Al-Quran 17:24 — Keturunan Israil (Bani Israil)
Dan hormati mereka dengan bersifat merendahkan diri, serta kebaikan hati, dan katakanlah, "Tuhanku, belas kasihanlah kepada mereka, kerana mereka telah membesarkanku semasa aku masih bayi lagi."
[17:23] Tuhan kamu telah mendekrikan supaya jangan kamu menyembah melainkan Dia, dan ibu bapa ibu bapa kamu mestilah dimuliakan. Biarpun seorang ataupun keduanya masih hidup, jangan sekali kamu mengatakan kepada mereka, "Uff" (walaupun sekecil tanda kejengkelan), tidak juga mesti kamu menengking mereka; kamu mestilah melayani mereka dengan seksama.
[17:25] Tuhan kamu amat sedar apa yang tersemat jauh didalam fikiran kamu. Jika kamu mengamalkan kebenaran, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun kepada orang orang yang bertaubat.