Al-Quran 17:45 — Keturunan Israil (Bani Israil)
Apabila kamu membaca Quran, kami letakkan diantara kamu dan orang orang yang ingkar dengan Hari Akhirat itu penghalang yang tidak dapat dilihat. Quran: Hanyalah Satu Sumber.
[17:44] MemujiNya adalah tujuh alam semesta, bumi dan segala sesuatu didalamnya. Tidak ada suatu apa pun yang tidak memujiNya, tetapi kamu tidak faham dengan cara pemujian mereka. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun.
[17:46] Kami letakkan perisai perisai dikeliling minda minda mereka, untuk menghalang mereka dari memahaminya, dan ketulian didalam telinga telinga mereka. Maka apabila kamu mengajar tentang Tuhan kamu, dengan menggunakan hanya Quran sahaja, mereka cabut lari dengan kebencian.