Al-Quran 22:6 — Menunaikan Haji (Al-Hajj)
Ini membuktikan bahwa Allah itu adalah Benar, dan Dialah yang menghidupkan semula yang sudah mati, dan sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa.
[22:5] Wahai manusia, jika kamu ada sebarang keraguan berkenaan kebangkitan, (ingatlah) kami menciptakan kamu dari debu, dan diikuti dengan cecair yang halus, dimana ianya bertukar menjadi satu gantungan (embrio), dan ianya menjadi fetus yang diberikan nyawa ataupun tidak bernyawa. Lantas kami terangkan perihal sesuatu kepada kamu. Kami berikan didalam rahim rahim apa saja yang kami kehendaki buat masa yang telah ditetapkan. Maka kami pun membawa kamu keluar sebagai bayi bayi, kemudian kamu menjadi dewasa. Sementara sebahagian dari kamu mati semasa muda, yang lainnya hidup sampai keumur yang lanjut, hanyalah untuk mengetahui tidak ada lagi ilmu pengetahuan yang boleh dicapai dengan berlebihan dari apa yang telah ditentukan. Begitu juga, kamu lihat kepada bumi yang mati, apabila saja kami cucurinya dengan air, ianya menggegar dengan kehidupan dan menumbuhkan bermacam jenis tumbuh tumbuhan yang cantik cantik.
[22:7] Dan bahawasanya Waktu itu akan mendatang, tidak ada keraguan tentangnya, dan Allah akan membangkitkan orang orang yang didalam kubur kubur.