Surah 20: Tha Ha (T. H.)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[20:1] T. H. (Tha Ha).
[20:2] Kami tidak turunkan Quran ini untuk memberi sebarang kesukaran kepadamu.
[20:3] Hanyalah untuk memberikan petunjuk kepada yang menghormatinya.
[20:4] Revelasi revelasi dari Pencipta bagi bumi dan sekelian cekrawala yang tinggi.
[20:5] Yang Maha Pengasih; Dia yang mengendalikan segala autoriti.
[20:6] KepunyaanNyalah segala gala disekelian cekrawala, dan bumi dan segala gala diantara keduanya dan yang dibawah tanah.
[20:7] Sama ada kamu dedahkan kesalahan kesalahan (atau tidak) Dia tahu segala rahsia, dan segala apa lagi yang banyak tersembunyi.
[20:8] Allah: tidak ada tuhan disampingNya. KepunyaanNya segala nama nama yang tercantik.
[20:9] Sudahkah kamu perhatikan sejarah Musa?
[20:10] Apabila dia melihat api, dia berkata kepada keluarganya, "Tinggal disini. Aku telah melihat api. Mungkin aku dapat membawanya sedikit untukmu ataupun mendapat beberapa petunjuk dekat api itu."
[20:11] Apabila dia datang kepadanya, dia telah dipanggil. "Wahai Musa.
[20:12] "Aku adalah Tuhanmu; tanggalkan seliparmu. Kau berada dilembah suci Tuwa.
[20:13] "Aku telah memilihmu, maka dengarkanlah apa yang telah diturunkan.
[20:14] "Akulah Allah; tidak ada tuhan yang lain disampingKu. Kau mestilah menyembahKu sahaja, dan kerjakanlah Sembahyang (Salat) untuk mengingatiku.
Hari Akhirnya Dunia Tidak Tersembunyi
[20:15] "Waktunya (hari akhirnya dunia) tentunya akan datang; Aku akan menyimpannya hampir tersembunyi. Kerana tiap tiap roh mesti dibayar dari apa apa yang dikerjakan.
[20:16] "Janganlah berpaling dari hal ini kerana orang orang yang tidak percaya terhadapnya - orang orang yang mengikuti pendapat pendapat mereka sendiri ? supaya kamu tidak terjerumus.
[20:17] "Apakah ini ditangan kananmu, Musa?"
[20:18] Dia berkata, "Ini tongkatku. Aku bersandar kepadanya, dan mengembala kambingku dengannya, dan aku menggunakannya untuk kegunaan yang lain juga."
[20:19] Dia berkata, "Buangkan dibawah, Musa."
[20:20] Dia membuangkannya kebawah, maka ianya bertukar menjadi ular yang bergerak.
[20:21] Dia berkata, "Angkatlah ia kembali; janganlah takut. Kami akan tukarkan kepada bentuknya yang asal.
[20:22] "Dan letakkan tanganmu dibawah ketiakmu; ia akan keluar menjadi putih dengan tidak ada kecacatan; satu lagi bukti.
[20:23] "Lantas kami tunjukkan kepadamu beberapa tanda tanda kami yang besar.
[20:24] "Pergilah kepada Fir'aun kerana dia telah melampaui batas."
[20:25] Dia berkata, "Tuhanku, tenangkan sifat marahku.
[20:26] "Dan permudahkanlah perkara ini bagiku.
[20:27] "Dan lepaskan kesimpulan dari lisanku .
[20:28] "Supaya mereka dapat memahami pertuturanku.
[20:29] "Dan lantikkan penolong untukku dari keluargaku.
[20:30] "Saudaraku Harun.
[20:31] "kuatkan daku dengan dia.
[20:32] "Biarkan dia menjadi pasanganku dalam perkara ini.
[20:33] "Supaya dapat kami memujiMu selalu.
[20:34] "Dan mengingatiMu selalu.
[20:35] "Kaulah yang Maha Melihat terhadap kami."
[20:36] Dia berkata, "Permintaanmu telah diterima, wahai Musa.
[20:37] "Kami telah merahmati kau diwaktu dahulu.
[20:38] "Apabila kami turunkan kepada ibumu apa yang telah kami turunkan.
[20:39] "Dengan mengatakan, 'Masukkan dia kedalam kotak, dan buangkannya disungai. Sungai itu akan menghanyutkannya kedaratan, untuk diambil oleh musuhKu dan musuhnya.' Aku mencucurimu dengan kasih sayang dariku, dan aku jadikan dikau didalam pengawasan mataKu.
[20:40] Kakakmu menuju kepada mereka dan berkata, 'Aku boleh tunjukkan kau berkenaan ibu yang boleh menyusu dan menjaganya dengan baik.' Lantas kami menghantarkan kau kembali kepada ibumu, supaya dia bergembira dan berhenti dari merasa bimbang. Dan apabila kau membunuh seorang, lalu kami selamatkan kau dari kejadian yang buruk itu; sesungguhnya kami mencubamu dengan teliti. Kau telah tinggal bertahun tahun bersama sama kaum Midyan, dan sekarang kau telah kembali untuk mengikuti perancangan yang tepat ya! Musa.
[20:41] "Aku telah jadikan kau hanya untukKu.
[20:42] "Pergilah bersama sama saudaramu, dengan dibantu oleh tanda tandaKu, dan janganlah lalai dari mengingatiKu.
[20:43] "Pergilah kepada Fir'aun, kerana dia sangat melampauai batas .
[20:44] "Berbicaralah dengannya baik baik; mungkin dia boleh merenungkan, ataupun dapat menghormatinya."
[20:45] Mereka berkata, "Tuhan kami, kami takut kalau kalau dia akan menyerang kami, ataupun melampaui batas."
[20:46] Dia berkata, "Janganlah takut, kerana Aku ada bersama sama kamu, mendengar dan memerhatikan.
[20:47] "Pergilah kepadanya dan katakanlah, 'Kami berdua adalah para rasul dari Tuhan kamu lepaskan bani Israil pergi. Kamu mesti berhenti dari menyiksa mereka. Kami ada membawa tanda dari Tuhan kamu, dan keamanan akan dimiliki dengan banyaknya bagi orang orang yang dapat mengikuti petunjuk.
[20:48] "Kami telah diinspirasikan bahwa hukuman yang tidak dapat dielakkan itu akan dikenakan kepada orang orang yang ingkar dan yang berpaling.'"
[20:49] Dia berkata, "Siapakah Tuhan kamu, wahai Musa."
[20:50] Dia berkata, "Tuhan kami yang Esa yang membenarkan kesemuanya wujud, dan yang memberikan ianya petunjuk."
[20:51] Dia berkata, "Bagaimana dengan generasi yang lalu?"
[20:52] Dia berkata, "Ilmu pengetahuan tentang itu adalah dengan Tuhanku dan telah direkodkan.Tuhanku tidak pernah salah, dan tidak juga Dia alpa."
[20:53] Dia Sahajalah yang menjadikan bumi ini tempat kediaman bagi kamu, dan membuatkan didalamnya jalan jalan untuk kamu. Dan Dia yang turunkan air dari langit dengannya kami dapat mengeluarkan berbagai bagai rupa tumbuh tumbuhan.
[20:54] Makan dan besarkanlah binatang ternakan kamu. Ini adalah bukti bukti yang cukup bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan.
[20:55] Darinya kami mencipta kamu, didalamnya kami pulangkan kamu, dan darinya kami akan keluarkan kamu sekali lagi.
[20:56] Kami tunjukkannya semua bukti bukti dari kami, tetapi dia ingkar dan enggan.
[20:57] Dia berkata, "Adakah kau datang kesini untuk mengambil kami keluar dari tanah kami dengan magikmu, wahai Musa?
[20:58] "Kami tentu sekali tunjukkan kau magik yang serupa. Dari itu, adakan satu pertemuan dan tidak kami ataupun kau akan mencabulinya; ditempat yang neutral."
[20:59] Dia berkata, "Masa yang ditetapkan itu mestilah dihari perayaan. Mari kita semua berjumpa diwaktu pagi."
[20:60] Fir'aun menghimpunkan semua pasukan pasukan, dan tiba.
[20:61] Musa berkata kepada mereka, "Malang sungguh bagimu. Adakah kamu mengada adakan pembohongan untuk menentang Allah dan lantas menerima siksaanNya? Pereka pereka yang sedemikian tentu sekali akan gagal."
[20:62] Mereka bertikaian sesama sendiri, apabila mereka membicara secara sulit.
[20:63] Mereka berkata, "Kedua orang ini tidak lain hanyalah ahli magik yang ingin mengambil kamu semua keluar dari tanah kamu dengan magik mereka, dan untuk memusnahkan kehidupan yang kamu nikmati.
[20:64] "Marilah kita bersetuju dengan satu perancangan dan menghadapi mereka dengan bersatu dan maju kehadapan. Pemenang pada hari ini akan mendapat kuasa."
[20:65] Mereka berkata, "Wahai Musa, ataukah kau lempar, atau kami yang dahulu melempar."
[20:66] Dia berkata, "kamu lempar."Dengan semana mana saja, tali tali dan kayu kayu telah menjelma didepannya, kerana magik mereka, seolah olah mereka itu bergerak.
[20:67] Musa merasa sedikit ketakutan.
[20:68] Kami berkata, "Jangan rasa takut, kau dapat mengatasinya.
[20:69] "Lemparkanlah apa yang kau pegang ditangan kananmu itu, dan ianya akan menelan segala apa yang mereka ada adakan itu. Apa yang mereka ada adakan itu tidak lain hanyalah perancangan ahli magik. Pekerjaan ahli magik tidak akan berjaya."
Orang Orang Yang Mahir Mengenali Kebenaran.
[20:70] Para ahli magik pun jatuh sujud, dengan berkata, "Kami percaya kepada Tuhan Harun dan Musa."
[20:71] Dia berkata, "Adakah kamu percaya kepadanya tanpa keizinan dariku? Boleh jadi dia ketua kamu; orang yang mengajarkan kamu magik. Tentu sekali akan aku potong tangan tangan dan kaki kaki kamu berselang seli. Aku akan salib kamu dibatang batang pokok palma. Kamu akan dapati siapakah dari kami yang boleh mengenakan hukuman yang paling dahsyat, dan siapakah yang dapat tahan lebih lama."
[20:72] Mereka berkata,"Kami tidak akan menyebelahi kau dari bukti bukti nyata yang telah datang kepada kami, dan dari yang Esa yang menciptakan kami. Dari itu, isulah apa saja kehakiman yang kau ingin isukan. Kau hanya boleh berkuasa dikehidupan yang rendah ini.
[20:73] "Kami telah percaya kepada Tuhan kami, dan Dia mungkin akan mengampuni dosa dosa kami, dan magik yang kau paksa kami untuk mempersembahkan. Sesungguhnya Allah lebih jauh lagi baik dan berkekalan."
[20:74] Sesiapa yang datang kepada Tuhannya sebagai pesalah akan menerima Neraka, disana dia tidak akan mati, dan tidak juga hidup.
[20:75] Bagi orang orang yang datang kepadaNya sebagai orang orang yang percaya dan telah menjalani kehidupan yang benar, mereka mencapai kedudukkan kedudukkan yang tinggi.
[20:76] Dengan taman taman Adnin, dibawahnya air sungai sungai yang mengalir, akan menjadi tempat tinggal yang berkekalan. Demikian itulah kurnia bagi orang orang yang menyucikan diri diri mereka.
[20:77] Kami telah meinspirasikan Musa: "Bawalah hamba hambaKu keluar, dan pukullah jalan yang kering untuk menyeberangi laut. Janganlah takutkan yang kau akan ditangkap, dan janganlah kau bimbang."
[20:78] Fir'aun mengejar mereka bersama sama askar askarnya, tetapi laut telah menenggelamkan mereka, sebagaimana yang telah ditakdirkan supaya menenggelamkan mereka.
[20:79] Lantas, Fir'aun telah memperdayakan orang orangnya; dia tidak membimbing mereka.
[20:80] Wahai bani Israil, kami telah bebaskan kamu dari musuh musuh kamu. Himpunkan kamu disebelah kanan Bukit Sinai, dan kami turunkan untuk kamu manna dan salwa (burung burung puyuh).
[20:81] Makanlah dari makanan yang baik baik yang kami peruntukkan kepada kamu, dan janganlah melampaui batas, supaya kamu tidak mendapat kemurkaanKu. Sesiapa saja yang mendapatkan kemurkaanKu telah tersingkir.
[20:82] Tentu sekali Aku yang Maha Pengampun bagi orang orang yang bertaubat, percaya dan menjalani kehidupan yang benar, dan bersabar dalam mengikuti petunjuk.
Bani Israil Menentang.
[20:83] "Kenapa kau bersegera pergi dari kaummu , wahai Musa?"
[20:84] Dia berkata, "Mereka berada dekat dibelakangku. Aku telah bersegera kepadaMu Tuhanku, supaya Engkau meredhainya."
[20:85] Dia berkata, "Kami telah mencuba kaummu sepeninggalanmu, tetapi Samiri telah menyesatkan mereka."
[20:86] Musa kembali kepada kaumnya, marah dan kecewa, dan berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Tuhan kamu menjanjikan kamu dengan perjanjian yang baik? Tidakkah kamu boleh tunggu? Adakah kamu ingin mendapat kemurkaan Tuhan kamu? Adakah ini yang menyebabkan kamu memutuskan persetujuan kamu denganku?"
[20:87] Mereka berkata, "Kami tidak memutuskan persetujuan kami denganmu dengan disengajakan.Tetapi kami telah ditimbunkan dengan barang kemas, dan bercadang untuk melepaskan beban beban kami kedalamnya. Inilah apa yang dicadangkan oleh Samiri."
[20:88] Dia adakan untuk mereka ukiran anak lembu, cukup dengan suara anak lembu. Mereka berkata, "Ini adalah tuhan kamu, dan tuhannya Musa." Lantas, dia terlupa.
[20:89] Tidakkah mereka lihat yang ianya tidak boleh merespons kepada mereka, dan tidak juga mempunyai sebarang kuasa untuk melukakan ataupun memanfaatkan mereka?
[20:90] Dan Harun telah mengatakan kepada mereka, "Wahai kaumku, ini adalah cubaan bagi kamu. Hanya Tuhan kamu sahajalah yang Maha Pengasih, maka ikutlah aku, dan ta'atlah kepada perintah perintahku."
[20:91] Mereka berkata, "Kami akan berterusan menyembahnya, sehingga Musa kembali."
[20:92] (Musa) berkata, "Wahai Harun, apa yang menghalangkan kau, apabila kau melihat mereka yang telah melakukan kesesatan,
[20:93] "dari mengikuti perintah perintahku? Adakah kau mengingkariku?"
[20:94] Dia berkata, "Wahai anak kepada ibuku; janganlah tarik janggut dan kepalaku. Aku takut jangan sampai kau berkata, 'Kau telah membahagikan bani Israil, dan mengingkari perintah perintahku.'"
[20:95] Dia berkata, "Apa yang telah terjadi kepada kau, wahai Samiri?"
[20:96] Dia berkata, "Aku telah melihat apa yang mereka tidak kelihatan. Aku mengambil dengan pantas segenggam (debu) dari tempat dimana rasul berdiri, dan menggunakannya (untuk dicampurkan kedalam anak lembu yang diukir daripada emas). Ini adalah apa yang mindaku telah meinspirasikan daku supaya melakukannya."
[20:97] Dia berkata, "Maka pergilah, dan selama hidupmu, jangan sekali datang dekat. Kau mempunyai masa yang telah ditentukan (untuk pengadilan yang terakhir) yang kau tidak akan dapat terlepas darinya. Lihatlah kepada tuhan kau yang kau pernah menyembahnya dulu; kami akan membakarnya dan membuangkannya kedalam laut, supaya ianya tinggal didalam sana untuk selama lamanya."
Engkau Hanya Ada Satu Tuhan.
[20:98] Tuhan kamu hanyalah Allah; yang Esa dimana disampingnya tidak ada tuhan yang lain. Ilmu pengetahuanNya merangkumi segala sesuatu.
[20:99] Lantas kami menceritakan kepadamu beberapa berita berita dari generasi generasi yang telah berlalu. Kami telah turunkan kepadamu sebuah mesej dari kami.
[20:100] Sesiapa yang tidak mempedulikannya akan menanggung beban (dosa dosa) pada Hari Kebangkitan kelak.
[20:101] Mereka akan tinggal didalamnya untuk selama lamanya; betapa azabnya bebanan yang ditanggung pada Hari Kebangkitan kelak!
[20:102] Itulah harinya apabila terumpit akan ditiupkan, dan kami akan himpunkan pesalah pada hari itu muram.
[20:103] Berbisik bisik sesama sendiri, mereka akan berkata, "Kamu telah tinggal (dikehidupan pertama) tidak lebih dari sepuluh hari!"
[20:104] Kami amat sedar dengan percakapan mereka. Yang paling tepat diantara mereka akan berkata, "Kamu tinggal tidak lebih dari satu hari."
Di-Hari Kebangkitan
[20:105] Mereka bertanya kepadamu tentang gunung gunung. Katakanlah, "Tuhanku akan menghancurkan semuanya.
[20:106] "Dia akan membiarkannya seperti tanah yang tandus lagi rata.
[20:107] "Tiada juga walau sedikit bukit yang dapat kau lihat didalamnya, dan tiada juga junaman."
[20:108] Pada hari itu, kesemua manusia akan mengikut pemanggil, dengan tidak ada sedikitpun penyelewengan. Semua bunyian akan senyap dihadapan yang Maha Pengasih; kamu tidak akan mendengar apa apa pun melainkan bisikan bisikan.
[20:109] Pada hari itu, penjaminan tidak berguna langsung, malainkan bagi orang orang yang diizinkan oleh Maha Pengasih, dimana percakapan mereka disahkan olehNya.
[20:110] Dialah yang ketahui masa lalu dan masa akan datang mereka, sementara tidak ada sesiapa pun yang dapat menguasai ilmu pengetahuanNya.
[20:111] Kesemua wajah wajah akan menyerah kepada Yang Hidup dan Yang Berkekalan, dan orang orang yang dibebani dengan keterlaluan mereka, akan gagal.
[20:112] Bagi orang orang yang mengerjakan kebaikan, sementara percaya, mereka tidak akan merasa takut dari ketidak adilan ataupun kesusahan.
[20:113] Lantas kami menurunkan ianya, Quran yang berbahasa Arab, dan kami bentangkan berbagai bagai rupa ramalan ramalan, supaya mereka mendapat keselamatan, ataupun supaya mereka dapat merenungkan.
[20:114] Allah yang Maha Tinggi, Raja yang sebenar. Janganlah tergesa gesa membacakan Quran ini sebelum ianya diturunkan kepadamu, dan katakanlah, "Tuhanku tingkatkanlah ilmu pengetahuanku."
Manusia Gagal Untuk Menegakkan Pendirian
[20:115] Kami telah mencuba Adam dimasa yang lalu, tetapi dia terlupa, dan kami dapati dia tidak pasti dalam membuat keputusan.
[20:116] Ingatlah ketika kami berkata kepada para malaikat, "Jatuh sujudlah kepada Adam." Mereka pun jatuh sujud, melainkan Syaitan; dia enggan.
[20:117] Maka kami pun berkata, "Wahai Adam, ini adalah musuhmu dan isterimu. Jangan biarkan dia mengeluarkan kamu berdua dari Syurga, supaya kamu tidak menderita.
[20:118] "Kau telah dijamin tidak akan kelaparan didalamnya, dan tidak juga dibiarkan dengan tidak berteduh.
[20:119] "Dan tidak juga akan kehausan didalamnya, dan tidak juga akan menderita kepanasan."
[20:120] Tetapi syaitan telah berbisik kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, biarkanlah aku tunjukkan kepadamu sebuah pokok yang dapat memberikan kerajaan yang berkekalan dan yang tidak ada akhirnya."
[20:121] Mereka memakan darinya, dimana, tubuh tubuh mereka menjadi kelihatan kepada mereka, dan mereka cuba menutupi diri diri mereka dengan daun daun dari syurga. Maka Adam pun telah mendurhakai Tuhannya, dan tersingkir.
[20:122] Kemudiannya, Tuhannya memilih dia, mengampuninya dan membimbingnya.
[20:123] Dia berkata, "Pergi turunlah dari sini, kesemuanya kamu. Kamu adalah musuh diantara satu sama lainnya. Apabila petunjuk datang kepada kamu dariKu, sesiapa yang mengikuti petunjukKu tidak akan boleh disesatkan, dan tidak juga akan menderita sebarang penderitaan.
Untuk Orang Orang Yang Ingkar: Penderitaan Dalam Kehidupan Tidak Dapat Dielakkan.
[20:124] "Bagi orang orang yang tidak memperdulikan mesejKu, dia akan mengalami kehidupan yang azab, dan akan kami bangkitkannya, pada Hari Kebangkitan kelak, buta."
[20:125] Dia akan berkata, "Tuhanku, kenapa Engkau himpunkan aku buta, padahal aku dahulunya melihat?"
[20:126] Dia akan berkata, "Kerana kau lupakan revelasi revelasi kami apabila ianya datang kepadamu, sekarang kamu telah dilupakan."
[20:127] Lantas, kami membalas orang orang yang melampaui batas dan yang enggan mempercayakan revelasi revelasi dari Tuhan mereka. Sesungguhnya hukuman diAkhirat itu lebih lagi dahsyat dan berkekalan.
[20:128] Adakah mereka sedar betapa banyak generasi generasi yang terdahulu telah kami hapuskan? Mereka sekarang ini sedang menjalani didalam rumah rumah yang dipunyai oleh orang orang sebelum mereka. Ini adalah tanda tanda bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan.
[20:129] Jika tidak kerana ketetapan yang telah ditentukan oleh tuhan kamu, sudah tentu mereka akan diadili dengan segera.
[20:130] Dari itu, bersabarlah apabila berhadapan dengan perkataan perkataan mereka, dan pujilah dan agungkanlah Tuhan kamu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam. Dan agungkanlah Dia diwaktu malam, begitu juga pada dua penghujung disiang hari, supaya kamu mendapat kebahagiaan.
[20:131] Dan janganlah menginginkan apa yang telah dikurniakan kepada orang lain. Demikian itu hanyalah perhiasan sementara bagi kehidupan ini, dimana dengannya kami mencuba mereka. Apa yang Tuhan kamu berikan kepada kamu adalah lebih baik lagi, dan berkekalan.
Tanggung Jawab Ibu Bapa.
[20:132] Kamu mestilah memerintahkan keluarga kamu supaya mengerjakan sembahyang (Salat), dan bersabar serta ta'at dalam melakukannya. Kami tidak meminta kepada kamu sebarang peruntukkan peruntukkan; kamilah yang mengadakannya untuk kamu. Kemenangan akhirnya dipunyai oleh orang orang yang percaya.
Kenapa Mesti Ada Para Rasul?
[20:133] Mereka berkata, "Jika hanya dia dapat menunjukkan kami sebuah mukjizat dari Tuhannya!" Tidakkah mereka telah menerima cukup mukjizat mukjizat dari mesej mesej yang terdahulu?
[20:134] Kalaulah kami menghapuskan mereka sebelum ini, mereka sudah pasti akan berkata, "Tuhan kami, sekiranya Engkau telah menghantarkan rasul kepada kami, tentulah kami akan mengikuti revelasi revelasiMu, dan kami akan dapat mengelakkan diri diri kami dari keaiban dan kehinaan begini."
[20:135] Katakanlah, "Kesemuanya kita sedang menunggu, jadi tunggulah; tentu sekali kamu akan ketahui siapakah yang berada dijalan yang benar, dan siapakah yang sebenarnya terbimbing."