Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 22:30 — Menunaikan Haji (Al-Hajj)

Orang orang yang menghormati upacara upacara yang telah didekrikan oleh Allah memang sepatutnya menerima anugerah yang baik disisi Tuhan mereka. Semua binatang telah dijadikan halal untuk makanan kamu, melainkan apa yang telah ditentukan haram untuk kamu. Kamu mestilah jauhi dari menyembah pujaan pujaan yang menjijikkan, dan jauhilah dari menjadi saksi yang palsu.

[22:29] Mereka mestilah memenuhi kewajipan mereka, memenuhi nazar nazar mereka dan menziarahi makam purba itu.

[22:31] Kamu mestilah memelihara pengabdianmu hanyalah kepada Allah sahaja. Sesiapa yang mengada adakan sebarang pujaan disamping Allah adalah seumpama seorang yang jatuh dari langit, dan disambar oleh burung burung hering, ataupun diterbangkan oleh angin kedalam gaung yang dalam.