Al-Quran 16:112 — Lebah (Al-Nahl)
Allah memberi contoh bagi sebuah komuniti yang pernah berada dalam keadaan stabil dan mewah, dengan peruntukkan peruntukkan yang mendatanginya dari setiap penjuru. Tetapi kemudian, ianya menjadi tidak bersyukur dengan rahmat rahmat Allah. Akibatnya, Allah jadikan mereka itu merasai kesukaran kesukaran dengan kelaparan dan juga tidak aman. Demikian itulah balasan bagi apa yang mereka telah lakukan.
[16:111] Harinya akan tiba apabila setiap roh akan bertugas sebagai pembela untuk dirinya, dan setiap roh akan dibayar sepenuhnya diatas apa yang telah dilakukan, dengan tidak sedikitpun dianiayai.
[16:113] Seorang rasul diantara mereka telah datang kepada mereka, tetapi mereka mengingkarinya. Akibatnya, bencana menyerang mereka kerana keterlampauan batasan mereka.