Al-Quran 16:61 — Lebah (Al-Nahl)
Jika Allah menghukum sekelian manusia kerana keterlaluan mereka, sudah tentu Dia akan hapuskan setiap makhluk dibumi ini. Tetapi Dia menangguhkan mereka kesuatu masa yang telah ditetapkan waktunya. Setelah masa penungguannya selesai, mereka tidak akan dapat diundurkan walau sejam, dan tidak juga boleh dimajukan.
[16:60] Orang orang yang ingkar kepada Akhirat itu menunjukkan contoh yang buruk, sementara Allah mempunyai contoh yang amat mengkagumkan. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[16:62] Mereka menyifatkan kepada Allah apa yang mereka sendiri tidak sukakan untuk diri mereka, dan mengatakan pembohongan dengan lidah lidah mereka bahwa mereka itu orang orang yang benar! Dengan tidak diragukan lagi, mereka telah mendapatkan Neraka, kerana kedurhakaan mereka.