Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 14: Ibrahim (Ibrahim)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[14:1] A . L . R . (Alif. Lam. Raa) Sebuah kitab yang kami telah terangkan kepadamu, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju kepada cahaya - dengan mengikuti kehendak dari Tuhan mereka ? kejalan yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji.

[14:2] (Kejalan) Allah; yang Maha Esa yang mempunyai segala galanya disekelian cekrawala dan dikeseluruhan bumi. Malang sungguh bagi orang orang yang ingkar; mereka telah ditimpa dengan hukuman yang amat dahsyat.

Apakah Keutamaan Kamu?

[14:3] Merekalah yang memberi keutamaan kepada kehidupan ini daripada Akhirat, menentang dari jalan Allah, dan mencari cari untuk membengkokkannya; mereka telah tersesat jauh.

Bahasa Rasul.

[14:4] Kami tidak akan menghantarkan rasul (untuk mengajar) melainkan dengan bahasa orang orangnya, supaya dapat diterangkan apa apa saja kepada mereka. Maka Allah sahajalah yang menyesatkan sesiapa jua dengan kehendakNya, dan membimbing sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Musa.

[14:5] Lantas, kami menghantar Musa dengan mukjizat mukjizat dengan mengatakan, "Bawalah kaummu keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka pada hari hari tentang Allah." Ini adalah pengajaran pengajaran bagi setiap orang orang yang sabar, dan orang orang yang bersyukur.

Mustahaknya Menjadi Orang Orang Yang Tahu Bersyukur.

[14:6] Ingatlah diwaktu Musa mengatakan kepada kaumnya, "Ingatlah rahmat rahmat Allah terhadap kamu. Dia selamatkan kamu dari orang orang Fir'aun yang mengenakan penyiksaan yang dahsyat keatas kamu, membunuh anak anak lelaki dan membiarkan anak anak perempuan kamu. Itu adalah ujian yang tepat dari Tuhan kamu."

Bersyukur Dan Tidak Bersyukur.

[14:7] Tuhan kamu telah mendekrikan: "Lebih banyak kamu berterima kasih kepadaKu, lebih lagi banyaknya akan Aku berikan kepada kamu." Tetapi jika kamu tidak bersyukur, maka hukumanKu amatlah dahsyat.

[14:8] Musa berkata, "Jika kamu ingkar bersama sama dengan seluruh manusia dibumi ini, ketahuilah yang Allah tidak memerlukan, Maha Terpuji."

Egoistik Menunjukkan Keingkaran: Sifat Sifat Manusia.

[14:9] Tidakkah kamu terdengar kesah orang orang yang sebelum kamu - kaum Nuh, Ad, Thamud dan lainnya yang datang selepas mereka dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya? Para rasul datang kepada mereka dengan bukti bukti yang terang, tetapi mereka melayan mereka itu dengan kebencian dan berkata, "Kami mengingkari apa yang telah kamu sampaikan dan kami merasa curiga dengan mesej kamu; penuh keraguan."

Mengikuti Ibu Bapa Ibu Bapa Kami Dengan Membuta Tuli: Tragedi Manusia Yang Amat Besar.

[14:10] Para rasul mereka berkata, "Adakah kamu mempunyai keraguan terhadap Allah; yang meinisiasikan sekelian cekrawala dan bumi? Dia mengundang kamu hanya untuk mengampunkan dosa dosa kamu, dan memberi kamu peluang sekali lagi untuk menebus diri diri kamu." Mereka berkata, "Kamu tidak lebih hanyalah manusia manusia seperti kami, yang ingin menukarkan kami dari apa yang ibu bapa ibu bapa kami biasa menyembah dengannya. Tunjukkanlah kepada kami autaritif yang nyata. "

[14:11] Para rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lebih hanyalah manusia manusia seperti kamu, tetapi Allah merahmati sesesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya. Kami tidak mungkin dapat menunjukkan kamu sebarang autaritif, melainkan dengan keizinan dari Allah. Kepada Allah sahajalah orang orang percaya mesti meletakkan kepercayaan mereka.

[14:12] "Kenapa kami mesti tidak percaya kepada Allah, apabila dia telah membimbing kami dalam menjalani perjalanan kami? Kami akan sentiasa bersabar dan tabah hati mengahadapi penyiksaan dari kamu. Kepada Allah sahajalah semua orang orang yang percaya meletakkan kepercayaannya."

[14:13] Orang orang yang ingkar berkata kepada para rasul mereka, "Kami akan keluarkan kamu dari negeri kami, melainkan jika kamu berbalik keagama kami." Tuhan mereka meinsipirasikan kepada mereka: "Pasti sekali akan kami hapuskan orang orang yang melampaui batas itu.

[14:14] "Dan kami akan membenarkan kamu tinggal dinegeri mereka selepas mereka. Ini adalah (anugerah) bagi orang orang yang memuliakan keagunganKu, dan memuliakan perjanjianKu."

[14:15] Mereka meisukan cabaran, akhibatnya setiap penzalim yang degil berakhir dengan kemusnahan.

[14:16] Menunggunya ialah Neraka, didalamnya dia akan meminum air yang busuk.

[14:17] Dia akan menelannya kedalam walaupun dia tidak dapat menahannya, sementara ajal mendatanginya disetiap arahan, tetapi dia tidak akan mati. Menunggunya ialah hukuman yang dahsyat.

[14:18] Alegori bagi orang orang yang ingkarkan Tuhan mereka: pekerjaan pekerjaan mereka diumpamakan sebagai abu didalam angin kencang beserta dengan ribut taufan . Mereka tidak mendapat apa pun dari apa yang mereka kerjakan; itulah kesesatan yang paling jauh.

Menyembah Hanya kepada Yang Berkuasa.

[14:19] Tidakkah kamu sedar yang Allah telah menciptakan sekelian cekrawala dan bumi untuk tujuan yang tertentu? Jika Dia kehendaki, Dia boleh menyingkirkan kamu, dan menggantikan dengan ciptaan yang baru ditempat kamu.

[14:20] Ini tidaklah sangat susah bagi Allah.

Di-Hari Kebangkitan.

[14:21] Apabila mereka berdiri dihadapan Allah, pengikut pengikut akan berkata kepada ketua ketua, "Kami pernah mengikuti kamu. Bolehkah kamu gantikan kami seketika dari hukuman Allah?" Mereka akan berkata, "Seandainya Allah membimbing kami, kami tentu sekali membimbing kamu. Sekarang telah terlambat, sama ada kami bersedih ataupun bersabar, tidak ada jalan keluar untuk kami."

Syaitan Menafikan Pengikut Pengikutnya.

[14:22] Dan syaitan akan berkata, setelah pengadilan telah diisukan, "Allah telah menjanjikan kamu dengan perjanjian yang benar, dan aku berjanji kepada kamu, tetapi aku memungkiri janjiku. Aku tidak ada kuasa diatas kamu; aku hanya mengundang kamu, dan kamu menerima perundanganku. Dari itu, jangan menyalahkanku, dan salahkanlah diri diri kamu sendiri. Pengaduanku tidak dapat menolong kamu, tidak juga pengaduan kamu dapat menolongku. Aku tidak akan percaya dengan pemujaan kamu terhadapku. Orang orang yang melampaui batas itu akan menerima hukuman yang amat menyakitkan."

[14:23] Bagi sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan dimasukkan kedalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Mereka tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya, dengan keizinan dari Tuhan mereka. Tegur sapa mereka ialah "Sejahtera."

Kebenaran Dengan Kepalsuan.

[14:24] Tidakkah kamu lihat yang Allah telah memberikan contoh bagi perkataan yang baik itu diumpamakan pokok yang baik dimana akarnya melekat dengan teguh, dan dahan dahannya menjulang kelangit?

[14:25] Ia mengeluarkan buah buahan setiap musim, yang direka oleh Tuhannya. Lantas Allah memberikan contoh untuk manusia supaya mereka dapat merenungkan.

[14:26] Dan contoh bagi perkataan yang tidak baik itu adalah pokok yang tidak baik ditetak didataran tanah; ianya tidak ada akar untuk menjadikannya berdiri.

[14:27] Allah menguatkan orang orang yang percaya dengan perkatan yang telah terbukti, dikehidupan ini dan diAkhirat. Dan Allah menyesatkan orang orang yang melampaui batas. Semuanya itu adalah mengikuti kehendak dari Allah.

Mereka Mengeluarkan Keluarga Mereka Dari Pelindungan Allah.

[14:28] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang merespons kepada rahmat Allah dengan keingkaran, Lantas membawa malapetaka kepada keluarga mereka sendiri?

[14:29] Destini mereka adalah Neraka, disana mereka akan dibakar; betapa dahsyat sekali kesudahannya!

Penyekutuan: Ibu Sekelian Kejahatan.

[14:30] Mengada adakan penentang penentang yang ditarafkan dengan Allah dan melencongkan lainnya dari jalanNya. Katakanlah, "bersuka rialah untuk sementara waktu;destini terakhir kamu adalah Neraka."

Perintah Perintah Yang Penting.

[14:31] Galakkan hamba hambaKu yang percaya supaya Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberi (derma) dari rezeki rezeki yang kami berikan kepada mereka, sama ada dirahsiakan ataupun di umumkan, sebelum harinya tiba dimana tidak ada jual beli, dan tidak juga nepotisme (berat kepada keluarga).

[14:32] Allah Sahajalah yang menciptakan sekelian cekrawala dan bumi, dan Dialah yang menurunkan air dari langit dengan mengeluarkan berbagai bagai buah buahan untuk makanan kamu. Dia telah mengkomitkan kapal kapal untuk berkhidmat kepada kamu dilautan dengan mengikuti perintahanNya. Dia juga mengkomitkan sungai sungai untuk berkhidmat kepada kamu.

[14:33] Dia telah mengkomitkan matahari dan bulan untuk berkhidmat kepada kamu, dengan berterusan. Dia juga mengkomitkan malam dan siang hari supaya menjalankan tugasnya untuk kamu.

[14:34] Dan Dia memberikan berbagai bagai barangan yang kamu memohonkan kepadaNya. Jika kamu mengira rahmat rahmat Allah, kamu tidak akan dapat merangkumi kesemuanya. Sesungguhnya, manusia itu amat sangat melampaui batas dan tidak tahu bersyukur.

Ibrahim.

[14:35] Ingatlah semasa Ibrahim berkata, "Tuhanku jadikanlah tempat ini aman sentosa, dan lindungilah aku dan anak anakku dari menyembah pujaan pujaan.

[14:36] "Tuhanku, mereka telah mengelirukan terlalu banyak manusia. Bagi sesiapa yang mengikutiku, mereka itu dipihakku. Bagi sesiapa yang mengingkariku, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[14:37] "Tuhan kami, aku telah tempatkan sebahagian dari keluargaku dilembah yang tidak berpokok, ini dekat dengan Rumah SuciMu. Tuhan kami mereka mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat), supaya berpusu pusu manusia datang tertumpu keatas mereka, dan adakanlah untuk mereka berbagai bagai rupa buah buahan, supaya mereka dapat mensyukurinya.

[14:38] "Tuhan kami, Engkau tahu apa saja yang kami sembunyikan dan apa saja yang kami nyatakan tidak ada suatu apapun dapat disembunyikan daripada Allah sama ada dibumi dan tidak juga disekelian cekrawala.

[14:39] "Segala kepujian bagi Allah kerana telah mengurniakanku walaupun umurku telah tua, Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku sajalah yang mengabulkan segala doa'

Mengerjakan Sembahyang (Salat): Anugerah Dari Allah.

[14:40] "Tuhanku, jadikanlah aku orang yang konsisten dalam Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan juga anak anakku. Tuhan kami, kabulkanlah doa' doa'ku.

[14:41] "Tuhanku, ampunilah daku dan ibu bapa ibu bapaku dan orang orang yang percaya, dihari yang mana perkiraan mengambil tempatnya."

[14:42] Jangan sekali difikirkan yang Allah tidak sedar apa apa yang dilakukan oleh orang orang yang melampaui batas itu. Dia hanya membiarkan mereka sampai pada harinya dimana mata mata akan terbeliak merenung dengan kegerunan.

[14:43] Bila saja mereka terburu buru (keluar dari kubur), muka muka mereka akan melihat keatas, mata mata mereka tidak akan berkelipan, dan fikiran mereka menjadi ngeri.

Allah Turunkan Perintah Perintah Melalui Para RasulNya.

[14:44] Kamu mestilah berikan amaran kepada manusia dihari apabila hukuman datang kepada mereka. Orang orang yang melampaui batas itu akan berkata, "Tuhan kami berikanlah kepada kami peluang sekali lagi. Kami akan merespons panggilanMu dan mengikuti para rasul. "Tidakkah kamu bersumpah dimasa dahulu yang kamu akan berkekalan untuk selama lamanya?

[14:45] Kamu tinggal dirumah rumah orang orang yang sebelum kamu, yang telah menzalimi roh roh mereka, dan kamu telah melihat dengan terangnya apa yang telah kami lakukan kepada mereka. Kami telah berikan banyak contoh tauladan untuk kamu.

[14:46] Mereka merancang dengan perancangan perancangan mereka, dan Allah amat menyedari akan perancangan perancangan mereka. Sesungguhnya, perancangan perancangan mereka itu cukup untuk meluputkan gunung gunung.

Para Rasul Allah Di-Jamin Kejayaan.

[14:47] Jangan difikirkan yang Allah akan memungkir janjiNya terhadap para rasulNya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pembela.

Cekrawala Baru Dan Bumi Baru.

[14:48] Harinya akan tiba apabila bumi ini akan digantikan dengan bumi yang baru, dan begitu juga dengan sekelian cekrawala, dan kesemuanya manusia akan menghadap Allah, yang Maha Esa lagi Maha Agung.

[14:49] Dan kamu akan lihat orang orang yang bersalah itu akan dibelenggu dengan rantai.

[14:50] Pakaian pakaian mereka akan diperbuat daripada tar, dan api akan membakar muka muka mereka.

[14:51] Kerana Allah akan membayar setiap satu roh dengan apa saja yang telah dilakukan; sesungguhnya Allah adalah Penghitung yang Maha Cekap.

[14:52] Ini adalah perisytiharan bagi manusia, untuk diberikan amaran dengannya, dan untuk memberitahukan yang hanyalah Dia Tuhan yang satu, bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan supaya dapat merenungkannya.