Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 15: Lembah (Al-Hijr)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[15:1] A . L . R. (Alif. Lam. Raa - Huruf huruf) ini adalah bukti bukti bagi kitab ini; Quran yang nyata.

[15:2] Tentu sekali, orang orang yang ingkar itu akan berkeinginan yang mereka adalah orang orang yang menyerahkan diri.

[15:3] Biarkanlah mereka makan, bersuka ria dan tetap dikhayalkan dengan angan angan; mereka akan ketahui.

[15:4] Kami tidak pernah menghapuskan sebarang komuniti, melainkan mengikuti suatu ketetapan, pada masa yang telah ditetapkan.

[15:5] Masa penamat bagi tiap tiap komuniti tidak akan dapat dimajukan, dan tidak juga dilambatkan.

[15:6] Mereka berkata, "Wahai engkau yang menerima peringatan ini, kau ini gila.

[15:7] "Kenapa tidak kau membawa turun para malaikat, kalau sekiranya kau itu yang benar?"

[15:8] Kami tidak akan menurunkan para malaikat melainkan untuk tugas tugas yang tertentu. Jika tidak, tentu tidak ada sesiapapun yang akan dapat penangguhan.

Rasul Allah Yang Di-Janjikan.

[15:9] Tentu sekali, kami telah menurunkan sesuatu peringatan, dan, tentu sekali kami akan memeliharanya.

[15:10] Kami telah hantarkan (para rasul) sebelum engkau kepada komuniti komuniti yang dahulu.

[15:11] Setiap kali rasul datang kepada mereka, mereka mencemuh.

[15:12] Lantas kami menguasai minda minda orang orang yang bersalah.

[15:13] Akibatnya, mereka tidak akan mempercayai dia. Ini telah menjadi sesuatu sistem sejak generasi generasi dahulu lagi.

[15:14] Walaupun kami membukakan untuk mereka sebuah pintu naik kelangit, dimana mereka akan dapat memanjat;

[15:15] mereka akan berkata, "Mata mata kami telah diperdayakan. Kami telah disihir."

[15:16] Kami tempatkan bimasakti dilangit, dan perhiasan bagi orang orang yang dapat memandang.

[15:17] Dan kami menjaganya dari setiap syaitan yang disingkirkan.

[15:18] jika ada diantara mereka cuba mencuri curi masuk untuk mendengar, ada pelancar yang amat hebat akan mengejarnya keluar.

[15:19] Bagi bumi pula, kami membinanya, dan letakkan penstabil penstabil (gunung gunung), dan kami tumbuhkan diatasnya keseimbangan yang sempurna bagi segala galanya.

[15:20] kami jadikan kebiasaan untuk kamu, dan untuk makhluk makhluk yang kamu tidak perlu mengadakan untuknya.

[15:21] Tidak ada suatu apapun yang tidak kami kuasainya dengan jumlah yang tidak terbatas. Tetapi kami yang menurunkannya dengan ukuran yang cukup.

[15:22] Dan kami hantarkan angin angin sebagai pendebunga pendebunga, dan yang menyebabkan air turun dari langit untuk minuman kamu. Jika tidak kamu tidak akan dapat mengekalkan keenakkannya.

[15:23] Sesungguhnya kamilah yang berkuasa tentang kehidupan dan kematian, dan kamilah pewaris pewaris yang terakhir.

[15:24] Dan kami tahu dengan sepenuhnya sesiapa diantara kamu yang maju kehadapan, dan kami juga tahu dengan sepenuhnya orang orang yang membelakangkan.

[15:25] Tuhan kamu tentu sekali akan mengumpulkan mereka. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Bangsa Manusia.

[15:26] Kami ciptakan manusia itu dari lumpur yang berzaman, seperti siperepes yang membentukkan tanah liat.

[15:27] Bagi jin jin, kami ciptakan mereka, sebelum itu, dari api yang bernyala.

[15:28] Tuhan kamu berkata kepada para malaikat, "Aku sedang mencipta seorang manusia dari lumpur yang berzaman, seperti perepes yang membentukkan tanah liat.

[15:29] "Setelah Aku sempurnakan dia, dan meniup kedalamnya dari rohku, kamu mestilah sujud kepadanya."

[15:30] Para malaikat pun sujud; kesemuanya mereka.

[15:31] melainkan Iblis (Syaitan). Dia enggan bersama dengan orang orang yang sujud.

[15:32] Dia berkata, "Wahai Iblis (Syaitan), kenapa tidak kamu bersama sama dengan orang orang yang sujud?"

[15:33] Dia berkata, "Aku tidak boleh sujud kepada seorang manusia, yang mana Engkau menciptanya daripada lumpur yang berzaman, seperti perepes yang membentukkan tanah liat."

[15:34] Dia berkata, "Dari itu, kau mesti keluar; kau telah terusir.

[15:35] "Kau telah dikenakan kutukkan dariKu sampai keHari Pengadilan."

[15:36] Dia berkata, "Tuhanku, berilah aku penangguhan sampai kehari yang mereka akan dibangkitkan."

[15:37] Dia berkata, "Engkau diberikan penangguhan.

[15:38] "Sampai kepada hari dan masa yang ditetapkan."

[15:39] Dia berkata, "Tuhanku, sekiranya adalah kehendakMu yang aku ini telah sesat, tentu sekali aku akan menggoda mereka yang dibumi; aku akan menyesatkan kesemuanya sekali.

[15:40] "Melainkan orang orang yang diantara penyembah penyembahMu yang mengabdikan sepenuh penuh pengabdian kepadaMu sahaja."

[15:41] Dia berkata, "Inilah perundangan yang tidak dapat dicabul.

[15:42] "Kau tidak ada kuasa keatas hamba hambaKu. Engkau hanya mempunyai kuasa keatas orang orang yang sesat yang mengikutimu.

[15:43] "Dan Neraka menunggu mereka semua.

[15:44] "Ianya mempunyai tujuh pintu pagar. Tiap tiap satu pintu akan mendapat bahagian yang tertentu untuk mereka."

[15:45] Bagi orang orang yang salih, mereka akan menikmati taman taman dan mata air mata air.

[15:46] Memasuki didalamnya, dengan aman dan terjamin selamat.

[15:47] Kami hilangkan semua rasa cemburu dihati hati mereka. Sebagai sebuah keluarga, mereka duduk bersebelahan diatas perabot perabot dan aksesori.

[15:48] Mereka tidak akan merasa kepenatan didalamnya; dan mereka tidak akan diusir dari situ.

[15:49] Beritahulah kepada hamba hambaKu bahawasanya Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[15:50] Dan bahawasanya hukumanKu itu adalah hukuman yang amat menyakitkan.

Para Malaikat Melawat Ibrahim.

[15:51] Beritahukan mereka berkenaan tamu tamu Ibrahim.

[15:52] Apabila mereka masuk dikawasannya, mereka berkata, "Sejahtera." Dia menjawab, "Kami bimbang tentang kamu."

[15:53] Mereka berkata, "Janganlah bimbang. Kami ada berita berita baik untukmu: anak yang berilmu pengetahuan."

[15:54] Dia berkata, "Mana mungkin kamu dapat memberikan aku berita berita baik yang sedemikian, sedangkan aku sudah terlalu tua? Masihkah kamu hendak memberiku berita berita baik ini?

[15:55] Mereka berkata, "Berita berita baik kami sampaikan kepadamu itu adalah benar; janganlah berputus asa."

[15:56] Dia berkata, "Tidak ada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, melainkan orang orang yang sesat."

[15:57] Dia berkata, "Apakah misi kamu, wahai para rasul?"

[15:58] Mereka berkata, "Kami sedang diutus kepada orang orang yang bersalah.

[15:59] "Bagi keluarga Lut, kami akan selamatkan mereka semua.

[15:60] "Tetapi tidaklah isterinya; dia telah ditakdirkan untuk bersama sama dengan orang orang yang akan dimusnahkan." Lut.

Lut

[15:61] Para rasul pun pergi kebandar Lut.

[15:62] Dia berkata, "Kamu adalah orang orang yang tidak dikenali."

[15:63] Mereka berkata, "Kami membawa kepada kau apa yang telah diragukan oleh mereka.

[15:64] "Kami membawa kebenaran kepadamu; kamilah orang orang yang benar.

[15:65] "Engkau mesti membawa keluargamu diwaktu malam. Ikuti mereka dari belakang, dan pastikan yang tidak ada seorangpun diantara kamu yang menoleh kebelakang. Jalan terus sebagaimana yang telah diperintahkan."

[15:66] Kami sampaikan kepadanya perintah ini: orang orang itu akan dihapuskan diwaktu pagi.

[15:67] Orang orang dari bandar itu datang dengan riangnya.

[15:68] Dia berkata, "Mereka ini adalah tetamuku; janganlah memalukanku.

[15:69] "Takutilah Allah, dan janganlah mengaibkanku."

[15:70] Mereka berkata, "Bukankah kami melarang kau dari berhubungan dengan sesiapapun?"

[15:71] Dia berkata, ""Inilah anak anak perempuanku, jika kamu sangat memerlukan."

[15:72] Tetapi tidak, mereka itu telah dibutakan oleh nafsu berahi mereka.

[15:73] Akibatnya, bencana menimpa mereka dipagi hari.

[15:74] Kami terbalikkannya dari atas kebawah dan menghujani mereka itu dengan batu batu yang memusnahkan.

[15:75] Ini adalah suatu pengajaran bagi orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

[15:76] Ini akan sentiasa menjadi sistem.

[15:77] Ini adalah tanda bagi orang orang yang percaya.

[15:78] Penduduk penduduk didalam hutan (Midyan) juga melampaui batas.

[15:79] Akibatnya, kami menuntut balasan dari mereka, dan kedua dua komuniti itu didokumentarkan dengan sepenuhnya.

[15:80] Penduduk penduduk Al-Hijr mengingkarkan para rasul.

[15:81] Kami berikan mereka revelasi revelasi kami, tetapi mereka tidak memperdulikannya.

[15:82] Kebiasaan mereka untuk mengukir rumah rumah yang selamat didalam gunung gunung.

[15:83] Bencana mengenai mereka diwaktu pagi.

[15:84] Apa yang mereka kumpulkan tidak dapat menolong mereka.

Masa Akhirnya Dunia Didedahkan.

[15:85] Kami tidak jadikan sekelian cekrawala dan bumi, dan segala yang diantara keduanya, melainkan dengan tujuan yang tertentu. Hari akhirnya dunia akan tiba, maka ikutilah dengan mengambil peringatan dan janganlah lalai.

[15:86] Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

[15:87] Kami telah berikan kepada kau tujuh pasang, dan Quran yang agung.

[15:88] Janganlah merasa cemburu dengan apa yang kami kurniakan kepada (para rasul) yang lainnya, dan janganlah bersedih (dengan orang orang yang ingkar), dan rendahkan dirimu kepada orang orang yang percaya.

[15:89] Dan umumkan: Aku adalah pemberi amaran yang nyata."

[15:90] Kami akan membuat perhitungan dengan orang orang yang berpecah belah.

[15:91] Mereka menerima Quran hanya sebahagian saja.

[15:92] Demi Tuhan engkau, kami akan menyoal mereka semua,

[15:93] Berkenaan kesemuanya yang telah mereka perlakukan

[15:94] Dari itu, jalankan perintah perintah yang diberikan kepada kamu, dan jangan pedulikan orang orang yang menyekutukan (Allah).

[15:95] Kami akan menyelamatkan kau dari orang orang yang mengejek ejek,

[15:96] yang mengada adakan tuhan lain disamping Allah. Tentu sekali mereka akan ketahui.

[15:97] Kami tentu tahu sepenuhnya yang engkau merasa sakit hati dengan perkataan perkataan mereka.

[15:98] Kamu mesti menyanyikan dengan memuji muji Tuhan kamu dan bersama samalah dengan orang orang yang sujud.

[15:99] Dan sembahlah Tuhan kamu sehingga kamu dapat mencapai kepastian.