Surah 19: Maryam (Maryam)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[19:1] K. H. Y. A. S. (Kaf Ha Ya 'Ayn Saad)
Zakariah
[19:2] Memperkatakan tentang belas kasih Tuhan kamu kepada hambaNya Zakariah.
[19:3] Dia bermohon kepada Tuhannya, bermohon didalam rahsia.
[19:4] Dia berkata, "Tuhanku, tulang tulang didalam tubuhku telah reput, dan rambutku telah diselubungi dengan keputihan. Sentiasa aku berdoa' kepadaMu, aku tidak pernah putus asa.
[19:5] "Aku bimbang berkenaan tanggungan tanggungan selepasku, isteriku seorang yang mandul. Berikanlah aku, dariMu, seorang waris.
[19:6] "Jadikanlah dia pewarisku dan mewarisi keluarga Ya'kub, dan jadikan dia, Tuhanku, diterima."
Yahya.
[19:7] "Wahai Zakariah, kami berikan berita baik; anak lelaki yang akan dinamakan Yahya. Kami tidak pernah mencipta yang lainnya serupa dengan dia sebelum ini."
[19:8] Dia berkata, " Tuhanku, bolehkah aku mendapatkan anak lelaki sedangkan isteriku mandul, dan aku pula dengan umur tuaku?"
[19:9] Dia berkata, "Demikian itulah Tuhanmu berkata: Itu amatlah mudah bagiKu melakukannya. Aku telah menciptamu sebelum ini, dan kau asalnya tiada.'"
[19:10] Dia berkata, "Tuhanku, berikanlah aku tanda." Dia berkata, "Tandamu ialah yang kau tidak akan boleh berbicara dengan manusia selama tiga malam berturut turut."
[19:11] Dia keluar dari tempat ibadah dan bertemu keluarganya, dan menunjukkan kata isyarat kepada mereka: "Bertafakkur (dengan Allah) siang dan malam."
[19:12] "Wahai Yahya, kamu mestilah mendukung kitab, dengan kuat." Kami berikan dia kebijaksanaan, walaupun ketika dia masih muda lagi.
[19:13] Dan (kami berikan dia dengan) kemulian hati dan kesucian dari kami, kerana dia seorang yang salih.
[19:14] Dia muliakan ibu bapanya, dan tidak pernah menjadi pengingkar yang zalim.
[19:15] Kesejahteraan baginya dihari dia dilahirkan, dihari kematiannya, dan pada hari yang dia akan dibangkitkan semula.
Maryam.
[19:16] Telah disebutkan Maryam didalam kitab. Dia telah mengasingkan dirinya dari keluarganya, dibahgian timur.
[19:17] Sementara penghalang telah memisahkan dia dari mereka, kami hantarkan Roh kami kepadanya. Dia datang kepadanya sebagai seorang manusia.
[19:18] Dia berkata, "Aku mencari perlindungan dari Maha Pengasih, semoga kau seorang yang benar."
[19:19] Dia berkata, "Aku adalah rasul dari Tuhanmu, untuk memberikan kau anak lelaki yang suci."
[19:20] Dia berkata, "Bagaimana boleh aku mendapat anak, apabila tidak ada lelaki yang memegangku; aku tidak pernah membuat curang."
[19:21] Dia berkata, " Lalu Tuhanmu berkata, "Itu sungguhnya mudah bagiKu. Kami akan jadikan dia tanda untuk manusia, dan belas kasih dari kami. Ini adalah perkara yang telah ditakdirkan.'"
Hari Lahirnya Esa.
[19:22] Apabila dia mengandungkannya, dia mengasingkan dirinya ditempat yang amat jauh.
[19:23] Proses kelahiran itu datang kepadanya disebuah batang pokok palma. Dia berkata, "(Aku amat merasa malu;) aku berharap yang aku boleh mati sebelum semuanya ini berlaku, dan dilupakan terus."
[19:24] (Bayi) memanggil dia dari pangkuannya, dengan berkata, "Janganlah bersedih. Tuhanmu telah kurniakan kau dengan anak sungai.
[19:25] "Jika kau goyangkan batang pokok palma ini, ianya akan menjatuhkan kurma kurma masak untukmu.
[19:26] "Makan dan minumlah, dan bergembiralah. Apabila kau melihat sesiapa, katakan, 'Aku telah mengangkat sumpah untuk berdiam; * demi bagi yang maha pengasi aku tidak akan berkata kata dengan sesiapa pun hari ini.'"
[19:27] Dia kembali kepada keluarganya, mendukung dia. Mereka berkata, "Wahai Maryam, kau telah komit sesuatu yang tidak disangkakan.
[19:28] "Wahai keturunan Harun, bapamu bukanlah seorang yang jahat, dan ibumu bukanlah seorang yang curang."
Bayi Membuat Kenyataan.
[19:29] Dia menunjuk kepadanya. Mereka berkata, "Masakan boleh kami berbicara dengan bayi didalam buaian?"
[19:30] (Bayi itu bercakap dan) berkata, "Aku adalah hamba Allah. Dia telah berikan aku kitab, dan melantikku sebagai nabi.
[19:31] "Dia merahmatiku kemana saja aku pergi, memerintahkanku Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat) selama aku masih hidup.
[19:32] "Aku mesti memuliakan ibuku; Dia tidak menjadikanku pengingkar dan penentang.
[19:33] "Dan kesejahteraan bagiku dihari aku dilahirkan, dihari kematianku dan dihari kebangkitanku."
Kebenaran Terbukti
[19:34] Itulah Isa, anak kepada Maryam, dan inilah kebenaran bagi perkara ini, yang mana membuatkan mereka berterusan meragukan.
[19:35] Tidak selayaknya bagi Allah untuk Dia mempunyai anak, segala kepujian bagiNya. Untuk mengadakan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya "Jadi," dan terjadilah ia.
[19:36] Dia juga mengumumkan, "Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu; kamu mestilah menyembahNya saja. Inilah jalan yang benar."
[19:37] Berbagai bagai kumpulan yang telah berbalahan sesama sendiri (berkenaan identiti Isa). Dari itu, malang sungguh bagi orang orang yang mengingkari pandangan dihari yang dahsyat.
[19:38] Tunggulah sampai kamu mendengarkan dan melihatkan mereka apabila mereka berhadapan dengan kami. Orang orang yang melampaui batas dihari itu akan mengalami kerugian dengan sepenuhnya.
[19:39] Berikanlah amaran berkenaan hari penyesalan, apabila pengadilan akan diisukan. Mereka telah lupa sama sekali; yang mereka itu tidak percaya.
[19:40] Kami sahajalah yang mewarisi bumi dan kesemua manusia diatasnya; kepada kami sahajalah kesemuanya mereka itu akan dikembalikan.
Ibrahim.
[19:41] Disebutkan Ibrahim didalam kitab; dia adalah seorang wali, dan nabi.
[19:42] Dia berkata kepada bapanya, "Wahai bapaku, kenapa mesti kau sembah sesuatu yang tidak boleh mendengar, tidak juga melihat dan tidak juga boleh menolongmu dalam segala hal?
[19:43] "Wahai bapaku, aku telah menerima suatu ilmu pengetahuan yang kau tidak dapati. Ikutlah aku, dan aku akan membimbingmu kejalan yang lurus.
[19:44] "Wahai bapaku, janganlah sembah syaitan. Syaitan itu telah menentang yang Maha Pengasih.
[19:45] "Wahai bapaku, aku takut jangan sampai kau menerima hukuman dari yang Maha Pengasih, dan menjadi pihak berikatan dengan syaitan."
[19:46] Dia berkata, "Adakah kau meninggalkan tuhan tuhanku, wahai Ibrahim? Melainkan jika kau berhenti, aku akan lemparkan kau dengan batu. Tinggalkanlah aku sendirian."
[19:47] Dia berkata, "Kesejahteraan bagimu. Aku akan bermohon kepada Tuhanku supaya mengampunimu; Dia terlalu Amat Baik kepadaku.
[19:48] "Aku akan tinggalkan kau dan tuhan tuhan yang kau sembah disamping Allah. Aku akan sembah hanya Tuhanku. Dengan bermohon kepada Tuhanku sahajalah, aku tidak akan berbuat salah."
[19:49] Disebabkan dia meninggalkan mereka dan tuhan tuhan yang mereka sembah disamping Allah itu, maka kami berikannya Ishak dan Ya'kub dan kami jadikan tiap tiap mereka itu nabi.
[19:50] Kami cucuri mereka dengan rahmat kami, dan kami berikan mereka kedudukan yang mulia didalam sejarah.
Musa.
[19:51] Disebutkan Musa didalam kitab. Dia sangat mengabdikan dirinya, dan dia adalah seorang rasul nabi.
[19:52] Kami memanggilnya dari sebelah kanan Bukit Sinai. Kami dekatkan dia, untuk menganugerahkannya.
[19:53] Dan kami berikan kepadanya dari belas kasih kami saudaranya Harun sebagai nabi.
[19:54] Dan telah disebutkan Ismail didalam kitab. Dia sesungguhnya benar apabila dia membuat perjanjian, dan dia adalah seorang rasul nabi.
[19:55] Dia telah memerintahkan keluarganya supaya Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang diwajibkan (Zakat); dia telah diterima oleh Tuhannya.
[19:56] Dan disebutkan Idris didalam kitab. Dia adalah seorang walli, nabi.
[19:57] Kami naikkan dia kekedudukan yang mulia.
[19:58] Inilah beberapa para nabi yang Allah telah rahmati. Mereka telah dipilih diantara keturunan Adam, dan keturunan yang kami bawa bersama Nuh, dan keturunan Ibrahim dan Israil, dan diantara orang orang yang kami telah bimbing dan pilih. Apabila revelasi revelasi dari yang Maha Pengasih telah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh sujud, menangis.
Meninggalkan Sembahyang (Salat)
[19:59] Selepas mereka, Dia telah gantikan generasi generasi yang meninggalkan Sembahyang (Salat), dan mengikuti hawa nafsu mereka. Mereka akan menderita kerana perbuatan perbuatan mereka.
[19:60] Hanyalah orang orang yang bertaubat, percaya, dan menjalani kehidupan yang benar akan dimasukkan keSyurga, dengan tidak ada sedikit pun ketidak adilan.
[19:61] Taman taman 'Adnin menunggu mereka, sebagai janji dari Maha Pengasih bagi sesiapa yang menyembahNya, meskipun dengan sedang bersendirian. Sesungguhnya,perjanjianNya mesti akan terjadi.
[19:62] Mereka tidak akan mendengar perkara yang sia sia didalamnya; hanyalah sejahtera. Mereka mendapat segala peruntukkan peruntukkan didalamnya, siang dan malam.
[19:63] Demikianlah syurga; kami berikan kepada orang orang yang benar diantara hamba hamba kami.
[19:64] Kami tidak turun kebawah melainkan dengan perintah dari Tuhan kamu. KepunyaanNyalah masa kami yang telah berlalu, dan masa depan kami dan segala galanya diantara mereka. Sesungguhnya Tuhan kamu itu tidak pernah lalai.
[19:65] Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, dan segala galanya diantara keduanya; kamu mestilah sembah Dia dan sabar dan ta'atlah dalam menyembahNya. Adakah kamu tahu sesiapakah yang sebanding denganNya?
[19:66] Manusia bertanya, "Selepas aku mati, adakah aku akan dihidupkan kembali?"
[19:67] Adakah manusia itu lupa yang kami sudah pun menciptanya, dan dia asalnya dari tiada?
Amaran Yang Istimewa Kepada Para Pengetua.
[19:68] Demi Tuhan kamu, kami tentu sekali akan menghimpunkan mereka, bersama sama syaitan syaitan, dan akan mengumpulkan mereka disekililing Neraka, dengan dihina.
[19:69] Dan kami akan pilih dari tiap tiap kumpulan itu penentang yang paling nyata terhadap yang Maha Pengasih.
[19:70] Kami amat mengetahui dengan sepenuhnya orang orang yang paling patut dibakar didalamnya.
Semua Orang Akan Melihat Neraka.
[19:71] Tiap tiap seorang dari kamu mesti melihatnya; ini adalah keputusan yang telah dipastikan oleh Tuhan kamu.
[19:72] Lantas, kami akan menyelamatkan orang orang yang benar, dan meninggalkan orang orang yang melampaui batas itu didalamnya, dengan penuh kehinaan.
Pihak Yang Ramai.
[19:73] Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan terangnya, orang orang yang ingkar itu berkata kepada orang orang yang percaya, "Siapakah diantara kami yang lebih mewah? Siapakah diantara kami yang lebih ramai?"
[19:74] Banyak generasi yang telah kami hapuskan sebelum mereka; mereka itu lebih lagi kuat dan lebih lagi mewah.
[19:75] Katakanlah, "Sesiapa yang memilih kepada kesesatan, yang Maha Pengasih akan membiarkan mereka, sehingga mereka dapat melihat apa yang telah dijanjikan untuk mereka - sama ada siksaan ataupun Waktunya. Disitu barulah mereka akan ketahui siapakah sebenarnya yang paling buruk keadaannya dan yang paling lemah dalam berkuasa."
[19:76] Allah tambahkan bimbingan bagi orang orang yang memilih untuk mendapatkan petunjuk. Kerana pekerjaan yang baik itu akan mendapat anugerah yang berkekalan dari Tuhan kamu dan akan membawa kepada keuntungan yang berlebihan.
[19:77] Sudahkah kamu perhatikan seorang yang mengingkarkan revelasi revelasi lalu berkata, "Aku akan diberikan harta dan anak anak"?!
[19:78] Dapatkah dia melihat masa depan? Adakah dia mengambil pengakuan sedemikian itu dari yang Maha Pengasih?
[19:79] Sesungguhnya, kami akan rekodkan apa yang telah dikatakan, dan mengkomitkan dia dengan siksaan yang sentiasa ditambahkan.
[19:80] Dan kami akan warisi apa yang dia telah perolehi, lalu dia kembali kepada kami bersendirian.
[19:81] Mereka menyembah disamping Allah tuhan tuhan yang lain dengan berberharapan untuk menolong mereka.
Pujaan Pujaan Menolak Penyembah Penyembahnya.
[19:82] Sebaliknya; mereka akan menolak pujaan pujaan mereka, dan akan menjadikan mereka itu musuh musuh mereka.
[19:83] Tidakkah kamu lihat bagaimana kami lepaskan syaitan syaitan kepada orang orang yang ingkar untuk menggoyangkan mereka?
[19:84] Janganlah tidak sabar; kami sedang sediakan untuk mereka dengan beberapa persediaan.
[19:85] Harinya akan tiba apabila kami himpunkan orang orang yang benar itu dihadapan yang Maha Pengasih dalam satu kumpulan.
[19:86] Dan kami akan kumpulkan pesalah masuk keNeraka, untuk dijadikan tempat tinggal yang berkekalan.
[19:87] Tidak ada sesiapapun akan mempunyai kekuasaan untuk memberi jaminan, melainkan orang orang yang telah diberikan kebenaran mengikut undang undang dari yang Maha Pengasih.
Kekufuran Yang Amat Besar.
[19:88] Mereka berkata, "Yang Maha Pengasih mempunyai anak!"
[19:89] Kamu telah melafazkan satu kekufuran yang amat besar.
[19:90] Sekelian cekrawala hampir akan berkecai, bumi hampir juga berpecah belah, dan gunung gunung hampir hancur.
[19:91] Kerana mereka mendakwa yang Maha Pengasih telah mempunyai anak.
[19:92] Sungguh tidak layak bagi yang Maha Pengasih yang Dia mesti mempunyai anak.
[19:93] Setiap tiap seorang disekelian cekrawala dan dibumi adalah hamba kepada yang Maha Pengasih.
[19:94] Dia telah merangkumi mereka kesemuanya, dan telah mengira tiap tiap seorang.
[19:95] Kesemuanya mereka akan datang kepadaNya diHari Kebangkitan kelak dengan bersendirian.
[19:96] Tentu sekali, orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, yang Maha Pengasih akan mencucuri mereka dengan kasih sayang.
[19:97] Lantas, kami menjadikan (Quran) ini penjelasan melalui lidah kamu, demi untuk menyampaikan berita berita baik kepada orang orang yang benar, dan untuk memberikan amaran dengannya kepada penentang penentang.
[19:98] Banyak generasi sebelum mereka itu telah kami hapuskan; dapatkah kamu melihat sebarang dari mereka, ataupun mendengarkan sebarang suara dari mereka.