalan dari Tuhan kamu, dan harapan yang lebih baik.

[18:47] Harinya akan tiba apabila kami hapuskan gunung gunung, dan kamu akan lihat yang bumi ini menjadi gersang. Kami akan kumpulkan mereka semua, dengan tidak ditinggalkan walau seorang pun.

[18:48] Mereka akan dihadapkan kepada Tuhan mereka dengan berderetan. Kamu telah datang kepada kami seorang diri, sebagaimana yang telah kami menciptakan kamu pada mulanya. Sesungguhnya, inilah yang kamu mendakwa bahwa ianya tidak akan terjadi.

[18:49] Rekod akan ditunjukkan, kamu akan melihat betapa takutnya pesalah akan isinya. Mereka akan berkata, "Malang bagi kami. Kenapa pula buku ini tidak tinggalkan satu apa pun, kecil atau besar, dengan tidak dikira?" Mereka akan dapati apa yang mereka telah lakukan dibawakan kehadapan. Tuhan kamu tidak pernah berlaku ketidak adilan terhadap sesiapa pun.

Klasifikasi Berkenaan Makhluk Makhluk Allah.

[18:50] Kami katakan kepada para malaikat, "Jatuhlah sujud kepada Adam." Mereka pun jatuh sujud, melainkan syaitan. Lantas dia menjadi jin, kerana dia mengingkari perintah TuhanNya. patutkah kamu memilih dia dan keturunan keturunannya sebagai tuhan tuhan dan bukannya Aku, walaupun mereka adalah musuh musuh kamu? Betapa azabnya pengganti!

[18:51] Aku tidak pernah membenarkan mereka menyaksikan kejadian sekelian cekrawala dan bumi, dan tidak juga dengan penciptaan diri diri mereka. Dan tidak pernah juga Aku membenarkan orang orang zalim itu bekerja didalam kerajaanKu.

[18:52] Harinya akan tiba apabila Dia akan berkata,"Panggillah pasangan pasanganKu, yang mana kamu mendakwa sebagai tuhan tuhan disampingKu;" mereka akan memanggil mereka, tetapi mereka tidak akan mendapat respons dari mereka. Dinding yang kukoh akan memisahkan mereka dengan lainnya.

[18:53] Pesalah akan dilihatkan Neraka, dan menyedari yang mereka akan jatuh kedalamnya mereka tidak akan dapat terlepas dari situ.

Orang Orang Yang Ingkar Tidak Mahu Menerima Kesempurnaan Quran.

[18:54] Kami telah bentangkan didalam Quran ini bebagai bagai contoh, tetapi manusia itu makhluk yang paling kuat sekali berbantahan.

[18:55] Tidak ada apa yang dapat menghalang manusia itu dari percaya, apabila petunjuk datang kepada mereka, dan untuk mencari pengampunan dari Tuhan mereka, melain mereka menuntut untuk melihat (macam macam mukjizat) yang sama seperti generasi generasi dahulu, ataupun mencabar untuk melihatkan hukuman terlebih dahulu.

[18:56] Kami hanyalah menghantarkan para rasul sebagai penyampai berita berita baik, begitu juga sebagai pemberi amaran. Orang orang yang ingkar itu berbantahan dengan kepalsuan untuk mengalahkan kebenaran, dan mereka mengambil bukti buktiKu dan amaran dengan disia siakan.

Bantuan Dari Tuhan.

[18:57] Siapakah yang lebih zalim dari orang orang yang bila diingatkan akan bukti bukti dari Tuhan mereka tidak memperdulikannya, dengan tidak menyedari apa yang mereka telah lakukan.Akhibatnya, kami tutupkan hati hati mereka untuk menghalang mereka dari memahaminya (Quran), dan tuli ditelinga telinga mereka. Lantas, bagaimana cara sekalipun kamu lakukan untuk membimbing mereka, mereka tidak boleh dibimbing.

[18:58] Namun begitu, Tuhan kamu itu Maha Pengampun, penuh dengan belas kasih. Jika Dia memanggil mereka untuk memberikan penjelasan tentang perbuatan jahat mereka, Dia akan hapuskan mereka disitu dan ketika itu juga. Sebaliknya, Dia memberikan mereka tempoh hingga ketentuan, masa yang telah ditetapkan; dan mereka tidak akan terlepas.

[18:59] Banyak komuniti telah kami hapuskan kerana keterlaluan mereka, kami aturkan masa yang telah ditentukan untuk penghapusan mereka.

Pengajaran Pengajaran Yang Berharga Dari Musa Dan Gurunya.

[18:60] Musa berkata kepada pembantunya, "Aku tidak akan berehat sehingga aku dapat sampai kepenghujung dimana dua sungai sungai bertemu, walaupun berapa lama masa yang diambil."

[18:61] Apabila mereka sampai kepenghujung dimana mereka bertemu, mereka terlupakan ikan mereka, dan dijumpainya menuju kesungai, secara diam diam.

[18:62] Setelah mereka melalui penghujung itu, dia berkata kepada pembantunya, "Mari kita makan tengah hari. Semua perjalanan ini telah meletihkan kita keseluruhannya."

[18:63] Dia berkata, "Ingat tak yang kita telah duduk diatas batu dibelakang sana? Aku tidak ambil peduli akan ikan itu. Itu adalah syaitan yang telah membuatku lupa, dan ianya dapat mencari jalannya balik kesungai, pelik sekali."

[18:64] (Musa) berkata, "Itulah tempatnya yang kita cari." Mereka mencari jejak jejak mereka balik kebelakang.

[18:65] Mereka bertemu dengan seorang dari hamba hamba kami, yang kami rahmati dengan belas kasih, dan mengurniakan kepadanya dari ilmu pengetahuan kami sendiri.

[18:66] Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku mengikutmu, supaya dapat kau mengajarku beberapa ilmu pengetahuan dan petunjuk yang telah dikurniakan kepadamu?"

[18:67] Dia berkata, "Kau tidak akan tahan bersama samaku.

[18:68] "Bagaimana dapat kamu tahan sedangkan kamu tidak faham?"

[18:69] Dia berkata, "Kau akan dapati dariku, dengan izin Allah (Insha Allah), sabar. Aku tidak akan mengingkarkan sebarang perintah yang kau berikan kepadaku."

[18:70] Dia berkata, "Jika kau ingin mengikutiku, maka kau tidak semestinya bertanya kepadaku apa saja melainkan jika aku pilih untuk memberitahukan perkara itu kepadamu."

[18:71] Maka mereka pun berangkat. Apabila mereka naik kekapal, dia menebuk lubang didalamnya dia berkata, "Adakah kau menebuk lubang ini untuk menenggelamkan orang orangnya? Kau telah komit sesuatu yang dahsyat."

[18:72] Dia berkata, "Tidakkah aku katakan yang kau tidak akan tahan bersama samaku?"

[18:73] Dia berkata, "Maafkan aku. Janganlah hukum aku kerana kealpaanku; janganlah terlalu kesat terhadapku."

[18:74] Maka mereka pun berangkat.Apabila mereka bertemu seorang budak lelaki, dibunuhnya. Dia berkata, "Kenapalah kau bunuh nyawa yang tidak berdosa, yang belum pernah membunuh nyawa yang lain? Kau telah komit sesuatu yang menggerunkan."

[18:75] Dia berkata, "Tidakkah aku katakan yang kau tidak akan tahan berada bersama samaku?

[18:76] Dia berkata, "Jika aku menanyakan berkenaan apa saja, maka janganlah menyimpanku denganmu. Kau telah menerima banyak kemaafan dariku."

[18:77] Maka mereka pun berpergian. Apabila mereka tiba kepada komuniti yang tertentu, mereka meminta makanan dari mereka, tetapi mereka enggan melayan mereka. Selepas itu, mereka menjumpai tembuk yang akan runtuh, dan dia membetulkannya. Dia berkata, "Kau boleh meminta upah untuk itu!"

Ada Sebab Sebab Baik Untuk Segala galanya.

[18:78] Dia berkata, "Sekarang kita mesti berpisah. Tetapi aku akan terangkan kepadamu segala galanya yang kau tidak tahan.

[18:79] "Bagi kapal itu, ianya dipunyai oleh nelayan yang miskin, dan aku hendak merosakkannya. Seorang raja sedang mendatangi mereka, dan merampas tiap tiap kapal, dengan paksa.

[18:80] "Bagi budak lelaki itu , ibu bapanya adalah orang orang percaya yang baik, dan kami melihat yang dia akan membebankan mereka keterlaluan dengan keingkarannya.

[18:81] "Kami berkehendakan, supaya Tuhan kamu gantikan tempatnya dengan anak yang lain; seorang yang lebih baik dalam ketakwahan dan lembut hatinya.

[18:82] "Bagi tembuk itu pula, ianya kepunyaan kedua budak lelaki yang yatim didalam bandar. Dibawahnya, ada harta kepunyaan mereka. Kerana bapa mereka seorang yang salih, Tuhan kamu menghendaki supaya mereka membesar dan mendapatkan kekuatan, untuk mendapatkan harta mereka. Demikian itu belas kasih dari Tuhan kamu. Aku tidak melakukan satu apapun dari kemahuanku sendiri. Inilah penerangan bagi semuanya itu yang kau tidak tahan."

Zul-Karnain: Seorang Yang Mempunyai Dua Tanduk Ataupun Dua Generasi.

[18:83] Mereka menanyakanmu berkenaan Zul-Karnain. Katakanlah, "AkanKu ceritakan sedikit kepadamu berkenaan sejarahnya."

[18:84] Kami berikan kepadanya autoritif dibumi, dan memberikannya segala macam gaya tenaga.

[18:85] kemudian, dia mengikuti satu jalan.

[18:86] Apabila dia sampai jauh kebarat, dia mendapati matahari membenam dilautan yang luas terbentang, dan menjumpai manusia disana. Kami berkata, "Wahai Zul-Karnain, kau bolehlah memerintah sesuka hatimu; menghukum, ataupun bergaul mesra dengan mereka."

[18:87] Dia bekata, "Bagi orang orang yang melampaui batas itu, kami akan menghukum mereka, dan apabila mereka kembali kepada Tuhan mereka, Dia akan komitkan mereka dengan hukuman yang berlebihan.

[18:88] "Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan mendapat anugerah yang baik; kami akan melayani mereka dengan mesra."

[18:89] Kemudian dia mengikuti jalan yang lain.

[18:90] Apabila dia sampai jauh ketimur, didapatinya matahari terbit diatas manusia yang tidak ada perlindungan untuk menaungi mereka darinya.

[18:91] Sewajarnyalah, kami amat perihatin dengan segala apa yang dia telah ditemukan.

[18:92] Dia kemudian mengikuti jalan yang lain.

[18:93] Apabila dia sampai dilembah antara dua kubu kubu, dia dapati manusia yang bahasanya tidak dapat difahami.

Ya'juj dan Ma'juj

[18:94] Mereka berkata, "Wahai Zul-Karnain,Ya'juj dan Ma'juj adalah para korupsi dibumi. Bolehkah kami mengupah kau untuk membuat penghalang diantara kami dan mereka?"

[18:95] Dia berkata, "Tuhanku telah memberiku dengan pemberian yang besar. Jika kamu bekerja sama denganku, aku akan membina empangan antara kamu dan mereka.

[18:96] "Bawalah kepadaku timbunan besi."Sesudah dia penuhi luang antara dua kubu kubu, dia berkata, "Tiup" apabila ianya menjadi merah bernyala, "Tolonglah aku menyiramkan tar diatasnya."

[18:97] Lantas, mereka tidak boleh memanjatnya, dan tidak juga dapat mereka menebuk lubang lubang didalamnya.

[18:98] Dia berkata, "Inilah belas kasih dari Tuhanku. Apabila ramalan dari Tuhanku berlaku. Dia akan menyebabkan empangan itu hancur musnah. Ramalan dari Tuhanku itu adalah benar."

[18:99] Pada masa itu, kami akan biarkan mereka menyerang satu sama lain, dan terumpit akan ditiup, dan kami akan kumpulkan mereka kesemuanya.

[18:100] Kami akan tunjukkan Neraka, pada hari itu, kepada orang orang yang ingkar.

[18:101] Merekalah orang orangnya yang mata mata mereka telah ditudungi rapat dari melihat mesejKu. Dan mereka tidak dapat mendengar.

[18:102] Adakah orang orang yang ingkar itu berfikir yang mereka akan dapat terlepas dengan mengada adakan hamba hambaKu sebagai tuhan tuhan disampingKu? Kami telah sediakan untuk orang orang ingkar itu Neraka sebagai tempat tinggal yang berkekalan.

Periksalah Diri Sendiri.

[18:103] Katakanlah, "Mestikah Aku menyatakan kepada kamu siapakah orang orang yang paling rugi?

[18:104] "Merekalah orang orangnya yang kerja kerja mereka dikehidupan ini penuh dengan kesesatan, tetapi mereka beranggapan yang mereka itu membuat kebaikan."

[18:105] Demikianlah orang orangnya yang ingkar kepada revelasi revelasi Tuhan mereka dan pertemuan denganNya. Dengan demikian, kerja kerja mereka adalah sia sia belaka; pada Hari Kebangkitan kelak, mereka tidak ada penimbangan.

[18:106] Pembalasan yang adil bagi mereka ialah Neraka, balasan kerana keingkaran, dan mengejek ejekkan revelasi revelasiKu dan juga para rasulKu.

[18:107] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka berhak menerima Syurga yang indah sebagai tempat tinggal mereka.

[18:108] Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya; mereka tidak akan ingin untuk digantikan dengan yang lain.

Quran: Segala gala Yang Kita Perlukan.

[18:109] Katakanlah, "Jika lautan itu adalah tinta bagi kata kata Tuhanku, lautan itu akan kehabisan, sebelum kata kata dari Tuhanku itu habis, walaupun jika kami gandakan bekalan tinta."

[18:110] Katakanlah, "Aku tidak lebih hanya seorang manusia seperti kamu, telah diinspirasikan yang tuhan kamu adalah tuhan yang Esa. Sesiapa yang ingin untuk bertemu dengan tuhan mereka mestilah beramal salih, dan jangan sekali menyembah sebarang tuhan disamping Tuhannya."