Al-Quran 17:70 — Keturunan Israil (Bani Israil)
Kami telah memuliakan keturunan Adam, dan mengadakan untuk mereka penunggangan didaratan dan lautan. Kami mengadakan untuk mereka peruntukkan peruntukkan yang baik, dan kami berikan mereka kesempatan yang lebih luas dari kebanyakan makhluk kami.
[17:69] Adakah kamu dapat menjamin yang Dia tidak akan pulangkan kamu kembali ketengah laut bagi kedua kalinya, dan menghantarkan ribut untuk menenggelamkan kamu kerana keingkaran kamu? Apabila ini terjadi, kamu tidak akan diberikan peluang sekali lagi.
[17:71] Harinya akan tiba apabila kami kumpulkan tiap tiap orang, bersama sama rekod mereka. Bagi orang orang yang mendapatkan rekod kebenaran, mereka akan membaca rekod mereka dan tidak akan sedikitpun mengalami ketidak adilan.