Surah 21: Para Nabi (Al-Anbia')
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[21:1] Kedatangan yang pantas adalah perhitungan untuk manusia, tetapi mereka itu tidak sedar, membenci.
Membangkang kepada Keterangan Yang Baru.
[21:2] Apabila bukti datang kepada mereka dari Tuhan mereka, yang baru, mereka mendengarkannya tanpa memperdulikan.
[21:3] Minda minda mereka telah dilalaikan. Dan orang orang yang melampaui batas itu mengadakan perbincangan sulit: "Bukankah dia seorang manusia seperti kamu? Mahukah kamu menerima magik yang dipersembahkannya kepada kamu?"
[21:4] Dia berkata, "Tuhanku yang ketahui setiap pemikiran disekelian cekrawala dan bumi. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[21:5] Bahkan mereka berkata, "Halusinasi," "Dia yang mengada adakannya," dan, "Dia adalah seorang penyair. Biarkan dia tunjukkan kepada kami mukjizat seperti para rasul yang terdahulu."
[21:6] Kami tidak pernah menghapuskan komuniti yang orang orangnya percaya pada masa dahulu. Adakah mereka ini orang orang yang percaya?
[21:7] Kami tidak menghantarkan sebelum kamu melainkan laki laki yang kami telah meinspirasikan. Tanyakanlah orang orang yang mengetahui tentang kitab, jika kamu tidak mengetahuinya.
[21:8] Kami tidak berikan mereka tubuh tubuh yang tidak memerlukan makanan, dan tidak juga mereka itu akan hidup selama lamanya.
[21:9] Kami tunaikan janji kami kepada mereka; kami selamatkan mereka bersama sama dengan sesiapa saja yang kami kehendaki, dan menghapuskan orang orang yang melampaui batas.
[21:10] Kami telah turunkan kepada kamu kitab yang mengandungi mesej untuk kamu. Tidakkah kamu faham?
[21:11] Banyak komuniti yang telah kami hapuskan kerana keterlaluan mereka, dan kami telah menggantikan orang orang yang lain ditempat mereka.
[21:12] Apabila pembalasan kami mendatangi mereka, mereka cuba melarikan diri.
[21:13] Janganlah lari, dan datanglah kembali kepada kemewahan dan rumah rumah besar kamu, kerana kamu mesti dipertanggung jawabkan.
[21:14] Mereka berkata, "Malang sungguh bagi kami. Kami sememangnyalah benar benar zalim."
[21:15] Ini akan berterusan menjadi pengumuman mereka, sehingga kami habiskan mereka kesemuanya.
[21:16] Kami tidaklah menjadikan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala diantara keduanya itu semata mata untuk hiburan.
[21:17] Jika kami perlukan hiburan, kami tentu sekali dapat meinisiasikannya tanpa semuanya ini, kalau sesungguhnya itu yang hendak kami lakukan.
[21:18] Sebaliknya ini adalah rancangan kami untuk menyokong kebenaran dari menghadapi kepalsuan, supaya dapat dikalahkannya. Malang sungguh bagi kamu diatas perkataan yang kamu katakan itu.
[21:19] KepunyaanNya semua segala sesuatu disekelian cekrawala dan dibumi, dan mereka yang dekat padaNya tidaklah sombong untuk menyembahNya, dan tidak juga mereka pernah teragak agak.
[21:20] Mereka memuji pada waktu malam dan siang, dengan tidak pernah rasa penat.
Tuhan Yang Esa.
[21:21] Sudahkah mereka berjumpa tuhan tuhan diatas bumi yang boleh mencipta?
[21:22] Jika mereka berada didalamnya, (sekelian cekrawala dan bumi) tuhan tuhan yang lain disamping Allah, akan menjadi huru hara. Maha Suci bagi Allah; Tuhan yang mempunyai autoriti yang mutlak. Dia adalah jauh lebih tinggi dari apa yang didakwakan oleh mereka.
Jangan Mempersoalkan Kebijaksanaan Allah.
[21:23] Dia tidak boleh ditanya tentang apa pun yang dilakukan olehNya, sementara yang lainnya akan disoal.
[21:24] Sudahkah mereka menjumpai tuhan tuhan yang lain disampingNya? Katakanlah, "Tunjukkanlah bukti kamu. Ini adalah mesej untuk generasiku, yang meliputi semua mesej mesej yang terdahulu." Sesungguhnya, kebanyakan dari mereka tidak dapat mengenal kebenaran; inilah sebabnya kenapa mereka itu bersikap bermusuhan.
Satu Allah / Satu Mesej / Satu Agama
[21:25] Kami tidak menghantarkan sebarang rasul sebelum kau melainkan dengan diinspirasikan: "Tidak ada tuhan melainkan Aku; kamu mestilah sembah Aku sahaja."
[21:26] Namun demikian, mereka berkata, "Yang Maha Pengasih mempunyai anak!" Maha suci bagiNya. Semuanya (para rasul) adalah hamba hamba (Nya) yang mulia.
[21:27] Mereka tidak pernah bercakap untuk diri diri mereka sendiri, dan mereka sungguh sungguh mengikuti perintah perintahNya.
Mitos Untuk Pengantaraan.
[21:28] Dialah yang mengetahui masa masa depan mereka dan masa masa lalu mereka. Mereka tidak boleh menjadi perantara, melainkan bagi sesiapa yang sudah pun diterima olehNya, dan mereka itu bimbangkan tentang keadaan diri diri mereka sendiri.
[21:29] Jika ada sesiapa diantara mereka yang mendakwa menjadi tuhan disampingNya, kami akan membalasnya dengan Neraka; lantas kami memberikan balasan kepada orang orang yang zalim.
Teori Letupan Besar Disahkan.
[21:30] Adakah orang orang yang ingkar itu tidak menyedari yang langit dan bumi pernah menjadi satu gumpalan yang keras dan kami letupkan untuk diwujudkannya? Dan dari air kami menjadikan segala kehidupan. Dapatkah mereka mempercayainya?
[21:31] Dan kami tempatkan dibumi penstabil penstabil, supaya ianya tidak runtuh dengan mereka, dan kami tempatkan jalan jalan yang lurus didalamnya, supaya mereka mendapat bimbingan.
[21:32] Dan kami mengadakan langit sebagai bumbung yang menjaga. Namun begitu, mereka masih juga tidak menyedari akan sekelian petanda petanda yang ada didalamnya.
[21:33] Dan Dia Sahajalah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan; tiap tiapnya terapung didalam orbitnya yang tersendiri.
[21:34] Kami tidak pernah mendekrikan sesiapa pun tinggal berkekalan sebelum kau; jika sekiranya kau mati, adakah mereka yang akan berkekalan?
[21:35] Tiap tiap roh akan merasai mati, sesudah kami mencuba kamu melalui kesukaran dan kemewahan, dan kepada kami sajalah tempat kembali kamu yang terakhir.
Semua Para Rasul Menerima Cemuhan.
[21:36] Apabila orang orang yang ingkar itu melihatmu, mereka mencemuhmu: "Adakah ini orangnya yang mencabar tuhan tuhan kamu?" Sementara itu, mereka tetap juga dengan tidak memperdulikan sepenuhnya mesej dari yang Maha Pengasih.
[21:37] Memang sifat semula jadi manusia itu tidak sabar. Akan Aku tunjukkan kamu tanda tandaKu yang tidak boleh dielakkan lagi; janganlah terburu buru.
[21:38] Mereka mencabar: "Manakah itu (siksaan), jika kau adalah benar?"
[21:39] Jika hanya orang orang yang ingkar itu dapat menggambarkan diri diri mereka apabila mereka cuba menangkis api; dari muka muka dan belakang belakang mereka! Maka ketika itu tidak ada seorang pun yang akan dapat menolong mereka.
[21:40] Sesungguhnya, ia akan datang kepada mereka dengan cara tiba tiba, dan mereka tidak akan dapat berkata satu apa pun bahkan tergamam. Mereka tidak akan dapat terlepas darinya, dan tidak juga ditangguhkan.
[21:41] Para rasul sebelummu telah dicemuh, dan akibatnya, orang orang yang mengejek ejekkan mereka itu telah pun mendapat siksaan kerana cemuhan mereka.
Keutamaan Keutamaan Yang Terkeliru.
[21:42] Katakanlah, "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari yang Maha Pengasih diwaktu malam ataupun diwaktu siang?" Sesungguhnya, mereka benar benar tidak sedarkan mesej dari Tuhan mereka.
[21:43] Adakah mereka mempunyai tuhan tuhan yang dapat melindungi mereka dari kami? Sedangkan mereka sendiri tidak ada upaya untuk menolong diri diri mereka. Tidak juga mereka boleh menemani satu sama lainnya apabila mereka dihimpunkan untuk berhadapan dengan kami.
[21:44] Kami telah memberi peruntukkan untuk orang orang ini dan keturunan keturunan mereka, sampai keumur tua.Tidakkah mereka melihat setiap hari dibumi ini menghampirkan mereka kepada penamat? Bolehkah mereka mengundurkan proses ini?
[21:45] Katakanlah, "Aku memberikan amaran kepada kamu dengan mengikuti inspirasi dari Ilahi." Walau bagaimana pun, sipekak tidak dapat mendengar panggilan, apabila mereka diberi amaran.
[21:46] Apabila saja contoh hukuman dari Tuhan kamu dikenakan kepada mereka, dengan rela hati mereka mengatakan, "Kami sesungguhnya zalim."
[21:47] Kami akan mendirikan skala keadilan pada Hari Kebangkitan kelak. Tidak ada satu roh pun akan dianiayai dengan ketidak adilan. Walaupun seberat biji sawi sekali pun akan dikira. Kamilah pengira pengira yang paling cekap.
Nabi Musa Dan Nabi Harun.
[21:48] Kami berikan Musa dan Harun Buku Statut (yang mengandungi undang undang), petunjuk, dan juga peringatan bagi orang orang yang benar.
[21:49] Orang orang yang memuliakan Tuhan mereka, walaupun apabila mereka bersendirian, dan mereka merisaukan tentang Waktu.
[21:50] Ini juga adalah peringatan yang telah dirahmati yang kami turunkan. Adakah kamu menafikannya?
Ibrahim.
[21:51] Sebelum itu, kami berikan kepada Ibrahim petunjuknya dan kefahaman, kerana kami amatlah perihatin terhadapnya.
[21:52] Dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apalah ada pada patung patung ini yang menyebabkan kamu semua mengabdikan diri diri kamu?"
[21:53] Mereka berkata, "Kami dapati ibu bapa ibu bapa kami yang menyembah mereka."
[21:54] Dia berkata, "Sesungguhnya, kamu dan ibu bapa ibu bapa kamu telah penuh dengan kesesatan yang amat jauh."
[21:55] Mereka berkata, "Adakah kau mengatakan yang benar ataupun kau hanya cuma bermain main?"
[21:56] Dia berkata, "Tuhan kamu hanyalah Tuhan bagi sekelian cekrawala dan bumi, yang telah menciptakan keduanya. Ini adalah testimoni yang mana aku menjadi saksi.
[21:57] "Aku bersumpah dengan Allah, aku mempunyai rancangan terhadap patung patung kamu, sebaik saja kamu pergi."
[21:58] Dia memecahkan mereka menjadi kepingan, melainkan yang besar, supaya mereka dapat merujukkan kepadanya.
[21:59] Mereka berkata, "Sesiapa yang melakukan demikian ini terhadap tuhan tuhan kami sememanglah keterlampauan batas."
[21:60] Mereka berkata," Kami telah mendengar seorang pemuda ada mengugut mereka; namanya adalah Ibrahim."
[21:61] Mereka berkata, "Bawa dia dihadapan mata mata semua orang, supaya mereka dapat menjadi saksi."
[21:62] Mereka berkata,"Adakah kau yang melakukan ini kepada tuhan tuhan kami, wahai Ibrahim?"
Ibrahim membuktikan Kenyataannya.
[21:63] Dia berkata, "Yang besar itulah yang telah melakukannya. Pergilah tanyakan kepadanya, jika dia boleh berbicara."
[21:64] Mereka terdiam sejenak, dan berkata sesama sendiri, "Sesungguhnya, kamulah orang orang yang telah melampaui batas."
[21:65] Namun demikian, mereka kembali kepada fikiran fikiran lama mereka: "Kamu tahu dengan sepenuhnya yang ini tidak boleh berbicara."
[21:66] Dia berkata, "Maka adakah kamu menyembah disamping Allah apa yang tidak mempunyai kuasa untuk memanfaatkan kamu ataupun memudharatkan kamu?
[21:67] "Kamu telah mendapatkan keaiban dengan menyembah patung patung disamping Allah. tidakkah kamu faham?"
Mukjizat Yang Nyata.
[21:68] Mereka berkata, "Bakar dia dan sokonglah tuhan tuhan kamu, jika ini yang kamu bercadang untuk melakukan."
[21:69] Kami berkata, "Wahai api menjadi sejuklah dan selamatkan Ibrahim."
[21:70] Lantas, mereka membuat rancangan untuk menentang Ibrahim, tetapi kami jadikan mereka itu orang orang yang gagal.
[21:71] Kami selamatkan dia, dan kami selamatkan Lut juga, kepada negeri yang kami rahmati untuk semua manusia.
[21:72] Dan kami berikan kepadanya Ishak dan Ya'kub sebagai hadiah, dan kami jadikan keduanya itu orang orang yang salih.
Ibrahim: Penyampai Semua Rukun Amalan Agama Islam.
[21:73] Kami jadikan mereka imam imam yang membimbing dengan mengikuti perintah perintah dari kami, dan kami ajari mereka bagaimana untuk mengerjakan amalan yang benar, dan bagaimana cara Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat). Kepada kami, merekalah penyembah penyembah yang sangat mengabdikan diri diri mereka.
Lut.
[21:74] Bagi Lut, kami berikan kepadanya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan, dan kami selamatkan dia dari kaum yang mempraktikkan perbuatan perbuatan keji; mereka adalah orang orang yang zalim dan yang jahat.
[21:75] Kami memasukinya didalam belas kasih kami, kerana dia adalah seorang yang salih.
Nuh.
[21:76] Dan, sebelum itu, Nuh berdoa' dan kami merespons kepadanya. Kami selamatkan dia dan keluarganya dari mala petaka yang besar.
[21:77] Kami menyokongnya menghadapi orang orang yang telah mengingkari revelasi revelasi kami. Mereka adalah orang orang yang jahat, lantas kami tenggelamkan mereka semua.
Daud Dan Sulayman.
[21:78] Daud dan Sulayman, apabila mereka mengadili berkenaan tanaman yang dipunyai oleh seorang yang telah dimusnahkan oleh kambing seorang yang lain, kami menyaksikan keadilan mereka.
[21:79] Kami berikan Sulayman kefahaman yang betul, walaupun kami kurniakan kepada mereka berdua kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Kami komitkan gunung gunung supaya berkhidmat kepada Daud dalam mengagungkan (Allah), begitu juga dengan burung burung. Inilah apa yang telah kami lakukan.
[21:80] Dan kami ajarkannya kemahiran dalam membuat perisai perisai untuk melindungi kamu didalam peperangan. Adakah kamu selepas itu berterima kasih?
[21:81] Bagi Sulaiman, kami komitkan angin bertiup dengan kencangnya bagi kegunaannya. Dia boleh mengarahkannya mengikut sesukanya, dimana saja bumi yang dia pilih, dan kami merahmati tanah tanah yang sedemikian untuknya. Kami amat perihatin terhadap segala sesuatu.
[21:82] Dan diantara para syaitan ada dari mereka yang boleh menyelam untuknya (untuk menuai didalam laut), ataupun melakukan apa saja dia perintahkan kepada mereka untuk melakukannya. Kami komitkan mereka mengikuti perintahnya.
Ayub.
[21:83] Dan Ayub bermohon kepada Tuhannya: "Kesukaran telah menimpaku, dan, bagi sekelian penyayang, Engkaulah yang Maha Penyayang."
[21:84] Kami merespons kepadanya, meringankan kesukarannya, dan mengembalikan keluarganya kepadanya,bahkan dua kali ganda banyaknya. Itu adalah belas kasih dari kami, dan peringatan bagi penyembah penyembah.
[21:85] Begitu juga, dengan Ismail, Idris, Zul-kifli; kesemuanya mereka itu orang orang yang tabah, sabar.
[21:86] Kami memasukkan mereka didalam belas kasih kami, kerana mereka itu orang orang yang salih.
Yunus.
[21:87] Dan Zan-Noon (Yunus, "yang mempunyai 'N' didalam namanya"), meninggalkan misinya kerana membantah, dengan berfikiran yang kami tidak boleh menguasainya. Dia berakhir dengan memohon didalam kegelapan (dalam perut ikan yang besar): "Tidak ada tuhan yang lain selain Engkau. Maha Suci bagiMu. Aku telah komit dosa yang besar."
[21:88] Kami merespons kepadanya, dan menyelamatkan dia dari krisis itu; lantas kami selamatkan orang orang yang percaya.
Zakariah Dan Yahya.
[21:89] Dan Zakariah bermohon kepada Tuhannya: "Tuhanku, janganlah biarkan aku tidak berwaris, sungguhpun Engkau adalah pewaris yang terbaik."
[21:90] Kami merespons kepadanya dan memberinya Yahya, kami membetulkan isterinya untuknya. Itu adalah kerana mereka bersegera untuk mengerjakan amalan salih, dan bermohon kepada kami dalam keadaan yang gembira, begitu juga didalam keadaan takut. Bagi kami, mereka itu adalah orang orang yang memuliakan.
Maryam Dan Isa.
[21:91] Bagi dia yang memelihara kesuciannya, kami meniup didalamnya roh dari kami, dan lantas, kami jadikan dia dan anaknya petanda petanda bagi seluruh dunia.
Satu Allah / Satu Agama
[21:92] Perhimpunan kamu tidak lebih melainkan satu perhimpunan, and Aku Sahajalah Tuhan kamu; kamu mestilah menyembah Aku sahaja.
[21:93] Bagaimana pun, mereka telah berpecah belah menjadikan diri diri mereka dengan pertikaian didalam beragama. Kesemuanya mereka itu akan kembali kepada kami (untuk diadilkan).
[21:94] Bagi orang orang yang mengerjakan amalan yang benar, lagi percaya segala pekerjaan mereka itu tidak disia siakan; kami ada merekodkannya.
[21:95] Telah dilarang bagi komuniti yang telah dihapuskan itu untuk kembali semula.
Akhirnya Dunia
[21:96] Tidak sampai Ya'juj dan Ma'juj muncul semula, barulah boleh mereka akan kembali - mereka akan datang disetiap arah.
[21:97] Itulah apabila ramalan yang tidak dapat dielakkan itu akan datang, dan orang orang yang ingkar akan merenung dengan gerunnya; "Malang bagi kami; kami telah dilalaikan. Sesungguhnya, kami telah berlaku zalim."
Akhirat.
[21:98] Kamu dan pujaan pujaan yang kamu sembah disamping Allah akan menjadi bahan bakaran untuk Neraka; inilah destini kamu yang tidak boleh dielakkan.
[21:99] Jika mereka itu semuanya tuhan tuhan tentu sekali mereka tidak akan berakhir diNeraka. Semua penghuni penghuninya akan tinggal kekal didalamnya untuk selama lamanya.
[21:100] Mereka akan merintih dan mengeluh didalamnya, dan mereka tidak akan mendapatkan kemudahan untuk menerima apa pun berita berita.
[21:101] Bagi orang orang yang patut mendapat anugerah kami yang indah, mereka akan mendapatkan perlindungan darinya.
Orang Orang Yang Salih.
[21:102] Mereka tidak akan mendengar desisnya. Mereka akan menikmati tempat tinggal dimana mereka akan mendapat segala apa yang mereka inginkan, untuk selama lamanya.
[21:103] Ketakutan yang besar tidak membimbangkan mereka, dan para malaikat akan menyambut mereka dengan penuh kegembiraan: "Ini adalah hari kamu, yang telah dijanjikan kepada kamu."
Hari Kebangkitan.
[21:104] Pada hari itu, kami akan gulungkan langit sebagaimana menggulungkan buku. Seperti mana yang kami telah meinisiasikan pada mula kejadiannya, kami akan mengulanginya. Inilah janji kami; kami tentu sekali akan menjalankannya.
[21:105] Kami telah mendekrikan didalam Zabur, seperti mana didalam kitab kitab yang lain, yang bumi mesti diwarisi oleh penyembah penyembahKu yang salih.
[21:106] Ini adalah pengumuman bagi orang orang yang menjadi penyembah penyembah.
[21:107] Kami telah menghantarmu kerana belas kasih dari kami kepada seluruh dunia.
[21:108] Umumkanlah, "Aku telah diinspirasikan oleh Ilahi yang tuhan kamu itu adalah tuhan yang Esa. Maka mahukah kamu menyerah?"
[21:109] Jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku telah memberi kamu amaran dengan secukupnya, dan aku tidak mempunyai idea berapa cepat ataupun lambat (hukuman) akan datang kepada kamu.
[21:110] "Dia amat sedar dengan apa yang kamu nyatakan dihadapan orang ramai, dan Dia juga amat sedar dengan segala apa yang kamu sembunyikan.
[21:111] "Dari apa yang aku tahu, dunia ini hanyalah cubaan bagi kamu, dan hiburan untuk sementara waktu saja."
[21:112] Katakanlah, "Tuhanku, keadilanMu adalah keadilan yang sebenarnya. Tuhan kami adalah yang Maha Pengasih; hanya pertolonganNya sajalah diharapkan untuk menghadapi dakwaan dakwaan dari kamu."