Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 22:40 — Menunaikan Haji (Al-Hajj)

Mereka telah dikeluarkan dari rumah rumah mereka dengan ketidak adilan, dengan tidak ada sebab melainkan mereka hanya berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika tidak kerana adanya pertolongan Allah kepada sebahagian manusia dengan yang lainnya, biara biara, gereja gereja, tempat tempat ibadah (synagogues) dan masjid masjid - dimana nama Allah yang dimuliakan sentiasa - pasti akan menjadi musnah. Tentu sekali , Allah membantu orang orang yang menyokongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.

[22:39] Kebenaran telah diberikan kepada orang orang yang dianiayai, kerana ketidak adilan telah diperlakukan terhadap mereka, dan tentu sekali Allah dapat menolong mereka.

[22:41] Mereka itulah orang orangnya, jika kami melantikkan mereka sebagai penguasa penguasa dibumi, mereka akan tetap Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (Zakat), dan menganjurkan kebaikan dan melarang kejahatan. Sesungguhnya Allah sajalah penguasa yang muktamad.