Surah 17: Keturunan Israil (Bani Israil)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[17:1] Maha Terpuji bagi yang Maha Esa yang memerintahkan hambaNya (Muhammad) diwaktu malam, dari Masjid Suci (Mekkah) ketempat persujudan yang paling jauh, dimana disekelilingnya telah kami rahmati, untuk menunjukkan kepadanya beberapa tanda tanda kami. Sesungguhnya, Dialah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[17:2] Sebagaimana, yang telah kami berikan kepada Musa kitab, kebenaran dan petunjuk bagi bani Israil: "Jangan sekali kamu mengadakan pujaan sebagai Tuhan dan Tuan disampingKu."
[17:3] Mereka adalah keturunan keturunan dari orang orang yang kami bawa bersama sama Nuh; Dialah seorang hamba yang tahu bersyukur.
[17:4] Kami mengemukakan kepada bani Israil didalam kitab: "Kamu akan komit kejahatan yang terlampau dibumi, dua kali. Kamu telah ditakdirkan jatuh kedalam kesombongan yang amat tinggi.
[17:5] "Apabila masa yang pertama berlaku, kami akan hantarkan hamba hamba kami yang mempunyai kekuatan yang amat sangat untuk menentang kamu, dan mereka akan menyerang rumah rumah kamu. Ini adalah ramalan yang mesti berlaku.
[17:6] "Kemudian, kami akan menjadikan kamu berkuasa diatas mereka, dan memberikan kamu harta yang banyak dan anak anak; kami akan memberikan kamu kekuasaan.
[17:7] "Jika kamu mengerjakan kebaikan, kamu mengerjakan untuk diri kamu, tetapi jika kamu komit kejahatan, itu hanya menjejaskan diri kamu sendiri. Lantas, apabila pada kali keduanya berlaku, mereka akan mengalahkan kamu dan memasuki masjid, seperti mana yang mereka lakukan pada pertama kalinya. Mereka akan habiskan kesemua keuntungan keuntungan yang telah kamu perolehi."
[17:8] Tuhan kamu telah mencucuri belas kasihNya kepada kamu.Tetapi jika kamu berpaling kepada keterlampauan batas, akan kami balas dengan siksaan. Kami telah menjadikan Gehenna sebagai tempat tinggal yang tetap untuk orang orang yang ingkar.
Quran: Sumber Keselamatan.
[17:9] Quran ini membimbing kejalan yang terbaik, dan membawa berita berita baik bagi orang orang percaya yang menjalani kehidupan yang benar, dan mereka berhak mendapatkan ganjaran yang terbesar.
[17:10] Bagi orang orang yang mengingkari Hari Akhirat, kami telah siapkan untuk mereka hukuman yang amat menyakitkan.
[17:11] Manusia itu biasanya mendoa' kepada sesuatu yang dapat memudharatkan dia, dengan menyangkakan yang dia itu berdoa' untuk kebaikan. Sesungguhnya manusia itu tidaklah sabar.
[17:12] Kami telah jadikan malam dan siang hari itu keduanya sebagai tanda tanda, kami jadikan malam itu gelap dan siang hari terang, supaya kamu dapat mencari rezeki rezeki dari Tuhan kamu didalamnya. Ini juga dapat menetapkan sistem kiraan bagi kamu, dan keperluan bagi perkiraan. Lantas, kami menerangkan kesemuanya dengan sempurna.
Pita Video
[17:13] Kami telah rekodkan nasib bagi tiap tiap manusia; itu akan diikat dilehernya. Di-Hari Kebangkitan kelak kami akan berikan rekod yang mudah didapatkan untuknya.
[17:14] Bacalah rekod kamu sendiri. Hari ini, cukuplah perkiraan bagi diri kamu sendiri.
[17:15] Sesiapa saja yang mendapat bimbingan, telah dibimbing untuk kebaikan diri sendiri, dan sesiapa yang telah disesatkan itu hanyalah menjejaskan diri diri sendiri. Tidak ada pesalah yang boleh menanggung dosa dosa orang lain. Kami tidak akan menghukum sebelum terlebih dahulu menghantarkan rasul.
[17:16] Jika kami hendak menghapuskan sebarang komuniti, kami biarkan ketua ketua mengkomit korup yang besar. Sebaik saja mereka dipastikan mendapat hukuman, maka kami pun hapuskan mereka sama sekali.
[17:17] Banyak generasi yang telah kami hapuskan selepas Nuh. Tuhan kamu amat cekap apabila berurusan dengan dosa dosa yang dilakukan oleh hamba hambaNya; Sesungguhnya Dialah yang Maha Perihatin lagi Maha Melihat.
Berhati Hatilah Dalam Memililih Keutamaan Di-Kehidupan Ini
[17:18] Sesiapa saja yang memilih kehidupan yang hanya sekejap ini sebagai keutamaannya, kami akan datang dengan pantasnya kepada mereka untuk menentukan apa yang akan kami berikan kepadanya, dan akan kami komitkan mereka kedalam Gehenna, dimana mereka akan mengalami penderitaan yang berkekalan, dihina dan dikalahkan.
Akhirat.
[17:19] Bagi sesiapa yang memilih Akhirat sebagai keutamaan mereka, dan mengamalkan kehidupan yang benar, sementara percaya, segala usaha mereka akan dihargai.
[17:20] Bagi tiap tiap seorang dari mereka kami akan sediakan; kami mengadakan itu dan ini dari pemberianNya. Sesungguhnya pemberian dari Tuhan kamu itu tidak akan habis.
[17:21] Perhatikanlah bagaimana kami melebihi beberapa orang dari yang lainnya (didunia ini). Perbezaan diAkhirat lebih lagi besar dan lebih lagi bermakna.
Perintah Perintah Yang Mustahak.
[17:22] Jangan sekali kali kamu mengada adakan tuhan disamping Allah, supaya kamu tidak berakhir dengan kehinaan dan keaiban.
[17:23] Tuhan kamu telah mendekrikan supaya jangan kamu menyembah melainkan Dia, dan ibu bapa ibu bapa kamu mestilah dimuliakan. Biarpun seorang ataupun keduanya masih hidup, jangan sekali kamu mengatakan kepada mereka, "Uff" (walaupun sekecil tanda kejengkelan), tidak juga mesti kamu menengking mereka; kamu mestilah melayani mereka dengan seksama.
[17:24] Dan hormati mereka dengan bersifat merendahkan diri, serta kebaikan hati, dan katakanlah, "Tuhanku, belas kasihanlah kepada mereka, kerana mereka telah membesarkanku semasa aku masih bayi lagi."
[17:25] Tuhan kamu amat sedar apa yang tersemat jauh didalam fikiran kamu. Jika kamu mengamalkan kebenaran, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun kepada orang orang yang bertaubat.
[17:26] Kamu mestilah memberikan sedekah sewajarnya kepada saudara mara, yang memerlukan, orang orang miskin dan pengembara, tetapi janganlah berlebih lebihan dan boros.
[17:27] Pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu tidak tahu bersyukur kepada Tuhannya.
[17:28] Walaupun sekiranya kamu terpaksa berpaling dari mereka, sementara mencari belas kasih dari Tuhan kamu, kamu mestilah melayani mereka dengan cara yang terbaik.
Sifat Kikir Di-Kutuk.
[17:29] Janganlah membiarkan tangan kamu kerana kekikiran terikat dileher kamu, dan tidak juga kamu membukakannya luas kerana kebodohan, supaya kamu tidak akhirnya menyalahkan dan menyesal.
[17:30] Tuhan kamu sajalah yang menambahkan rezeki kepada sesiapa saja yang Dia pilih, dan mengurangkannya. Sesungguhnya Dia Amat Perihatin terhadap makhlukNya lagi Maha Melihat.
Menggugurkan Kandungan itu Satu Pembunuhan.
[17:31] Jangan sekali kamu membunuh anak anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami yang memberikan mereka rezeki, begitu juga dengan kamu. Membunuh mereka adalah dosa besar.
[17:32] Janganlah kamu tercebur didalam perzinaan; itu satu dosa yang besar, dan itu adalah perbuatan syaitan.
[17:33] Janganlah kamu membunuh sesiapa jua kerana Allah telah menjadikan nyawa itu suci - melainkan untuk menegakkan keadilan. Jika seseorang telah dibunuh dengan tidak adil, dan kami berikan autoritif kepada warisnya untuk memaksakan keadilan. Lantas, dia tidak boleh berlebih lebihan untuk menuntut bela terhadap pembunuhan itu, dia akan mendapat pertolongan.
[17:34] Janganlah kamu mengambil wang anak anak yatim melainkan untuk kebaikan mereka, hinggalah mereka cukup matang. Kamu mestilah tunaikan janji janji kamu, kerana perjanjian adalah satu tanggung jawab yang besar.
[17:35] Kamu mestilah memberi pertimbangan yang cukup apabila kamu berniaga, dan timbanglah dengan seksama. Ini adalah baik dan lebih amanah.
Nasihat Yang Penting.
[17:36] Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu.
[17:37] Janganlah kamu berlagak sombong apabila kamu berjalan dimuka bumi ? kamu tidak akan dapat menggerek melalui bumi, dan tidak juga kamu boleh menjadi setinggi gunung gunung.
[17:38] Semua perangai yang buruk itu telah dikutuk oleh Tuhan kamu.
Quran Adalah Hikmah (Kebijaksanaan ).
[17:39] Ini adalah beberapa hikmah diinspirasikan kepadamu dari Tuhan kamu. Janganlah kamu mengada adakan tuhan yang lain disamping Allah, janganlah sampai kamu berakhir diGehenna, menyalahkan dan dikalahkan.
[17:40] Sudahkah Tuhan kamu memberikan kamu anak anak lelaki, sementara memberikan diriNya para malaikat sebagai anak anak perempuan?! Bagaimanakah dapat kamu mengatakan kekufuran yang sedimikian.
[17:41] Kami telah memberikan didalam Quran ini (bermacam macam contoh), supaya dapat mereka renungkan. Tetapi ini hanya menambahkan kebencian mereka.
[17:42] Katakanlah, "Jika sekiranya ada sebarang tuhan tuhan yang lain disampingNya, sebagaimana yang mereka dakwa, mereka tentu sekali berusaha untuk menggulingkan yang Maha Pemilik singgahsana."
[17:43] Segala kepujian bagiNya, Dialah yang Maha Tinggi, jauh lebih tinggi dari percakapan percakapan mereka.
Kesemuanya Memuji Muji Allah.
[17:44] MemujiNya adalah tujuh alam semesta, bumi dan segala sesuatu didalamnya. Tidak ada suatu apa pun yang tidak memujiNya, tetapi kamu tidak faham dengan cara pemujian mereka. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.
Orang Orang Yang Ingkar Tidak Akan Dapat Memahami Quran.
[17:45] Apabila kamu membaca Quran, kami letakkan diantara kamu dan orang orang yang ingkar dengan Hari Akhirat itu penghalang yang tidak dapat dilihat. Quran: Hanyalah Satu Sumber.
Quran: Sumber Yang Satu-Satunya
[17:46] Kami letakkan perisai perisai dikeliling minda minda mereka, untuk menghalang mereka dari memahaminya, dan ketulian didalam telinga telinga mereka. Maka apabila kamu mengajar tentang Tuhan kamu, dengan menggunakan hanya Quran sahaja, mereka cabut lari dengan kebencian.
[17:47] Kami amat menyedari apa yang mereka dengar, apabila mereka mendengarkan kamu, dan apabila mereka berkomplot secara rahsia - orang orang yang ingkar itu berkata, "Kamu telah mengikuti lelaki gila."
[17:48] Perhatikanlah, bagaimana mereka menyifatkan kamu, dan bagaimana ini telah menyebabkan mereka tersesat jalan.
[17:49] Mereka berkata, "Setelah kita menjadi tulang tulang dan serpihan serpihan, kami akan dibangkitkan baharu?!"
[17:50] Katakanlah, "Walaupun jika kamu bertukar menjadi batu batu ataupun besi.
[17:51] "Walaupun jika kamu bertukar menjadi bermacam rupa kejadian yang kamu menganggapnya mustahil." Maka barulah mereka berkata, "Siapa yang akan membawa kami balik?" Katakanlah, "Yang menciptakan kamu pada mulanya." Mereka pun mengeleng gelengkan kepala mereka dan berkata, "Bilakah itu akan berlaku?" Katakanlah, "Ianya mungkin lebih dekat dari apa yang kamu sangkakan."
[17:52] Dihari yang mana kamu semua dikumpulkan, kamu akan merespons dengan memuji mujiNya,dan barulah kamu sedar yang kehidupan kamu disini hanyalah dalam masa yang singkat.
Berlaku Baik Sesama Sendiri.
[17:53] Beritahukan kepada hambaKu supaya bertegur sapalah dengan cara yang terbaik terhadap satu sama lain, kerana syaitan sentiasa cuba untuk mengaturkan kemarahan diantara mereka. Tentu sekali, syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata.
[17:54] Tuhan kamu amat mengetahui tentang kamu. Menurut kepada ilmuNya, mungkin Dia akan mencucuri kamu dengan belas kasihNya, ataupun Dia mungkin akan memberikan kamu ganjaran. Kami tidak menghantar kamu untuk menjadi penyokong mereka.
[17:55] Tuhan kamu amat mengetahui segala galanya disekilian cekrawala dan bumi. Dengan menuruti ilmu ini, kami melebihkan sesetengah para nabi dari yang lainnya. Sebagai contoh, kami berikan kepada Daud Zabur.
[17:56] Katakanlah, "Bermohonlah apa saja pujaan pujaan yang kamu ada adakan disampingNya." Mereka tidak ada kuasa untuk meringankan penderitaan kamu, dan tidak juga mereka dapat menghalangkannya.
Pujaan Pujaan Yang Percaya Sembah Hanya Allah Sahaja.
[17:57] Bahkan pujaan pujaan yang mereka memohon itu mencari jalan jalan dan cara cara untuk menuju kepada Tuhan mereka. Mereka mendoa' untuk mendapatkan belas kasihNya, dan takut terhadap hukumanNya. Tentu sekali, hukuman dari Tuhan kamu itu amatlah dahsyat.
[17:58] Tidak ada satu komuniti pun yang tidak akan kami hapuskan sebelum Hari Kebangkitan, ataupun dikenakan hukuman yang dahsyat keatas mereka. Ini telah pun dituliskan didalam buku.
Mukjizat Mukjizat Yang Lama Menjadi Keusangan.
[17:59] Apa yang menyebabkan kami berhenti dari menurunkan mukjizat mukjikat ialah kerana generasi yang dahulu telah menolak mereka. Sebagai contoh, kami tunjukkan kepada Thamud unta, (mukjizat) yang nyata, tetapi mereka telah melampaui batas dengan menentangnya. Kami turunkan mukjizat mekjizat itu hanyalah untuk menanamkan rasa hormat.
[17:60] Kami telah memberitahukan kepada kamu yang Tuhan kamu itu berkuasa dengan sepenuhnya keatas manusia, dan kami berikan visi yang telah kami tunjukkan kepada kamu bahwa itu adalah ujian bagi manusia, dan pokok yang telah disumpah didalam Quran. Kami tunjukkan kepada mereka bukti bukti yang kuat untuk menanamkan rasa penghormatan didalam diri diri mereka, tetapi ini hanyalah menambahkan keingkaran mereka.
Syaitan Merperdayakan Manusia.
[17:61] Apabila kami katakan kepada para malaikat,"Jatuh sujudlah kepada Adam," mereka pun jatuh sujud, melainkan syaitan. Dia berkata, "Mestikah aku sujud kepada suatu yang kamu ciptakan daripada lumpur?"
[17:62] Dia berkata, "Oleh sebab Engkau telah memuliakan dia dariku, jika Engkau tangguhkan aku sehingga keHari Kebangkitan, aku akan kenakan kesemua keturunan keturunannya, melainkan hanya sedikit."
[17:63] Dia berkata, "Dan pergi; kamu dan orang orang yang mengikuti kamu akan berakhir didalam Neraka sebagai pembalasan; pembalasan yang adil.
[17:64] "Mungkin kamu dapat menarik mereka dengan suara kamu, dan bersiap sedia dengan segala pasukan pasukan dan semua orang orang kamu untuk menentang mereka, dan berkongsi didalam kewangan dan anak anak mereka, dan menjanjikan mereka. Apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah illusi.
[17:65] "Bagi hamba hambaKu, kamu tidak ada kuasa diatas mereka." Tuhan kamu cukup sebagai penyokong.
[17:66] Tuhan kamu Sahajalah yang menyebabkan kapal kapal terapung diatas samudera, yang mana kamu dapat mencari pemberianNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Penyayang terhadap kamu.
Kawan Kawan Di- Waktu Gembira.
[17:67] Jika kamu terkandas ditengah tengah lautan, kamu melupakan pujaan pujaan kamu dan bermohon dengan penuh keikhlasan kepadaNya sahaja. Tetapi sebaik saja Dia selamatkan kamu ketepi pantai, kamu berbalik. Sememangnya manusia itu tidak tahu bersyukur.
[17:68] Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan menyebabkan daratan, ditepi pantai, tidak dapat menelan kamu? Ataupun, yang Dia tidak akan menghantarkan ribut taufan kepada kamu, yang kamu tidak mendapatkan perlindungan?
[17:69] Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan pulangkan kamu kembali ketengah laut bagi kedua kalinya, dan menghantarkan ribut untuk menenggelamkan kamu kerana keingkaran kamu? Apabila ini terjadi, kamu tidak akan diberikan peluang sekali lagi.
[17:70] Kami telah memuliakan keturunan Adam, dan mengadakan untuk mereka penunggangan didaratan dan lautan. Kami mengadakan untuk mereka peruntukkan peruntukkan yang baik, dan kami berikan mereka kesempatan yang lebih luas dari kebanyakan makhluk kami.
[17:71] Harinya akan tiba apabila kami kumpulkan tiap tiap orang, bersama sama rekod mereka. Bagi orang orang yang mendapatkan rekod kebenaran, mereka akan membaca rekod mereka dan tidak akan sedikitpun mengalami ketidak adilan.
[17:72] Bagi orang orang yang tidak menggunakan penglihatan mereka dikehidupan ini, mereka akan juga buta diAkhirat kelak; bahkan lebih buruk lagi.
Allah Menguatkan Rasul.
[17:73] Mereka hampir hampir memalingkan engkau dari revelasi revelasi yang kami telah berikan kepadamu. Mereka mahukan supaya engkau mengada adakan suatu yang lain, semata mata untuk menjadikan engkau kawan mereka.
[17:74] Jika tidak kerana kami menguatkanmu, tentunya engkau menyebelahi kepada mereka sedikit.
[17:75] Jika kamu berbuat demikian, kami akan mengandakan hukuman kami kepadamu dikehidupan ini, dan selepas mati kelak, engkau akan mengetahui yang tidak ada seorang pun akan dapat membantumu untuk menentang kami.
[17:76] Mereka hampir hampir mengeluarkan engkau dari negeri untuk menghapuskanmu, supaya mereka dapat berpaling selepas engkau pergi.
[17:77] Kejadian ini berlaku dengan konsisten bagi setiap para rasul yang kami hantarkan sebelummu, dan engkau akan dapati yang sistem kami tidak pernah berubah.
Sembahyang (Salat) Zuhur.
[17:78] Kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) apabila matahari turun dari jarak ketinggian yang tepat diwaktu tengah hari, apabila ianya menuju ketika matahari terbenam. Kamu juga mestilah mengerjakan (membaca) Quran diwaktu subuh. Kerana (Membaca) Quran diwaktu subuh itu akan disaksikan.
Bertafakur.
[17:79] Diwaktu malam, kamu mestilah bertafakur untuk mendapatkan kredit yang lebih, supaya Tuhan kamu dapat menaikkan kamu kepada kedudukan yang mulia.
[17:80] Dan katakanlah, "Tuhanku, masukkanlah aku dengan kemasukkan yang mulia, dan berangkatkanlah aku dengan keberangkatan yang mulia, dan berikanlah aku sokongan yang kuat dariMu."
[17:81] Umumkanlah, "Kebenaran telah mengatasi dan kepalsuan telah lenyap; tentunya kepalsuan pasti akan lenyap."
Penyembuh Dan Belas Kasih.
[17:82] Kami turunkan Quran sebagai penyembuh dan belas kasih untuk orang orang yang percaya. Dengan masa yang sama, ianya hanya menambahkan kezaliman bagi orang orang yang melampaui batas.
[17:83] Apabila kami merahmati manusia, mereka menjadi terlalu sibuk dan lalai. Tetapi apabila kesukaran menyerangnya, dia pun berputus asa.
[17:84] Katakanlah, "Semua orang bekerja dengan mengikuti kepercayaannya, dan Tuhan kamu amat mengetahui siapa yang dapat bimbingan kejalan yang lurus."
Ayat Ayat Dari Tuhan: Sumber Untuk Semua Pengetahuan.
[17:85] Mereka menanyakan kepada kamu berkenaan revelasi revelasi. Katakanlah, "Revelasi revelasi datang dari Tuhanku pengetahuan yang diberikan kepada kamu itu hanyalah sedikit."
[17:86] Jika kami kehendaki, kami boleh ambil kembali apa yang kami telah turunkan kepada kau, maka kau tidak akan mendapat sebarang pelindung untuk menentang kami.
[17:87] Ini adalah sebenarnya belas kasih dari Tuhan kamu. RahmatNya kepada kamu sangatlah besar.
Matematika Komposisi Quran.
[17:88] Katakanlah, "Jika kesemua manusia dan semuanya jin bersatu untuk menghasilkan Quran serupa ini, mereka tidak akan dapat menghasilkan suatu apa apapun yang serupa dengannya, walaupun berapa banyak pembantu yang dapat menolong satu sama lain."
[17:89] Kami telah berikan kepada manusia bermacam frasa-frasa dari Quran ini dengan berbagai contoh contoh, tetapi kebanyakan manusia itu masih juga berkeras untuk mengingkarkan.
Para Rasul Sentiasa Di-Cabar.
[17:90] Mereka berkata, "Kami tidak akan percayakan kau melainkan jika kau boleh membuat mata air pancut keluar dari tanah.
[17:91] "Ataupun jika kau mempunyai taman pokok pokok kurma dan buah buah anggur, dengan air sungai sungai mengalir melaluinya.
[17:92] "Ataupun jika kau boleh menyebabakan laknat yang besar turun dari langit, sebagaimana yang kau telah mendakwa, jatuh keatas kami. Ataupun jika kau membawa Allah dan para malaikat dihadapan mata mata kami.
[17:93] "Ataupun jika kau mempunyai rumah besar yang mewah, ataupun jika kau dapat memanjat naik kelangit. Walaupun jika kau dapat memanjat, kami tidak akan percaya melainkan kau bawakan buku yang kami boleh baca." Katakanlah, "Segala kepujian bagi Tuhanku. Mestikah aku lebih dari seorang rasul?"
Kerasulan: Cubaan Yang Penting.
[17:94] Apa yang menghalang manusia dari mempercayainya apabila petunjuk datang kepada mereka, ialah kerana perkataan mereka, "Adakah Allah menghantar manusia sebagai rasul?"
[17:95] Katakanlah, "Jika bumi ini menjadi tempat kediaman para malaikat, kami akan turunkan mereka dari langit sebagai rasul malaikat."
Allah Saksiku.
[17:96] Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi diantara aku dan kamu. Sesungguhnya Dialah yang Maha Perihatin terhadap penyembah penyembahNya lagi Maha Melihat."
[17:97] Sesiapa saja yang Allah bimbing telah benar benar terbimbing. Dan sesiapa saja yang disesatkan, kamu tidak akan dapatkan untuk mereka sebarang tuhan tuhan dan tuan tuan disampingNya. Kami akan kumpulkan mereka diHari Kebangkitan kelak dipaksakan; buta, bisu dan pekak. Destini mereka adalah Neraka; apabila saja ianya menjadi sejuk, kami akan tambahkan ianya dengan api.
Jauh Di-Dalam Fikiran Mereka.
[17:98] Demikian itu hukuman yang adil bagi mereka, apabila mereka mengingkari revelasi revelasi kami. Mereka berkata, "Setelah kami menjadi tulang tulang dan serpihan serpihan, dapatkah kami dibangkitkan semula sebagai ciptaan yang baru?"
[17:99] Adakah mereka tidak dapat melihat bahawasanya Allah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, tentunya boleh menciptakan ciptaan ciptaan yang sama? Dia telah tentukan jarak kehidupan mereka yang tidak boleh ditarik balik? Namun demikian, orang orang yang ingkar itu berkeras juga dengan keingkaran.
[17:100] Umumkanlah, "Kalau seandainya kamu memiliki perbendaharaan dari belas kasih Tuhanku, tentu sekali kamu akan menahannya, takut mungkin kamu akan menghabiskannya. Sebenarnya manusia itu adalah kikir."
Musa Dan Fir'aun.
[17:101] Kami menyokong Musa dengan sembilan mukjizat mukjizat yang nyata ? tanyakanlah kepada bani Israil. Apabila dia pergi kepada mereka, Fir'aun berkata kepadanya, "Aku fikir Musa yang engkau ini adalah ahli magik."
[17:102] Dia berkata, "Kau tahu dengan sebenarnya tidak ada seorang pun boleh jelaskan ini melainkan, terang terangan, Tuhan kepada sekelian cekrawala dan bumi. Aku fikir yang engkau Fir'aun amatlah malang sekali."
[17:103] Apabila dia mengejar mereka, sambil dia menghalau mereka keluar dari negeri itu, kami tenggelamkan mereka, bersama sama orang orang yang mengikuti dia, kesemuanya mereka.
[17:104] Dan kami berkata kepada bani Israil selepas itu, "Pergi tinggallah dinegeri ini. Apabila ramalan terakhir berlaku, kami akan kumpulkan kamu semua didalam satu kumpulan."
Quran Diturunkan Dengan Peringkat Peringkat Untuk Memudahkan Penghafazan.
[17:105] Dengan penuh kebenaran, kami menurunkannya, dan dengan kebenaran juga ianya turun. Kami tidak menghantarkan kepada kamu melainkan sebagai pembawa berita berita baik, dan juga sebagai amaran.
[17:106] Quran ini yang telah kami turunkan dengan berperingkat peringkat, supaya dapat kamu membacakannya kepada manusia dalam masa yang panjang, walaupun kami telah turunkan kesemuanya serentak.
[17:107] Umumkanlah, "Percayalah didalamnya, ataupun tidak percaya dengannya." Orang orang yang mempunyai pengetahuan dari kitab kitab yang terdahulu, apabila dibacakan kepada mereka, mereka tunduk dengan menahan dagu dagu mereka, lalu sujud.
[17:108] Mereka berkata,"Segala kepujian bagi Tuhan kami, ini telah memenuhi ramalan Tuhan kami."
[17:109] Mereka tunduk menahan dagu dagu mereka, sujud and menangis. Kerana ini semakin menambahkan penghormatan mereka.
Nada Shalat Kontak (Shalat)
[17:110] Katakanlah, "Panggillah Dia Allah, ataupun panggillah Dia Maha Pengasih; apa nama saja yang kamu sebutkan, kepunyaanNyalah segala nama nama yang terbaik."
Nada Suara Dalam Mengerjakan Sembahyang (Salat).
[17:111] Dan umumkanlah: "Segala kepujian hanya untuk Allah, yang tidak pernah mempunyai anak, dan tidak juga Dia mempunyai pasangan didalam kerajaanNya, dan tidak juga dia memerlukan sebarang pihak berikatan kerana kelemahan," dan sentiasa membesar besarkanNya.