Surah 22: Menunaikan Haji (Al-Hajj)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[22:1] Wahai manusia, kamu mestilah memuliakan Tuhan kamu, kerana gegaran pada Waktu itu adalah sesuatu yang amat dahsyat sekali.
[22:2] Dihari yang kamu menyaksikannya, bahkan ibu yang menyusukan akan membuangkan bayinya, dan ibu yang mengandung akan menggugurkan kandungannya. Kamu akan melihat yang manusia itu terhuyung hayang, seolah olah mereka sedang kemabukan,walaupun mereka itu tidak mabuk. Ini kerana, hukuman Allah amatlah menggerunkan.
[22:3] Diantara manusia, ada orang orang yang bertengkar tentang Allah dengan tidak berilmu pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang durhaka.
[22:4] Ini telah didekrikan sesiapa yang menjadikan dirinya pihak berikatan dengannya, dia akan menyesatkannya dan membimbingnya kepada penderitaan Neraka.
Dari Manakah Kita Datang?
[22:5] Wahai manusia, jika kamu ada sebarang keraguan berkenaan kebangkitan, (ingatlah) kami menciptakan kamu dari debu, dan diikuti dengan cecair yang halus, dimana ianya bertukar menjadi satu gantungan (embrio), dan ianya menjadi fetus yang diberikan nyawa ataupun tidak bernyawa. Lantas kami terangkan perihal sesuatu kepada kamu. Kami berikan didalam rahim rahim apa saja yang kami kehendaki buat masa yang telah ditetapkan. Maka kami pun membawa kamu keluar sebagai bayi bayi, kemudian kamu menjadi dewasa. Sementara sebahagian dari kamu mati semasa muda, yang lainnya hidup sampai keumur yang lanjut, hanyalah untuk mengetahui tidak ada lagi ilmu pengetahuan yang boleh dicapai dengan berlebihan dari apa yang telah ditentukan. Begitu juga, kamu lihat kepada bumi yang mati, apabila saja kami cucurinya dengan air, ianya menggegar dengan kehidupan dan menumbuhkan bermacam jenis tumbuh tumbuhan yang cantik cantik.
[22:6] Ini membuktikan bahwa Allah itu adalah Benar, dan Dialah yang menghidupkan semula yang sudah mati, dan sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa.
[22:7] Dan bahawasanya Waktu itu akan mendatang, tidak ada keraguan tentangnya, dan Allah akan membangkitkan orang orang yang didalam kubur kubur.
Kejadian Biasa.
[22:8] Diantara manusia ada orang yang bertengkar berkenaan Allah dengan tidak mempunyai ilmu pengetahuan, dan tidak ada bimbangan, dan tidak juga mendapatkan petunjuk dari kitab.
[22:9] Dengan sombong dia berjuang untuk melencongkan manusia dari jalan Allah. Maka dia akan mendapat penghinaan dikehidupan ini, dan kami komitkannya pada Hari Kebangkitan kelak dengan azab kebakaran.
[22:10] Inilah apa yang diusahakan oleh tangan tangan kamu membawa kepada masa depan kamu. Allah tidak pernah melakukan ketidak adilan terhadap manusia.
Kawan Dimasa Senang.
[22:11] Diantara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan bersyarat. Jika sesuatu yang mengikuti keinginannya, dia berpuas hati. Tetapi jika sesuatu kesukaran menimpanya, wajahnya akan bertukar. Lantas, dia kehilangan keduanya dikehidupan ini dan juga diAkhirat. Itulah kerugian yang sebenarnya.
[22:12] Dia memuja disamping Allah apa yang tidak mempunyai kuasa untuk memudharatkannya ataupun memanfaatkannya; demikian itulah kesesatan yang sebenar.
[22:13] Dia memuja apa yang lebih sesuai untuk memudharatkannya dari memanfaat kannya. Betapa malangnya tuhan sedemikian! Betapa malangnya teman sedemikian!
[22:14] Allah memasukkan orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar kedalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir. Kesemuanya itu menurut kehendak dari Allah.
Kebahagiaan Sekarang Dan Untuk Selama Lamanya.
[22:15] Jika seseorang berfikir yang Allah tidak dapat membantunya dikehidupan ini dan diAkhirat, cubalah dia menyerahkan sepenuhnya kepada (penciptanya) dilangit, dan putuskan (dirinya dari mengharap kepada sesiapapun). Dia akan memperlihatkan yang rancangan ini akan dapat menghilangkan segala apa yang merunsingkannya.
[22:16] Maka kami menurunkan revelasi revelasi yang cukup jelas didalam ini, kemudian Allah sajalah yang membimbing kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.
Allah: Hakim Yang Sebenar
[22:17] Mereka yang percaya, mereka yang Yahudi, mualaf, Nasrani (Kristian), Zoroastrians, dan penyembah penyembah pujaan pujaan, sesungguhnya Allah Sahajalah yang menghakimkan diantara mereka pada Hari Kebangkitan kelak. Allah yang akan menyaksikan segala sesuatu.
[22:18] Tidakkah kamu sedar kepada Allah sahajalah sujud setiap satu yang disekelian cekrawala dan bumi, matahari dan bulan, bintang bintang, gunung gunung, pokok pokok, binatang binatang dan kebanyakan manusia? Banyak lagi dari kalangan manusia yang akan dikomitkan kepada kebinasaan. Sesiapa saja yang telah diaibkan oleh Allah, tidak ada sesiapa pun dapat memuliakannya. Kesemuanya itu menurut kehendak Allah.
Betapa Dahsyatnya Neraka!
[22:19] Disini ada dua kumpulan yang bertelingkahan berkenaan Tuhan mereka. Bagi orang orang yang ingkar, mereka akan diberikan baju daripada api yang diukur siap untuk mereka. Cecair api akan disiramkan keatas kepala kepala mereka.
[22:20] Ianya akan menyebabkan didalam mereka menjadi cair, begitu juga dengan kulit kulit mereka.
[22:21] Mereka akan dikurungkan didalam periuk periuk besi.
[22:22] Bila masa mereka cuba untuk keluar dari penderitaan itu, mereka akan dipaksakan masuk kedalam semula: "Rasakan azabnya bakaran."
Keindahan Syurga
[22:23] Allah akan memasukkan orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan benar itu kedalam taman taman dimana air sungai sungainya mengalir. Mereka akan dihiasi dengan gelang gelang dari emas, mutiara mutiara dan pakaian pakaian mereka didalamnya ialah sutra.
[22:24] Mereka telah dibimbing kepada perkataan perkataan yang baik; mereka juga telah dibimbing kejalan yang Maha Terpuji.
[22:25] Tentu sekali, orang orang yang ingkar dan memanggil yang lainnya berpaling dari jalan Allah, dan dari Masjid Suci yang telah kami cipta reka untuk seluruh manusia - sama ada penduduk penduduk asal atau pelawat pelawat - dan untuk mencari jalan supaya mencemarkannya dan mengkorupnya, kami akan kenakan mereka itu dengan hukuman yang menyakitkan.
Menunaikan Haji, Seperti Semua Rukun Dalam Islam, Di-Dekrikan Melalui Ibrahim
[22:26] Kami melantik Ibrahim untuk mendirikan Tempat Suci: "Janganlah kau memuja sebarang tuhan yang lain disampingKu, dan sucikan Tempat SuciKu ini untuk orang orang yang melawatnya, orang orang yang tinggal berdekatan dengannya, dan orang orang yang ruku' dan sujud.
[22:27] "Dan umumkanlah yang manusia itu mestilah menunaikan Haji. Mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki ataupun menunggang bermacam sumber dengan kepayahan (berbagai cara pengangkutan). Mereka akan datang dari daerah daerah yang amat jauh."
[22:28] Mereka bolehlah menjalankan perniagaan, dan mereka mestilah memuji muji nama Allah pada hari hari yang ditentukan kerana mengadakan binatang ternakan sebagai peruntukkan untuk mereka. "Makanlah darinya dan berilah makan kepada yang tidak berupaya dan yang miskin."
[22:29] Mereka mestilah memenuhi kewajipan mereka, memenuhi nazar nazar mereka dan menziarahi makam purba itu.
[22:30] Orang orang yang menghormati upacara upacara yang telah didekrikan oleh Allah memang sepatutnya menerima anugerah yang baik disisi Tuhan mereka. Semua binatang telah dijadikan halal untuk makanan kamu, melainkan apa yang telah ditentukan haram untuk kamu. Kamu mestilah jauhi dari menyembah pujaan pujaan yang menjijikkan, dan jauhilah dari menjadi saksi yang palsu.
[22:31] Kamu mestilah memelihara pengabdianmu hanyalah kepada Allah sahaja. Sesiapa yang mengada adakan sebarang pujaan disamping Allah adalah seumpama seorang yang jatuh dari langit, dan disambar oleh burung burung hering, ataupun diterbangkan oleh angin kedalam gaung yang dalam.
[22:32] Sesungguhnya, orang orang yang menghormati upacara upacara yang telah didekrikan oleh Allah menunjukkan ketakwahan dihati hati mereka.
Persembahan Persembahan Bagi Binatang Ternakan Semasa Menunaikan Haji
[22:33] (Binatang ternakan) memberikan kamu banyak manfaatnya buat beberapa waktu, sebelum didermakan kemakam purba.
[22:34] Bagi setiap penghimpunan kami telah mendekrikan upacara upacara dimana dengannya mereka memuji muji nama Allah kerana mengadakan untuk mereka binatang ternakan. Tuhan kamu adalah satu dan tuhan yang sama; kamu semua mestilah menyerahkan diri diri kamu kepadaNya. Berikanlah berita berita baik kepada orang orang yang patuh.
[22:35] Orang orang itulah yang hati hati mereka menggeletar apabila saja menyebut Allah, mereka sabar dan tabah semasa didalam kesukaran, mereka Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan dari rezeki kami untuk mereka, mereka memberi derma.
[22:36] Binatang yang dikurbankan adalah diantara upacara upacara yang didekrikan oleh Allah untuk kebaikan kamu. Kamu mestilah menyebut nama Allah keatas mereka sedang mereka berbaris. Selepas saja ianya dikurbankan, kamu bolehlah memakan darinya dan berikanlah makan kepada simiskin dan orang orang yang memerlukan. Itulah sebabnya kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran kamu.
[22:37] Bukanlah dagingnya ataupun darahnya yang sampai kepada Allah. Apa yang sampai kepadaNya hanyalah ketakwahan kamu. Dia telah menundukkan mereka kepada kamu, supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran dengan mengagungkan Allah kerana telah membimbing kamu. Sampaikanlah berita berita baik kepada para penderma.
Allah Membela Orang Orang Yang Percaya
[22:38] Allah membela orang orang yang percaya. Allah tidak mencintai sebarang pengkhianat, yang tidak tahu bersyukur.
Synagogues, Gereja Gereja dan Masjid Masjid
[22:39] Kebenaran telah diberikan kepada orang orang yang dianiayai, kerana ketidak adilan telah diperlakukan terhadap mereka, dan tentu sekali Allah dapat menolong mereka.
[22:40] Mereka telah dikeluarkan dari rumah rumah mereka dengan ketidak adilan, dengan tidak ada sebab melainkan mereka hanya berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika tidak kerana adanya pertolongan Allah kepada sebahagian manusia dengan yang lainnya, biara biara, gereja gereja, tempat tempat ibadah (synagogues) dan masjid masjid - dimana nama Allah yang dimuliakan sentiasa - pasti akan menjadi musnah. Tentu sekali , Allah membantu orang orang yang menyokongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.
[22:41] Mereka itulah orang orangnya, jika kami melantikkan mereka sebagai penguasa penguasa dibumi, mereka akan tetap Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat), dan menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan. Sesungguhnya Allah sajalah penguasa yang muktamad.
[22:42] Jika mereka mengingkarimu, kaum Nuh, 'Ad dan Thamud telah juga mengingkari sebelum mereka.
[22:43] Begitu juga kaum Ibrahim dan kaum Lut.
[22:44] Dan penduduk penduduk Midyan. Musa juga diingkari. Aku biarkan saja manusia itu, kemudian akan Aku panggil mereka untuk memberi penjelasan; betapa (dahsyatnya) pembalasanKu!
[22:45] Banyak komuniti yang telah kami hapuskan oleh kerana kezaliman mereka. Mereka berakhir dengan kebinasaan, telaga telaga yang terbiar dan rumah rumah besar yang kosong.
[22:46] Tidakkah mereka menjelajahi bumi, dan gunakan minda minda mereka untuk memahaminya, dan gunakan telinga telinga mereka untuk mendengar? Sesungguhnya, bukanlah mata mata mereka yang buta, tetapi hati hati mereka yang terletak didalam dada dada itulah yang buta.
[22:47] Mereka mencabarmu supaya membawa hukuman, dan Allah tidak pernah gagal dari menepati ramalan ramalanNya. Sehari disisi Tuhan kamu itu adalah sama seribu tahun kamu.
[22:48] Banyak komuniti dimasa dahulu telah komit kezaliman, dan Aku membiarkan mereka untuk sementara waktu, kemudian Aku menghukum mereka. KepadaKu sajalah destini kamu yang terlkhir.
Rasul Allah Yang Dijanjikan
[22:49] Katakanlah, "Wahai manusia, aku telah dihantarkan kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata."
[22:50] Orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar sepatutnyalah mendapat keampunan dan anugerah yang mewah.
[22:51] Bagi sesiapa yang berjuang untuk mencabar revelasi revelasi kami, mereka akan menerima Neraka.
Sistem
[22:52] Kami tidak menghantar sebelummu sebarang rasul, mahupun nabi, tanpa adanya syaitan yang cuba mengganggu dalam keinginannya. Maka Allah membatalkan apa yang syaitan telah lakukan. Allah sempurnakan revelasi revelasiNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Hipokrit Mengundurkan Diri.
[22:53] Lantas Dia menjadikan perancangan syaitan sebagai cubaan untuk orang orang yang menyimpan keraguan didalam hati hati mereka, dan orang orang yang hati hatinya telah keras. Orang orang yang zalim mestilah bersama dengan pembangkang.
[22:54] Orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan akan mengenal kebenaran dari Tuhan kamu, kemudian mempercayainya, and hati hati mereka akan sedia menerimanya pasti sekali, Allah membimbing orang orang yang percaya kejalan yang benar.
[22:55] Bagi orang orang yang ingkar, mereka sentiasa menyimpan keraguan sehingga Waktu datang kepada mereka dengan tiba tiba, ataupun hukuman dihari yang dahsyat itu datang kepada mereka.
Kerajaan Syaitan yang Sementara.
[22:56] Segala kedaulatan pada hari itu adalah kepunyaan Allah, dan Dia yang akan mengadili diantara mereka. Bagi orang orang yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang benar, mereka sepatutnya mendapatkan taman taman yang indah.
[22:57] Sementara orang orang yang ingkar dan yang menolak revelasi revelasi kami telah menerima hukuman yang amat memalukan.
Berjuang kerana Allah
[22:58] Orang orang yang berhijrah kerana Allah, kemudian dibunuh, ataupun mati, Allah tentu sekali akan mencucuri mereka dengan rezeki rezeki yang baik. Tentu sekali Allah itu Maha Pemberi yang terbaik.
[22:59] Pasti sekali, Dia akan memasukkan mereka dengan kemasukan yang akan menggembirakan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
Bantuan Ilahi Bagi Yang Tertindas.
[22:60] Telah didekrikan jika seorang membalas penganiayaan yang dikenakan keatasnya dengan adil, kemudian disiksa kerana ini, Allah tentu sekali akan membantunya. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
Allah Maha Berkuasa
[22:61] Ini adalah suatu fakta bahwa Allah yang menggabungkan malam kedalam siang, dan menggabungkan siang kedalam malam, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[22:62] Ini adalah suatu fakta yang Allah itu adalah Benar, sementara yang mengada adakan pujaan pujaan disampingNya adalah kepalsuan, dan sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
[22:63] Tidakkah kamu melihat yang Allah menurunkan air dari langit yang menjadikan bumi menghijau? Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Perihatin.
[22:64] KepunyaanNya sekelian yang ada dicekrawala dan dibumi. Tentu sekali, Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
[22:65] Tidakkah dapat kamu melihat yang Allah komitkan segala galanya dibumi berkhidmat untuk kamu? Kapal kapal belayar dilautan dengan perintahNya. Dia menghalang sekeliannya dilangit dari jatuh terhempas kebumi, melainkan menurut dengan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kepada manusia lagi Maha Penyayang.
[22:66] Dialah Sahajalah yang memberikan kamu kehidupan, kemudian Dia matikan kamu, dan Dia hidupkan kamu semula. Tentu sekali, manusia itu tidak tahu bersyukur.
[22:67] Bagi setiap penghimpunan, kami telah mendekrikan satu set upacara upacara yang mereka mesti mendukungkannya. Dari itu, mereka tidak sepatutnya bertikaian denganmu. Kamu mestilah berterusan menjemput semua orang kepada Tuhanmu. Pasti sekali, kau berada dijalan yang benar.
[22:68] Jika mereka bertengkar denganmu, maka katakanlah, "Allah amat mengetahui apa saja yang kamu lakukan."
[22:69] Allah akan menghakimi diantara kamu pada Hari Kebangkitan kelak berkenaan segala apa yang kamu pertikaikan.
[22:70] Tidakkah kamu sedar yang Allah mengetahui segala apa yang berada disekelian cekrawala dan segala apa dibumi? Semuanya telah direkodkan didalam rekod. Ini amatlah mudah bagi Allah melakukannya.
[22:71] Namun demikian, mereka memuja disamping Allah pujaan pujaan, dimana Dia yang tidak meletakkan sebarang kuasa dan mereka tidak tahu apa apa pun tentang mereka. Orang orang yang melampaui batas itu tidak akan mendapat pertolongan.
Keganasan & Permusuhan: Tanda Tanda Keingkaran
[22:72] Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, dengan terangnya, kamu akan mengenal kezaliman diwajah wajah orang orang yang ingkar itu. Mereka hampir hampir menyerang orang orang yang membacakan revelasi revelasi kami kepada mereka. Katakanlah, "Biarkanlah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk lagi? Neraka telah dijanjikan oleh Allah untuk orang orang yang ingkar; betapa azabnya destini."
Bolehkah Mereka Mencipta Lalat
[22:73] Wahai manusia, disini ada satu ibarat yang kamu mestilah memikirkan dengan betul betul: Pujaan pujaan yang kamu ada adakan disamping Allah itu tidak boleh mencipta lalat, walaupun mereka semua berkumpul bersama sama untuk membuatnya. Lagi pula, jika lalat itu mencuri sesuatu dari mereka, mereka tidak boleh mendapatkannya kembali; lemah sungguh yang mengikut dengan yang diikuti.
[22:74] Mereka tidak menghargai Allah sebagaimana sepatutnya Dia mesti dihargai. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Agung.
[22:75] Allah memilih diantara para malaikat menjadi para rasul, begitu juga diantara manusia. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[22:76] Dialah yang ketahui masa masa lalu mereka dan masa masa depan mereka. Kepunyaan Allah segala kekuasaan muktamad tehadap kesemua perkara.
[22:77] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah ruku', sujud, serta sembah Tuhan kamu dan kerjakan kebaikan, supaya kamu berjaya.
Ibrahim: Rasul Islam Yang Asal
[22:78] Kamu mestilah berjuang kerana Allah sebagaimana semestinya kamu berjuang keranaNya. Dia telah memilih kamu dan tidak meletakkan sebarang kesukaran keatas kamu untuk mempratikkan agama kamu - agama bapa kamu Ibrahim. Dialah yang menamakan kamu "Penyerah" (Muslim) asalnya. Lantas, rasul mestilah berkhidmat menjadi saksi diantara kamu, dan kamu mestilah berkhidmat sebagai saksi saksi diantara manusia. Dari itu, kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat) dan pegang kuat kuat kepada Allah; Dia adalah Tuhan kamu, Tuhan yang terbaik dan Penyokong yang terbaik.