Al-Quran 22:39 — Menunaikan Haji (Al-Hajj)
Kebenaran telah diberikan kepada orang orang yang dianiayai, kerana ketidak adilan telah diperlakukan terhadap mereka, dan tentu sekali Allah dapat menolong mereka.
[22:38] Allah membela orang orang yang percaya. Allah tidak mencintai sebarang pengkhianat, yang tidak tahu bersyukur.
[22:40] Mereka telah dikeluarkan dari rumah rumah mereka dengan ketidak adilan, dengan tidak ada sebab melainkan mereka hanya berkata, "Tuhan kami adalah Allah." Jika tidak kerana adanya pertolongan Allah kepada sebahagian manusia dengan yang lainnya, biara biara, gereja gereja, tempat tempat ibadah (synagogues) dan masjid masjid - dimana nama Allah yang dimuliakan sentiasa - pasti akan menjadi musnah. Tentu sekali , Allah membantu orang orang yang menyokongNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.