Surah 16: Lebah (Al-Nahl)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[16:1] Perintah Allah telah diisukan (dan semuanya telah dituliskan), jadi janganlah terburu buru dengannya. Segala kepujian bagiNya; yang Maha Tinggi, jauh lebih tinggi dari sebarang pujaan pujaan yang mereka ada adakan.
[16:2] Dia menurunkan para malaikat dengan revelasi revelasi, yang mengandungi perintah perintahNya, kepada sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya: "Kamu mestilah mengajarkan, tidak ada tuhan disamping Aku; kamu mestilah menghormatiKu."
[16:3] Dialah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi dengan tujuan yang tertentu. Sesungguhnya Dia terlalu Tinggi, jauh lebih tinggi dari sebarang pujaan pujaan yang mereka ada adakan.
[16:4] Dialah yang menciptakan manusia dari titisan yang halus, dan dia bertukar menjadi penentang yang zalim.
[16:5] Dan Dia menciptakan binatang ternakan untuk kamu, memberikan kehangatan, dan banyak lagi manfaat yang lainnya, dan juga makanan.
[16:6] Mereka juga memberikan segala kesenangan diwaktu lapang kamu, dan juga ketika didalam perjalanan kamu.
Rahmat Allah.
[16:7] Dan mereka memikul beban beban kamu didaratan yang mana kamu tidak akan mungkin dapat sampai melainkan dengan penuh kesukaran. Tentu sekali, Tuhan kamu itulah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.
[16:8] Dan (Dia menciptakan) kuda kuda, baghal baghal dan juga keldai keldai untuk tunggangan, bagi kemudahan kamu. Tambahan pula, Dia mencipta apa apa saja yang tidak kamu ketahui.
[16:9] Allah menunjukki semua jalan jalan, termasuk yang salah. Jika Dia menghendaki, Dia boleh membimbingi kamu semua.
[16:10] Dialah yang menurunkan air dari langit untuk minuman kamu, dan menumbuhkan pokok pokok untuk memanfaatkan kamu.
[16:11] Dengannya, Dia yang menumbuhkan tanam tanaman untuk kamu, pokok Pokok zaitun, pokok pokok kurma anggur dan segala macam jenis buah buahan. Ini adalah bukti yang (cukup) bagi orang orang yang mahu berfikir.
[16:12] Dan Dia komitkan, berbagai servis untuk kamu, malam dan siang hari, begitu juga dengan matahari dan bulan. Dan juga bintang bintang dikomitkan melalui perintahNya. Ini adalah bukti bukti yang (cukup) bagi manusia yang faham.
[16:13] Dan (Dia menciptakan) untuk kamu dibumi benda benda yang beranika warna. Ini adalah bukti bukti yang (cukup) bagi orang orang yang dapat merenungkan.
[16:14] Dan Dia komitkan lautan supaya menjalankan servisnya untuk kamu; kamu makan daripadanya daging yang lembut, dan mengeluarkan barang kemas yang kamu pakai. Dan kamu lihat kapal kapal yang belayar diatasnya untuk dagangan yang boleh memanfaatkan kamu sementara kamu mencari segala pemberianNya, supaya kamu dapat bersyukur.
[16:15] Dan Dia meletakkan penstabil penstabil (gunung gunung) dibumi, supaya tidak runtuh bersama sama kamu, juga sungai sungai dan jalan jalan raya, supaya kamu mendapat bimbingan.
[16:16] Dan tanda tanda bagi tempat tempat, juga bintang bintang; digunakan untuk panduan arah.
[16:17] Adakah Dia Yang mencipta sama dengan yang tidak mencipta? Dapatkah sekarang ini kamu merenungkan?
[16:18] Jika kamu mengira rahmat rahmat Allah, kamu tentu sekali tidak mungkin dapat merangkumi kesemuanya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[16:19] Dan Allah tahu apa apa yang kamu sembunyikan dan apa saja yang kamu umumkan.
Para Nabi Dan Para Wali Yang Telah Mati.
[16:20] Bagi pujaan pujaan yang mereka ada adakan disamping Allah itu, mereka tidak menciptakan suatu apa pun; sebaliknya mereka sendiri telah diciptakan.
[16:21] Mereka sudah mati, bukannya hidup, mereka tidak ada idea bagaimana dan bilakah mereka akan dibangkitkan.
[16:22] Tuhan kamu adalah tuhan yang Esa. Bagi orang orang yang mengingkari Akhirat, hati hati mereka menafikan, dan mereka itulah orang orang yang sombong.
[16:23] Tentu sekali, Allah tahu segala apa yang mereka sembunyikan dan segala gala yang diumumkan. Dia tidak mencintai mereka yang sombong.
[16:24] Apabila mereka ditanya, "Apakah yang kamu fikirkan tentang revelasi revelasi dari Allah ini," Mereka berkata, "Cerita cerita masa lampau."
[16:25] Mereka akan dipertanggung jawabkan kerana dosa dosa mereka diHari Pembangkitan kelak, kesemuanya mereka, ditambahkan dengan dosa dosa orang orang yang mereka telah kelirukan oleh kerana kejahilan mereka. Itulah beban yang dahsyat.
[16:26] Yang lainnya seperti mereka telah merancang dahulu lagi, dan akibatnya, Allah musnahkan bangunan dekat dengan asas penubuhan mereka, menyebabkan bumbung jatuh diatas mereka. Bencana menimpa mereka semasa mereka tidak menjangkakannya.
[16:27] Kemudian, pada Hari Kebangkitan kelak, Dia akan memalukan mereka dan bertanya, "Manakah sekutu sekutu yang kamu telah ada adakan disampingKu, dan telah menentangKu semata mata kerana mereka?" Orang orang yang dirahmati dengan ilmu pengetahuan akan berkata, "Hari ini, keaiban dan penderitaan telah dikenakan keatas orang orang yang ingkar."
Kematian Bagi Orang Orang Yang Inkar.
[16:28] Para malaikat mematikan mereka dalam keadaan menyalahkan roh roh mereka. Maka barulah mereka akhirnya menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya, dan berkata, "Kami tidak melakukan apa apa kesalahan!" Ya! sebenarnya, Allah amat sedar akan apa apa yang telah kamu lakukan.
[16:29] Dari itu, masuklah kepintu pintu Neraka, dimana kamu tinggal kekal selama lamanya. Betapa dahsyatnya destini orang orang yang sombong.
Orang Orang Yang Percaya Sebenarnya Tidak Mati.
[16:30] Bagi orang orang yang benar, apabila ditanya, "Apakah yang kamu fikirkan tentang revelasi revelasi dari Tuhan kamu ini," mereka berkata, "Baik." Bagi orang orang yang menjalani kehidupan yang benar, kebahagiaan, dan tempat tinggal diAkhirat lebih baik lagi. Betapa bahagianya tempat tinggal bagi orang orang yang benar.
[16:31] Taman taman 'Adnin telah dikhaskan untuk mereka, dimana air sungai sungainya mengalir. Mereka mendapat segala apa yang mereka inginkan didalamnya. Demikian itu Allah memberi ganjaran kepada orang orang yang benar.
Mereka Terus Ke-Syurga.
[16:32] Para malaikat mematikan mereka dalam keadaan kelakuan yang baik, dengan berkata, "Sejahtera bagi kamu. Masuklah Syurga (sekarang) sebagai anugerah diatas kerja kerja kamu."
Orang Orang Yang Ingkar.
[16:33] Adakah mereka sedang menunggukan para malaikat datang kepada mereka, ataupun sehingga ketentuan dari Tuhan turun? Orang orang sebelum mereka telah berbuat demikian. Bukannya Allah yang menyesatkan mereka; sesungguhnya merekalah orang orangnya yang telah menzalimi roh roh mereka.
[16:34] Mereka telah disiksa akibat kerja kerja jahat yang mereka lakukan, segala perilaku yang menyakitkan itu akan kembali menghantui mereka.
Alasan Yang Masyhur.
[16:35] Penyekutu penyekutu (Allah) berkata, "Dengan izin Allah, kami tidak akan menyembah pujaan pujaan disamping Dia, begitu juga dengan ibu bapa ibu bapa kami. Tidak juga akan kami mengharamkan apa apa saja dari rezeki rekeziNya." Orang orang sebelum mereka telah melakukan sedemikian. Bolehkah para rasul berbuat apa apa selain dari menyampaikan mesej yang sempurna?
[16:36] Kami telah menghantarkan rasul bagi setiap komuniti, dengan berkata, "Kamu mestilah sembah Allah, dan jauhkanlah penyekutuan."Kemudiannya itu, ada yang dibimbing oleh Allah, sementara yang lainnya dikomitkan kepada kesesatan. Jelajahilah dibumi dan lihatlah akibatnya bagi orang orang yang ingkar.
[16:37] Biarpun sekuat mana kamu cuba membimbing mereka, Allah tidak akan membimbing orang orang yang telah dikomitkan kepada kesesatan. Lantaran itu, tiada sesiapapun dapat menolong mereka.
Jauh Di-Dalam Minda Minda Mereka.
[16:38] Mereka bersumpah dengan seriusnya kepada Allah: "Allah tidak akan membangkitkan yang mati." Tentu sekali, demikianlah perjanjianNya yang tidak boleh dielakkan, tetapi kebanyakan dari manusia tidak mengetahuinya.
[16:39] Dia akan tunjukkan kepada semua orang segala apa apa yang telah dipertikaikan, dan akan diberitahukan kepada orang orang yang ingkar itu yang mereka itu pembohong.
Membangunkan Yang Mati.
[16:40] Untuk membuatkan semuanya, kami hanya berkata kepadanya, "Jadi" dan itu saja.
[16:41] Orang orang yang berhijrah demi untuk Allah, oleh kerana mereka telah dizalimi, tentu sekali akan kami gantikan dengan penuh kemurahan didunia ini, dan ganjaran bagi Akhirat lebih besar lagi, jika hanya mereka ketahui.
[16:42] Ini kerana mereka itu sabar dan tabah hati, dan kepada Tuhan mereka sajalah mereka meletakkan kepercayaan.
[16:43] Kami tidak menghantar sebelum kamu melainkan lelaki yang kami meinspirasikan. Tanyalah kepada orang orang yang tahu berkenaan kitab, jika kamu tidak mengetahuinya.
[16:44] Kami berikan bukti bukti dan kitab kitab untuk mereka. Dan kami turunkan mesej ini, untuk diumumkan kepada manusia apa apa yang telah diturunkan kepada mereka, semoga mereka dapat memikirkan.
[16:45] Adakah orang orang yang merancang dengan perancangan yang jahat itu menjamin bahwa Allah tidak akan menyebabkan bumi menelan mereka, ataupun bencana tidak akan datang kepada mereka sedangkan mereka tidak menjangkakannya?
[16:46] Ianya mungkin menyerang mereka sedang mereka tidur; mereka tidak akan dapat melarikan diri.
[16:47] Ataupun ianya mungkin akan menyerang mereka sedang mereka menanti dengan penuh kebimbangan. Sesungguhnya, Tuhan kamu itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[16:48] Tidakkah mereka melihat segala sesuatu yang telah diciptakan oleh Allah? Bayang bayang mereka mengililingi mereka kanan dan kiri, dengan penuh penyerahan kepada Allah, dan dengan penuh keredhaan.
[16:49] Kepada Allah sujud sekelian dicekrawala dan dibumi - setiap tiap makhluk - dan begitu juga dengan para malaikat; dengan tidak sedikitpun merasa sombong.
[16:50] Mereka memuliakan Tuhan mereka, jauh keatas lebih tinggi dari mereka, dan mereka tunduk melakukan apa yang diperintahkan supaya melakukan.
[16:51] Allah telah berfirman: "Janganlah menyembah dua tuhan; hanya ada satu tuhan sahaja. Kamu mesti memuliakan Aku sahaja."
[16:52] KepunyaanNya segala yang berada disekelian cekrawala dan bumi dari itu, agama sepatutnya hanya mengabdikan diri dengan sepenuh pengabdian kepadaNya sahaja. Mestikah kamu menyembah yang lain dari Allah?
[16:53] Semua rahmat yang kamu nikmati itu datangnya dari Allah. Sebaliknya, apabila saja kamu mendapat sebarang kesukaran dengan serta merta kamu bersungut kepadaNya.
[16:54] Kini, sesudah Dia meringankan penderitaan kamu, ada yang berbalik kepada menyekutukan (Allah).
[16:55] Biarkanlah mereka mengingkarkan apa yang telah kami berikan kepada mereka. Teruskan dan bergembiralah dengn sementara waktu; pasti kamu akan ketahuinya.
[16:56] Mereka menentukan untuk pujaan pujaan yang diada adakan itu oleh kerana kejahilan mereka, dengan membahagikan peruntukkan peruntukkan yang kami kurniakan untuk mereka. Demi Allah, kamu akan dipertanggung jawabkan terhadap innovasi innovasi kamu.
Kecondongan Dan Ketaksuban Terhadap Anak Anak Perempuan.
[16:57] Bahkan mereka memperuntukkan anak anak perempuan kepada Allah, segala kepujian bagiNya, sementara memilih untuk mereka sendiri apa yang mereka sukai.
[16:58] Apabila salah seorang dari mereka mendapat bayi perempuan, wajahnya menjadi gelap kerana terlalu sangat sedih.
[16:59] Merasa malu, dia bersembunyi dari masyarakat, kerana berita berita buruk yang telah disampaikan kepadanya. Sambil memikirkan; mestikah dia menyimpan bayi itu dengan berat hati, ataupun menanam bayi itu didalam habuk. Dahsyat sungguh pengadilan mereka.
[16:60] Orang orang yang ingkar kepada Akhirat itu menunjukkan contoh yang buruk, sementara Allah mempunyai contoh yang amat mengkagumkan. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Dosa Dosa Asal.
[16:61] Jika Allah menghukum sekelian manusia kerana keterlaluan mereka, sudah tentu Dia akan hapuskan setiap makhluk dibumi ini. Tetapi Dia menangguhkan mereka kesuatu masa yang telah ditetapkan waktunya. Setelah masa penungguannya selesai, mereka tidak akan dapat diundurkan walau sejam, dan tidak juga boleh dimajukan.
[16:62] Mereka menyifatkan kepada Allah apa yang mereka sendiri tidak sukakan untuk diri mereka, dan mengatakan pembohongan dengan lidah lidah mereka bahwa mereka itu orang orang yang benar! Dengan tidak diragukan lagi, mereka telah mendapatkan Neraka, kerana kedurhakaan mereka.
[16:63] Demi Allah, kami telah menghantar (para rasul) kepada komuniti komuniti sebelum kamu, tetapi syaitan telah menghiaskan baik kerja kerja mereka dimata mata mereka. Akibatnya, dia sekarang adalah tuhan mereka, dan mereka telah mendapat hukuman yang menyakitkan.
[16:64] Kami telah turunkan kitab ini kepadamu, untuk menunjukkan kepada mereka apa yang telah mereka pertikaikan, dan memberi petunjuk dan belas kasih kepada orang orang yang percaya.
Bukti Bukti Tambahan Dari Allah.
[16:65] Allah turunkan air dari langit untuk menghidupkan tanah setelah ianya mati. Ini patut menjadi bukti bukti yang (cukup) bagi orang orang yang mendengarkan.
[16:66] Dan didalam binatang ternakan itu ada pengajaran untuk kamu; kami memberikan kamu minuman dari dalam perut perut mereka. Ditengah tengah penghadaman makanan dan darah, kamu mendapat susu yang asli, enak untuk peminum peminumnya.
[16:67] Dan dari buah buahan pokok kurma dan anggur kamu menghasilkan minuman yang memabukkan, dan juga peruntukkan peruntukkan yang baik baik. Ini sepatutnya menjadi (cukup) bukti bagi orang orang yang faham.
Lebah.
[16:68] Dan Tuhan kamu meinspirasikan lebah: bina rumah rumah didalam gunung gunung dan pokok pokok, didalam (rumah sarang ) yang mereka membinanya untuk kamu.
[16:69] Maka makanlah dari semua buah buahan, yang direka oleh Tuhan kamu, dengan cukup tepat. Dari perut perut mereka keluar minuman yang beranika warna, dimana terdapat penyembuhan untuk manusia. Ini sepatutnya menjadi (cukup) bukti bagi orang orang yang dapat merenungkan.
[16:70] Allah menciptakan kamu, dan Dia tamatkan kehidupan kamu. Dia biarkan sebahagian dari kamu hidup sampai keumur yang lanjut, hanya untuk mendapat tahu ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu adalah terbatas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Allah Tidak Ada Pasangan Pasangan.
[16:71] Allah telah memberikan sebahagian dari kamu melebihi yang lainnya. Orang orang yang telah diberikan kelebihan tidak pernah memberi harta harta mereka kepada orang orang bawahan mereka sehingga sanggup menjadikan semuanya itu sekutu sekutu. Dapatkah mereka melepaskan rahmat rahmat Allah ini?
[16:72] Dan Allah menjadikan pasangan pasangan untuk kamu dari kalangan kamu sendiri, dan dari pasangan pasangan ini kamu mendapat anak anak dan cucu cucu, dan juga memberikan kamu peruntukkan peruntukkan yang baik baik. Mestikah mereka mempercayai kepalsuan, dan berpaling dari mensyukuri rahmat Allah?
Menyembah Pujaan Pujaan: Tidaklah Begitu Pintar.
[16:73] Namun, mereka menyembah disamping Allah yang tidak mempunyai peruntukkan peruntukkan bagi mereka disekelian cekrawala, dan tidak juga dibumi, dan yang tidak juga dapat mengadakan sesuatu apa pun untuk mereka.
[16:74] Dari itu, janganlah memberikan contoh contoh bagi Allah; Allah tahu sementara kamu tidak mengetahuinya.
Orang Orang PercayaYang Kaya Lebih Baik Dari Orang Orang Percaya Yang Miskin.
[16:75] Allah memberikan contoh bagi seorang hamba yang dipunyai, dan tidak ada kuasa langsung, dibandingkan dengan seseorang yang kami rahmati dengan peruntukkan peruntukkan yang baik baik, dimana dia memberi derma dengan merahsiakan dan mengumumkan. Adakah mereka itu sama? Segala kepujian bagi Allah, kebanyakan dari mereka tidak ketahui.
[16:76] Dan Allah memberi contoh bagi dua lelaki: seorang yang bisu, kurang berupaya untuk melakukan sesuatu, bergantung sepenuhnya kepada tuannya - dimana saja laluan diarahkan, dia tidak dapat menunjukkan suatu kebaikan pun. Adakah dia itu sama dengan seorang yang dapat melaksanakan peraturan dengan adil, dan dibimbing kejalan yang benar?
Kehidupan Disini Terlalu Singkat.
[16:77] Kepunyaan Allah masa depan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Bagaimanapun dengan pengetahuanNya, berakhirnya dunia ini (Waktunya) hanya sekelip mata jaraknya, ataupun lebih dekat dari itu. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa.
[16:78] Allah yang keluarkan kamu dari perut perut ibu ibu kamu dengan tidak tahu satu apa pun, dan Dia telah memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan akal, supaya dapat kamu mensyukurinya.
[16:79] Tidakkah mereka lihat burung burung yang dikomitkan dengan berterbangan diatmosfera langit? Tiada siapa yang memegangkan penerbangan mereka melainkan Allah. Ini mestilah menjadi bukti bukti yang (cukup) bagi orang orang yang percaya.
[16:80] Dan Allah mengadakan rumah rumah tetap untuk kamu dimana kamu dapat tinggal. Dan Dia juga mengadakan rumah rumah yang mudah dialihkan untuk kamu yang dibuat dari kulit binatang ternakan, supaya kamu dapat menggunakannya bila didalam perjalanan, dan juga apabila kamu berehat. Dari bulu biri biri, bulu binatang, dan rambut, kamu membuat perhiasan dan kemewahan untuk sementara waktu.
[16:81] Dan Allah mengadakan tempat teduh melalui benda benda yang Dia cipta, dan mengadakan untuk kamu tempat teduh digunung gunung, dan mengadakan pakaian pakaian yang melindungi kamu dari panas juga pakaian pakaian yang melindungi kamu apabila kamu berperang. Dia telah sempurnakan rahmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah (kepada Allah).
[16:82] Jika masih juga mereka berpaling, maka tugas utama kamu ialah menyampaikan (mesej) yang terang.
Orang Orang Ingkar Yang Tidak tahu Bersyukur.
[16:83] Mereka kenal dengan sepenuhnya akan rahmat rahmat Allah, dan menafikannya; kebanyakan dari mereka itu orang orang yang ingkar.
Di-Hari Kebangkitan.
[16:84] Harinya akan tiba apabila kami bangunkan dari tiap tiap komuniti seorang saksi, dan orang orang yang ingkar itu tidak akan diizinkan (untuk bercakap), dan tidak juga dapat berdalih.
[16:85] Sebaik saja orang orang yang melampaui batas itu melihat siksaan, maka itu sudah terlambat; tidak dapat diringankan untuk mereka, dan tidak juga dapat ditangguhkan.
Pujaan Pujaan Menafikan Pemuja Pemuja Mereka.
[16:86] Dan apabila orang orang yang komit penyekutuan (terhadap Allah) melihat pujaan pujaan, mereka, mereka akan berkata, "Tuhan kami, inilah pujaan pujaan yang kami ada adakan disampingMu."Pujaan pujaan itu akan berhadapan dengan mereka dan berkata, "Kamu semua adalah pembohong."
[16:87] Mereka akan menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada Allah pada hari itu, dan pujaan pujaan yang mereka reka rekakan itu akan meninggalkan mereka.
[16:88] Orang orang yang ingkar dan berpaling dari jalan Allah, kami tambahkan hukuman mereka dengan tambahan azab yang berlebihan, kerana keterlaluan mereka.
[16:89] Harinya akan tiba apabila kami akan bangkitkan dari setiap komuniti seorang saksi dari kalangan mereka, dan menjadikan kamu sebagai saksi bagi orang orang ini. Kami telah turunkan buku ini untuk memberikan penerangan bagi segala galanya, dan petunjuk juga belas kasih dan berita berita baik untuk orang orang yang menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuh penuh penyerahan (kepada Allah).
[16:90] Allah menganjurkan keadilan, dermaan, dan hubungan kekeluargaan. Dan Dia melarang kejahatan, maksiat dan keterlampauan batas. Dia telah memberikan kesedaran kepada kamu, supaya kamu dapat merenungkan.
Kamu Mesti Memenuhi Janji Janji Kamu
[16:91] Kamu mestilah memenuhi perjanjian kamu dengan Allah apabila kamu membuat perjanjian. Jangan sekali kamu mencemari sumpah sumpah setelah kamu bersumpah (dengan Allah) untuk menunaikannya, kerana kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kamu. Sesungguhnya Allah amat ketahui apa apa yang kamu lakukan.
[16:92] Janganlah jadi seperti pengait yang menguraikan kaitannya yang kuat lalu dilonggokkan seperti benang yang tipis. Ini adalah contoh jika kamu cuba menyalah gunakan sumpah sumpah kamu untuk mengambil kesempatan terhadap yang lain. Sama ada satu kumpulan itu lebih besar dari yang lainnya, Allah telah mencuba kamu. Dia tentu sekali akan tunjukkan kamu diHari Kebangkitan kelak berkenaan apa apa yang kamu telah pertikaikan.
[16:93] Dengan kehendak Allah; Dia boleh jadikan kamu semua satu perhimpunan. Tetapi Dia yang menyesatkan sesiapa saja yang memilih kepada kesesatan, dan Dia membimbing sesiapa saja yang menginginkan untuk mendapat bimbingan. Tentu sekali kamu akan ditanya berkenaan segala sesuatu yang telah kamu lakukan.
Mencabuli Sumpah Kamu: Kesalahan Yang Serius.
[16:94] Janganlah menyalah gunakan sumpah sumpah sesama kamu, supaya tidak kamu memungkirkan setelah mendapat pertapakkan yang kuat, lantas kamu mendapat kesusahan. Demikian itulah akibatnya kerana berpaling dari jalan Allah (dengan memberi contoh yang buruk); kamu menerima hukuman yang dahsyat.
[16:95] Janganlah menjualkan sumpah sumpah kamu kepada Allah dengan mudah. Apa yang Allah punyai lebih baik lagi untuk kamu, hanya jika kamu ketahui.
[16:96] Apa yang kamu punyai akan kehabisan, tetapi apa yang dimiliki oleh Allah itu sentiasa berkekalan. Tentu sekali akan kami anugerahkan orang orang yang tabah hati dan sabar; kami akan berikan mereka ganjaran keatas kerja kerja baik mereka.
Jaminan Kebahgiaan Sekarang Dan Untuk Selama Lamanya.
[16:97] Sesiapa yang membuat kerja kerja yang benar baik lelaki ataupun perempuan, sementara percaya, tentu sekali akan kami berikan mereka kehidupan yang bahagia didunia ini, dan tentu sekali akan kami berikan mereka ganjaran yang sepenuhnya (pada Hari Pengadilan) diatas amalan benar yang mereka kerjakan.
Perintah Yang Mustahak
[16:98] Apabila kamu membaca Quran, kamu mestilah meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang ingkar.
[16:99] Dia tidak mempunyai kuasa keatas orang orang percaya yang meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan mereka.
[16:100] Kekuasaan dia hanyalah terhad kepada orang orang yang memilih dia sebagai tuan mereka; iaitu orang orang yang memilih dia sebagai tuhan mereka.
[16:101] Apabila kami gantikan sesuatu revelasi ditempat revelasi yang lainnya, dan Allah amat sedar akan apa apa yang Dia turunkan, mereka berkata, "Kau yang membuatnya!" Sesungguhnya, kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
[16:102] Katakanlah, "Roh yang Suci telah membawanya turun dari Tuhan kamu, dengan kebenaran, untuk menyakinkan orang orang yang percaya, dan petunjuk juga berita berita baik bagi orang orang yang menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuh penuh penyerahan (kepada Allah).
Quran Tidak Di-Tiru Dari Kitab Injil.
[16:103] Kami amat sedar dengan apa yang mereka katakan, "Seorang manusia mengajarnya!" Dari sumber pertuturan yang dibayangkan bukanlah bahasa Arab, dan ini adalah bahasa Arab yang cukup sempurna.
[16:104] Tentu sekali, orang orang yang ingkarkan revelasi revelasi Allah, Allah tidak akan membimbing mereka. Mereka akan menerima hukuman yang dahsyat sekali.
[16:105] Orang orang yang telah mereka rekakan doktrin palsu itulah yang tidak percayakan revelasi revelasi Allah; merekalah pembohong pembohong yang sebenar.
Ucapan Di-Bibir Sahaja Tidak akan Diambil Kira.
[16:106] Orang orang yang ingkar kepada Allah, selepas memperolehi iman, dan rasa penuh selesa dengan keingkaran, telah mendapat kemurkaan dari Allah. Hanya mereka yang diberikan pengampunan ialah mereka mereka itu dipaksa menyetujui untuk mengingkarkan, sementara hati hati mereka penuh dengan keimanan.
Terlalu Sibuk Dengan Kehidupan Dunia Menyebabkan Terpisahnya Dari Allah.
[16:107] Ini kerana mereka telah memberikan keutamaan kepada kehidupan disini dari Akhirat, dan Allah tidak akan membimbing orang orang ingkar yang sedemikian.
[16:108] Itulah orang orang yang Allah telah kuncikan hati hati mereka, pendengaran dan penglihatan mereka. Akibatnya mereka tetap tidak sedar.
[16:109] Dengan tidak diragukan lagi, mereka akan menjadi orang orang yang rugi diAkhirat kelak.
[16:110] Bagi orang orang yang berhijrah kerana ditindas, dan masih juga berterusan berjuang dengan penuh tabah hati dan sabar, Tuhan kamu, oleh kerana semuanya ini, sesungguhnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[16:111] Harinya akan tiba apabila setiap roh akan bertugas sebagai pembela untuk dirinya, dan setiap roh akan dibayar sepenuhnya diatas apa yang telah dilakukan, dengan tidak sedikitpun dianiayai.
Mengharamkan Makanan Yang Dihalalkan Membawa Kepada Kehilangan Hak.
[16:112] Allah memberi contoh bagi sebuah komuniti yang pernah berada dalam keadaan stabil dan mewah, dengan peruntukkan peruntukkan yang mendatanginya dari setiap penjuru. Tetapi kemudian, ianya menjadi tidak bersyukur dengan rahmat rahmat Allah. Akibatnya, Allah jadikan mereka itu merasai kesukaran kesukaran dengan kelaparan dan juga tidak aman. Demikian itulah balasan bagi apa yang mereka telah lakukan.
[16:113] Seorang rasul diantara mereka telah datang kepada mereka, tetapi mereka mengingkarinya. Akibatnya, bencana menyerang mereka kerana keterlampauan batasan mereka.
[16:114] Dari itu, kamu mesti makan dari rezeki rezeki Allah semuanya yang halal lagi baik, dan bersyukurlah atas rahmat rahmat Allah, jika sebenarnya kamu menyembahNya sahaja.
Hanya Empat Macam Makanan Di-Larang.
[16:115] Dia hanya mengharamkan bagi kamu binatang yang sudah mati, darah, daging babi, dan makanan yang didedikasikan selain Allah. Jika seseorang terpaksa (memakan ini) tanpa disengajakan ataupun dengan tidak berniat dengki, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[16:116] Kamu semestinya jangan berkata bohong dengan lidah lidah kamu dengan menyatakan: "Ini adalah halal, dan yang ini tidak halal," mengada adakan pembohongan dan diatributkan kepada Allah. Tentu sekali, orang orang yang membuat pembohongan dan mengatributkannya kepada Allah tidak akan berjaya.
[16:117] Mereka bergembira seketika, kemudian menderita hukuman yang menyakitkan.
[16:118] Bagi orang orang Yahudi, kami haramkan apa yang telah kami nyatakan kepada kamu dahulunya. Bukanlah kami yang menzalimi mereka; merekalah yang telah menzalimi roh roh mereka sendiri.
[16:119] Namun begitu, bagi orang orang yang membuat dosa kerana kejahilan dan bertaubat sesudah itu dan membaiki diri, Tuhan kamu, selepas semuanya ini berlaku, adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ibrahim.
[16:120] Ibrahim sesungguhnya contoh tauladan yang mulia sebagai pelopor dalam penyerahannya kepada Allah, monoteis yang tidak pernah menyekutukan (Allah).
[16:121] Oleh kerana dia amat mensyukuri rahmat rahmat dari Allah, Dia telah memilihnya dan membimbing dia kejalan yang lurus.
[16:122] Kami memberikannya kebahagiaan dikehidupan ini, dan diAkhirat kelak dia akan bersama sama dengan orang orang yang benar.
Muhammad: Pengikut Ibrahim.
[16:123] Kemudian kami meinspirasikan kau (Muhammad) supaya mengikuti agama Ibrahim, monoteis; dia tidak pernah menyekutukan (Allah).
Pembatalan Sabat.
[16:124] Hari Sabat telah didekrikan hanya kerana orang orang mempertikaikannya (Yahudi dan Nasrani). Tuhan kamu itu yang Esa yang akan mengadili mereka diHari Kebangkitan kelak berkenaan pertikaian mereka.
Bagaimana Untuk Menyebarkan Mesej Allah.
[16:125] Kamu mestilah menjemput kejalan Tuhan kamu dengan kebijaksanaan dan sebaik baik kesedaran, dan berdebatlah dengan budi pekerti yang paling baik. Tuhan kamu amat mengetahui siapa yang telah sesat dari jalanNya, dan Dia amat ketahui siapa yang mendapat bimbingan.
[16:126] Dan jika kamu menghukum, kamu mestilah menjalankan hukuman yang seksama. Tetapi jika kamu mangamalkan kesabaran (dari mendendam), itu adalah baik bagi orang orang yang sabar.
[16:127] Kamu mestilah mengamalkan kesabaran - dan kesabaran kamu itu hanya diperolehi dengan pertolongan Allah. Janganlah bersedih terhadap mereka, dan janganlah terganggu dengan perancangan perancangan mereka.
[16:128] Allah ada bersama sama dengan orang orang yang mengamalkan kehidupan yang benar, dan orang orang yang menderma.