Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 22:37 — Menunaikan Haji (Al-Hajj)

Bukanlah dagingnya ataupun darahnya yang sampai kepada Allah. Apa yang sampai kepadaNya hanyalah ketakwahan kamu. Dia telah menundukkan mereka kepada kamu, supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran dengan mengagungkan Allah kerana telah membimbing kamu. Sampaikanlah berita berita baik kepada para penderma.

[22:36] Binatang yang dikurbankan adalah diantara upacara upacara yang didekrikan oleh Allah untuk kebaikan kamu. Kamu mestilah menyebut nama Allah keatas mereka sedang mereka berbaris. Selepas saja ianya dikurbankan, kamu bolehlah memakan darinya dan berikanlah makan kepada simiskin dan orang orang yang memerlukan. Itulah sebabnya kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran kamu.

[22:38] Allah membela orang orang yang percaya. Allah tidak mencintai sebarang pengkhianat, yang tidak tahu bersyukur.