Al-Quran 22:27 — Menunaikan Haji (Al-Hajj)
"Dan umumkanlah yang manusia itu mestilah menunaikan Haji. Mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki ataupun menunggang bermacam sumber dengan kepayahan (berbagai cara pengangkutan). Mereka akan datang dari daerah daerah yang amat jauh."
[22:26] Kami melantik Ibrahim untuk mendirikan Tempat Suci: "Janganlah kau memuja sebarang tuhan yang lain disampingKu, dan sucikan Tempat SuciKu ini untuk orang orang yang melawatnya, orang orang yang tinggal berdekatan dengannya, dan orang orang yang ruku' dan sujud.
[22:28] Mereka bolehlah menjalankan perniagaan, dan mereka mestilah memuji muji nama Allah pada hari hari yang ditentukan kerana mengadakan binatang ternakan sebagai peruntukkan untuk mereka. "Makanlah darinya dan berilah makan kepada yang tidak berupaya dan yang miskin."