Al-Quran 20:130 — Tha Ha (T. H.)
Dari itu, bersabarlah apabila berhadapan dengan perkataan perkataan mereka, dan pujilah dan agungkanlah Tuhan kamu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam. Dan agungkanlah Dia diwaktu malam, begitu juga pada dua penghujung disiang hari, supaya kamu mendapat kebahagiaan.
[20:129] Jika tidak kerana ketetapan yang telah ditentukan oleh tuhan kamu, sudah tentu mereka akan diadili dengan segera.
[20:131] Dan janganlah menginginkan apa yang telah dikurniakan kepada orang lain. Demikian itu hanyalah perhiasan sementara bagi kehidupan ini, dimana dengannya kami mencuba mereka. Apa yang Tuhan kamu berikan kepada kamu adalah lebih baik lagi, dan berkekalan.