Al-Quran 17:69 — Keturunan Israil (Bani Israil)
Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan pulangkan kamu kembali ketengah laut bagi kedua kalinya, dan menghantarkan ribut untuk menenggelamkan kamu kerana keingkaran kamu? Apabila ini terjadi, kamu tidak akan diberikan peluang sekali lagi.
[17:68] Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan menyebabkan daratan, ditepi pantai, tidak dapat menelan kamu? Ataupun, yang Dia tidak akan menghantarkan ribut taufan kepada kamu, yang kamu tidak mendapatkan perlindungan?
[17:70] Kami telah memuliakan keturunan Adam, dan mengadakan untuk mereka penunggangan didaratan dan lautan. Kami mengadakan untuk mereka peruntukkan peruntukkan yang baik, dan kami berikan mereka kesempatan yang lebih luas dari kebanyakan makhluk kami.